Tuesday, May 14, 2013 0 530 Pendapat

Aku sebuah basikal

Assalammualaikum..
This is a true story..This is LIFE!


Sumber: Google

Basikal tua itu telah selesai dipasang. Basikal kini sudah bersedia untuk menempuh kehidupan dan berbakti kepada pemiliknya. Pada suatu hari, Basikal telah kehilangan roda yang menyokongnya akibat kecuaiannya sendiri. Basikal sangat sedih, namun Basikal tidak mampu melakukan apa-apa. Timbul pelbagai perasaan negatif. Basikal sedih, bosan dan sangat kecewa. Basikal ditinggalkan tidak bergerak. Tersadai di sebuah tempat yang tidak diketahui. Pemilik telah menyimpan basikal di dalam sebuah tempat yang gelap dan kosong dan roda yang menyokongnya selama ini, dialihkan untuk dibaiki.

Basikal menunggu dan terus menunggu, roda yang akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan dan mengembalikan kefungsian Basikal..Basikal berpendapat tuannya tidak sayang lagi pada dirinya. Pada suatu hari, pemiliknya telah menemukan basikal dengan roda baru..Basikal merasa sangat gembira.Rupanya, anggapan Basikal kepada tuannya, tidak benar. Tuannya sangat sayang padanya.

Namun tanpa disangka, basikal mendapati bahawa roda tersebut tidak bersesuaian dan akhirnya, basikal tidak dapat bergerak dan berfungsi dengan sempurna..Pemilik basikal mengambil keputusan untuk mengalihkan roda pada basikal yang lebih sesuai.

Kemudian, pemilik menemui roda yang agak sesuai untuk basikal tersebut. Basikal sekali lagi merasa sangat gembira dan bersyukur. Rupa-rupanya, pemilik basikal masih sayang dan tidak pernah sekalipun melupakan basikal cuma masa yang diperlukan untuk mencari roda yang sesuai untuk basikal.

Basikal dengan gembira, cuba untuk bergerak dan berfungsi dengan sempurna. Basikal dan roda yang baru pun memulakan perjalanan. Namun Basikal lupa bahawa persiapan sepatutnya dilakukan sebelum Basikal menerima roda baru.

Selepas beberapa lama, Basikal berbunyi riang, bahagia dan sentiasa gembira menempuh hari-harinya. Basikal berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan roda dan Basikal akan bersama-sama sehingga ke akhir hayat.

Pada suatu hari, pemiliknya membeli sebuah basikal baru. Basikal baru ini mempunyai banyak kelebihan daripada Basikal. Basikal agak cemburu namun dia tidak menghiraukannya kerana roda masih bersamanya dan dia bahagia. Namun, langit yang mendung akhirnya hujan juga. Pemilik mendapati bahawa basikal baru ini, sangat sesuai dan lebih baik jika digandingkan dengan roda yang pada mulanya milik Basikal. Pemilik menanggalkan roda dari Basikal dan meletakkannya pada basikal baru. Roda yang juga sangat sedih berpisah dengan Basikal hanya mampu menangis dan berserah kepada keputusan tuannya.

Basikal kembali tersadai tidak bergerak. Walaupun sedih, walaupun kecewa namun Basikal sedar bahawa pengorbanannya adalah untuk kebahagiaan roda yang paling Basikal sayangi. Namun, Basikal juga faham bahawa pemiliknya terlalu sayangkan Basikal sehingga dia akan mencarikan roda yang betul-betul sesuai untuk basikal agar dapat meneruskan perjalanan dengan lebih sempurna.

ZM: Kita hanya mampu merancang, DIA penentu segalanya..


 
;