Tuesday, March 21, 2017 0 530 Pendapat

Reborn (Part 2)

Alhamdulillah..segala pujian bagi pemilik segala sesuatu. Masih diberi peluang untuk bernafas dan berpijak di bumi milikNya tanpa sedikitpun dikurangkan nikmat itu. 

Sambungan dari Part 1..

Dalam pencarian, ditemukan pula dengan insan-insan yang entah memang berniat baik atau sekadar mencari nama. Dalam dunia yang penuh dengan karenah dan tingkah laku manusia. Diri ini hanya mampu melihat dan tersenyum. Andai sahaja mampu untuk mengubah, aku akan ubah. Namun diri ini juga masih berusaha memperbaiki kekurangan yang ada. 

Terasa begitu sukar untuk bangun dan terus melangkah, namun harapan yang dijanjikan olehNya menjadi kekuatan agar terus bangun dan melangkah lagi. Walau sakit, walau pedih namun kebahagiaan itu di depan sana. 

Walau tiada tangan menyambut, tiada waktu untuk menoleh namun masih ada lantai untuk bersujud. Kehidupan ini bukan semata untuk melihat di mana kurangnya diri kita tetapi lebih kepada bagaimana kita memperbaiki kekurangan itu. Jiwa yang masih muda, mampu untuk ditempa lagi. 

Masih tercari-cari jawapan adakah perlu untuk meninggalkan kehidupan yang sebegitu atau lebih baik berdiam diri buat masa ini..Masih, masih dalam perncarian..


(bersambung..)

Mood lagu: Sejati by Faizal Tahir
Wednesday, February 08, 2017 0 530 Pendapat

Istimewa

Tiada puisi atau lagu 
Tiada potret tiada ragu 
Yang dapat ku ilham seindahmu 
Nyata kau satu dalam berjuta 
Wahai jelita kau istimewa 

Walau ku kembara sedunia 
Walau ketemu ramai wanita 
Nyata kau tiada tandingannya 
Seikhlas hati aku menyinta 
Kau istimewa, teristimewa 

Daku berikrar 
Wahai maharaniku 
Bina mahligai syahdu 
Hanya engkau dan aku di situ 

Tiada mimpi atau fantasi 
Tiada rasa lebih berseri 
Semekar murni hatimu sayang 
Siang dan malam, aku terbayang 
Kau istimewa, buat ku tenang 

Ingin ku bawa kau ke awana 
Ingin memadu kasih asmara 
Sepanjang hayatku curah cinta 
Sebenar-benar ucapan kata 
Kau istimewa oh! Percayalah 
Ku perlu cinta dari wanitaku nan istimewa 
Beriku cintamu nan istimewa

P/S: Yang istimewa itu hanya kamu..


 
;