Thursday, December 06, 2012

JENIS-JENIS MARAH

MARI KENALI SIFAT MARAH KITA

Kemarahan Berselindung
"Tidak sedar mereka sebenarnya marah dan menyembunyikan kemarahan
dengan cara menafikan dan meletak kemarahan kepada orang lain."

a) Anger Avoidance (Mengelak dari marah)
- takut & tidak suka fikir pada kemarahan
- marah merupakan satu perkara teruk, bahaya, buruk, hodoh & musuh yang perlu dijauhi.
- tidak bersifat asertif & membiarkan hak-hak mereka diketepikan.

b) Sneaky Anger
- marah tetapi tidak menunjukkan dengan jelas.
- akan melakukan perkara-perkara seperti tidak mematuhi arahan dan menangguhkan kerja.

c) Paranoid Anger
- Merasa orang lain sentiasa memperkata sesuatu yang tidak elok di belakang.
- Percaya bahawa orang lain sentiasa memarahinya.
- Disebabkan oleh perasaan cemburu buta, tidak selamat, posesif dan paranoid.


Kemarahan Meletup
"mudah marah, baran, kurang sabar, kuat melenting dan bertindak agresif"

a) Sudden Anger (Marah Mengejut)
- Tidak dapat mengawal diri, mudah hilang sabar, marah atasa perkara remeh dan disusuli tindakan agresif.
- cepat reda dan menyesal.

b) Shame-based Anger
- Tidak dapat tahan marah bila dikritik, diperleceh atau diketepikan.
- Seorang yang sensitif

c) Deliberate Anger
- Suka memanipulasi, membuli & menguasai orang lain.
- Berpuas hati & megah sekiranya orang yang dimarahi berasa tersinggung & sedih.
- Percaya bahawa dengan menunjukkan kemarahan segala kemahuan dan kehendak akan dipenuhi.

d) Addictive Anger (Ketagihan Marah)
- Ada kaitan dengan ketagihan arak & dadah.
- Menjadi ketagih untuk marah apabila berada dalam ketagihan & tidak dapat menahan kemarahan.



Kemarahan Kronik
"Menjadikan kemarahan sebati dalam diri mereka dan merasa sudah terperangkap dan tidak dapat melepaskan diri"

a) Habitual anger
- Menjadikan marah satu sikap yang berterusan & berasa selesa dengan sikap itu.
- Tidak berasa susah hati, terbeban dan tiada keinginan mengubah sikap marah tersebut.


ZM: Terima Kasih kepada tuan Empunya Entri

1 530 Pendapat:

Ms. Z said...

marah kerana sayang msuk dlm kategori mana? heheh

 
;