Tuesday, May 29, 2012

Love..Life..Love..

Assalammualaikum..

tengok-tengok Muka Buku tadi..(Perkara MESTI kalau buka internet)
Terjumpa satu artikel..
Memang amat berguna la..
Sebab kadang-kadang kita boleh terlepas pandang..
Perkara kecil macam ni..

Erm..Sebagai bacaan dan pengetahuan..
Share..

1- Air dan segala minuman yang halal hendaklah diminum dengan tangan kanan kerana Syaitan menggunakan tangan kiri bagi makan dan minum. (Khasail Nabawi)

2- Hendaklah minum dengan sedutan yang berlainan. (Tirmizi)

3- Baca Bismillah dan Alhamdulillah pada setiap sedutaun. (Bukhari)

4- Jangan tiup ke dalam air panas untuk menyejukkannya. (Abu Daud)

5- Duduk dan minum, Nabi SAW telah melarang minum dengan berdiri. (Zaadul Maad)

6- Hendaklah berdiri semasa minum air zam-zam. (Tirmizi)

7- Rendamkan kurma atau anggur di dalam air pada malam hari dan minum larutan ini pada waktu pagi. Walaubagaimanapun,jika kerana terlalu panas ia menjadi tuak, adalah haram untuk minumnya.

8- Orang yang memberi makan atau melayan orang hendaklah yang paling akhir makan & minum. (Tirmizi)

9- Janganlah minum daripada bekas yang besar seperti jag air, botol dan lain-lain. tetapi satu gelas atau mangkuk kecil. (Abu Daud)

10- Jangan minum daripada bekas cawan yang sumpik atau pecah. (Abu Daud)

11- Nabi SAW telah melarang penggunaan bekas masak, makan dan minum diperbuat dari emas dan perak. (Bukhari & Muslim)

Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi)

Ziel: Perkara yang kita lupa itulah kadang-kadang merupakan perkara yang penting.





2 530 Pendapat:

heart2h3art said...

6- Hendaklah berdiri semasa minum air zam-zam. (Tirmizi) ya ka zila?

ZieL said...

yup..sunnah..mungkin nabi pernah lakukan..

Tapi bila aku google..ni yang aku jumpa..

Dari Ibnu Abbas beliau mengatakan, “Aku memberikan air zam-zam kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka Baginda SAW lantas minum dalam keadaan berdiri.” (HR. Bukhari dan Muslim r.a.)

 
;