Sunday, March 25, 2012

Lambaian Kinabalu Part 2



Ok..kita sambung lagi..



Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 4 jam (mengikut stamina dan kelajuan), akan menjadi kurang selesa kerana semakin tinggi kita naik, oksigen semakin kurang. Sebaiknya, jangan bawa barang yang banyak sebab akan menjadi semakin berat bila semakin tinggi. Pengalaman aku mengajar semuanya. Memang ada pelbagai perasaan semasa mendaki. Putus asa dan pelbagai perasaan negative la..Kurang minat untuk berbual, semakin penat dan lebih banyak berhenti.


Hari tu, time aku naik, rombongan adalah seramai 12 orang dan ada 2 orang guide. Boleh juga minta tolong guide tu bawakan barang tapi kena bayar la (Bagi yang dak larat bawa barang)..hari tu bertolak dalam pukul 11 pagi dan tiba di Laban rata dalam jam 4.00 petang. Itupun dak semua yang sampai..ada yang sampai dalam pukul 5.00 dan 6.00 bergantung pada kemampuan.


Perjalanan ke setiap pondok tidak jauh, lebih kurang 500 m dan 1 km, tapi..... terasa sangat jauh, ianya ibarat berjalan berpuluh-puluh batu. Boleh tahan juga la sebab dalam perjalanan tu akan berselisih dengan mereka yang turun dan porter yang membawa barang. Sempat lagi terkejut tengok dorang bawa barang, macam melebihi kemampuan mereka. Barang yang dibawa pula, bukan yang sedikit, tong gas, minuman untuk kegunaan resthouse dan pelbagai barang keperluan lain. Tapi mereka kebanyakannya peramah, senyum dan mengur sapa pendaki yang baru naik. Siap turun naik dan berlari lagi tu!
Ada seorang porter yang naik selepas kami.. Dia naik relax jak, kami pun naik. Di pertengahan jalan, beliau tu turun lak. Kami masih lagi belum sampai ke laban rata. Apa yang mampu dilakukan, senyum jak..=P



Setiap pondok tu, macam memanggil-manggil untuk berehat..”marilah singgah”..Sebab penat memang terasa..
Beberapa jam kemudian, sampai la kami di Laban rata, itu pun time hujan lebat..Maklumlah,lambat kan..tapi dak banyak, geng yang tertinggal kena hujan di pertengahan jalan..kemudian, makan tengahari (Pukul 4.30) di Laban Rata Resthouse.
Sambung di Part 3 lak ya..


(To be Continue..)

2 530 Pendapat:

Ms. Z said...

letak la pic..hehhe

ZieL said...

xda gmbar ku..nti aku letak la..goooogle..

 
;