Thursday, April 26, 2012 2 530 Pendapat

Lambaian Kinabalu Part 3


Time berehat tu, memang dak dapat tidurlah..sebab? sejuk yang tersangat-sangat..niat di hati mau mandi..bila buka paip, cuci muka..terus niat tu dilupakan ..Cuma boleh cuci muka dan gosok gigi jak..Malam, memang dak dapat tidur sebab keadaan yang sangat sejuk. Dengan jaket, baju sejuk dan stoking yang berlapis 3 serta selimut yang tebal macam selimut hotel, pun masih belum dapat tidur. Kepala pening..ala-ala migraine,sesak nafas dan macam-macam lg la..tanpa aircond, tanpa kipas..pun masih sejuk..Kawasan pergunungan..biasa la..lagipun time naik hari tu, musim sejuk..walaupun bukan 4 musim kat Malaysia ni, walaupun dakda salji..tapi tetap sejuk..



Pukul 1 pagi, bangun dan bersiap-siap untuk ke puncak..Turun sebentar di Resthouse untuk "sarapan"..(pukul 1 Pagi tuuuu..) Pukul 2 pagi, naik beramai-ramai dengan orang-orang lain..pelancong-pelancong yang kebanyakannya dari luar negara..(nenek-nenek pun ada, rilex je naik) Kesejukan memang sangat terasa, namun atas semangat dan keazaman yang tinggi, 2.8 KM sanggup didaki..Pada mulanya, ada pokok-pokok dan rumput-rumput, lepas tiba di Sayat-sayat, hanya batu yang ada..Sejuk, jangan cakaplah, tangan memang dak mampu untuk mencengkam dan mengenggam sampai botol air pun meorot dari tangan.. Apa yang mampu di buat, hanyalah melihat ia hilang dari pandangan. dalam perjalanan, ramai juga yang muntah-muntah akibat keadaan yang semakin tinggi.


Dalam pukul 6 pagi, tiba di puncak. (bergantung pada kelajuan)..Biasanya hanya pada Low's Peak..tapi bukan bermakna ini puncak paling rendah, cuma dinamakan sempena nama org yang jumpa tu..Lepas 5 minit bergambar, perjalanan turun pulak sebab mesti tinggalkan laban rata sebelum 10.30 pagi. Sampai Gunting Lagadan, cuci tangan dengan air suam, sebab dah dakda darah sampaikan pergelangan tangan tu sakit dak mampu untuk digerakkan. Kemudian, 10.30 turun namun tidak terlalu letih macam time naik. Dalam perjalanan, biasa la macam-macam ada..ada monyet dan haiwan lain namun tidak menggangu manusia.(mungkin terlalu biasa tengok manusia). Turun pada pukul 10 pagi, dalam pukul 4 petang sampai kat Timpohon Gate. Dan bertolak pulang..


Sekian..Setelah lama tertangguh..

Ziel: Cerita sekadar untuk panduan..
 
;