Saturday, August 20, 2016 0 530 Pendapat

Reborn (PART 1)


Hampir setahun meninggalkan penulisan di blog ni..Semuanya hanya kerana hati..
Emosi yang bertindak lebih dari akal fikiran.

Pernah satu ketika dahulu, diri ini kehilangan jiwanya. Walau jasad masih bernyawa namun jiwa itu sudah tiada. semua dirasakan tawar. senyum terukir di bibir, namun di hati berdarah. 

Pernah cuba untuk bangkit, tetapi jiwa kosong menolak untuk bangun kembali. tiba di persimpangan, diri sudah tidak mampu meneruskan kehidupan dan memilih untuk terus menempuhi kehidupan sebagai golongan 'kiri'. tiada siapa yang tahu..Tiada siapa peduli. Masing-masing berusaha bersaing untuk hidup. Siapa yang lambat akan ketinggalan. kemanusiaan semakin hilang, jiwa juga semakin terhakis sifatnya.

Kehidupan baru, sahabat baru, semuanya terasa terlalu indah. Mungkin memang inilah dunia yang di cari-cari. Dunia yang menerima seadanya. Kerana, mereka juga sama. Naluri yang sama, diri yang sama, jiwa yang sama. Lebih memahami perasaan golongan yang sama. 

Walaupun terasa bahagia, masih ada ruang kosong yang..entah apa yang sepatutnya di isi di dalamnya. Adakah seorang insan yang perlu hadir, atau ruang untuk Dia yang maha besar..Hanya dia yang mengetahui. 

Masih tercari-cari di mana silapnya menempuhi hidup begini. Hanya ingin disayangi, dihargai dan difahami. Namun tidak semua memahami apa yang dirasakan..Tidak semua mengerti..

pernah memilih melangkah pergi..dengan harapan jiwa ini bertemu jawapan yang dicari.. namun semakin jauh melangkah, semakin pula perasaan terseksa itu datang mendekat..Cuba berlari namun dikejar dengan kehidupan dulu..

Perasaan yang sukar dilepaskan, seolah-olah ada sesuatu yang merantai diri dan jiwa ini. ada sesuatu yang membelenggu dan menghalang diri untuk melepaskan perasaan itu.

 Bersambung..

 
;