Sunday, March 04, 2012

Lambaian Kinabalu (Part 1)

Assalammualaikum..Hii..Bertemu lagi dalam blog yang dak seberapa ni..Hari ni aku nak share sikit pengalaman mendaki Gunung Kinabalu..Ya la kan, mungkin ada yang belum pernah menjejakkan kaki ke tempat tu.


Ok, first sekali yang paling penting ubah cara pemikiran kita. Erm, apa kena mengena dengan Gunung Kinabalu kan.. Haa..Ini la yang aku ingin kongsikan pada semua yang sudi membaca. Ianya tidak semudah yang kita fikirkan. Hari tu time aku naik, aku sangka ianya macam yang aku bayangkan. Tapi sebenarnya ia sangat sukar. Sebelum ni aku ada pengalaman naik bukit Luanti, Ranau dan Kiulu, Tamparuli..Tinggi, memanglah..Termengah-mengah jugak la..tapi masih boleh sampai walau penat.



Tapi Gunung Kinabalu sangat berbeza. Bagi anda yang berminat nak naik, pastikan stamina anda cukup. Kalau boleh buat latihan sebulan sebelum mendaki. Disarankan untuk turun naik tangga. Untuk permulaan, tiba di Kinabalu Park, daftarkan diri dan kumpulan. Tapi di situ, sejuk memang telah terasa. Kita akan diberikan Tag Nama dan Breakfast Bag. Kemudian, boleh sewa tongkat yang akan dibawa untuk mendaki dengan harga RM10..Kita amat memerlukan tongkat tersebut, percayalah! Kemudian, pendaki akan dibawa ke Timpohon Gate..Sebaik-baiknya naik dari Timpohon Gate, sebab tidak terlalu jauh. Dari Mesilau pun boleh tapi agak jauh. Dari Timpohon Gate tu, untuk naik ke Laban Rata lebih kurang 6 KM (bukan lebih kurang, memang 6 Km). Dalam perjalanan tu, ada papan tanda dan jangan risau kita tidak akan sesat sebab cuma ada 1 jalan saja untuk ke Laban Rata. Dalam perjalanan tu, memang mengasyikkan (walaupun penat) sebab ada banyak pemandangan yang indah.


Kadang-kadang macam tak percaya yang kita telah berada beribu Meter dari Aras Laut. Ada Periuk Kera, Monyet dan macam-macam lagi boleh dilihat. Selain tu, ada juga bunga-bunga dan buah-buahan yang jarang kita lihat. Di setiap KM ada pondok untuk berehat, tapi bukan rehat yang lama sebab boleh menyebabkan kaki menjadi Cramp. Rehat tidak lebih 5 Minit. Dalam perjalanan pula, tanah telah ditarah menjadi tangga bagi memudahkan pendaki, namun ianya tidak semudah itu. Ia lebih memenatkan dan pelbagai perasaan akan dirasa. Pening, muntah, sesak nafas dan lain-lain. Sebaik-baiknya bawalah ubat ya!


(To be Continue..)

1 530 Pendapat:

Ms. Z said...

cepat smbung entry ni

 
;