Friday, February 17, 2012

Akibat Dua Ringgit..


Assalam...


kelmarin dapat panggilan telefon..My BIG BOSS dari Sarawak..
"Esok bawak si Linda dan si Nong ke Mahkamah..Sebelum jam 9"

Tergamam..
Erm..Baru teringat..Kes hari tu..
Kali ni diorang kena jadi saksi..
Adik yang satu ni risau sebab dak dapat p sekolah..
Yang satu lak risau sebab dak tau mau cakap apa..

Sampai Mahkamah
Adik yang kecil seorang ni pucat sudah..Tangan Sejuk..
(Macam la dia yang dibicarakan)
Then, Pak Polis tu cakap..
"Jangan takut ya, kalau dia dak mengaku baru kamu dipanggil masuk"..

Lega la sikit..Tapi still takut..
adik seorang ni kata "macam mana la kalau dia dak mengaku"
"kalau dia dak mengaku, aku masuk belasah dia,oke?"
Saja la buat lawak, dia pun senyum..

15 Minit berlalu..Aku bosan..so, aku pun jalan-jalan meninjau..
First time kan p mahkamah..Selalu nampak dalam TV jak..
Ni kali depan mata..So, memang keadaan macam dalam TV..
Tapi Tawau ni Court dia cuma Majistret dan Sesyen jak..Mahkamah rendah..

Dalam bilik mahkamah yang depan tu, ada beberapa orang yang berpakaian lokap polis, dengar-dengar dibicarakan kerana mereka adalah PATI..
Tapi layanan polis tu, erm..Never mind..
Mungkin polis-polis tu stres kot..(Iklan)

Aku pun duduk balik..

Dak berapa lama kemudian..
Polis dan Hakim yang bicarakan kes tu keluar..
Pakcik Polis tu cakap, orang tu dah mengaku dan dia dikenakan hukuman Penjara 3 tahun lepas tu dihantar pulang ke Filipina..
Kes selesai..
Adik-adik aku dak perlu jadi saksi..



Kes diorang ni berlaku pada 25 Disember lepas..Dalam bas, seorang lelaki (Suspek) tu, acukan pisau pada adik yang kecil minta duit.. Adik yang sorang lagi dak mau bagi..
Tapi yang kecil tu takut sangat..
So adik aku pun lemparkan RM2 pada lelaki tu..
sambil cakap "Dakda guna bha kau ni jadi manusia"
(entah apa la motifnya cakap gitu)
.Lelaki tu turun di 'black area'..Tau la apa dia mau beli..
Kemudian, adik yang seorang ni call my brother yang kebetulan menghabiskan cuti dia di sana (Cuti Kahwin)..

Kemudian, buat laporan polis..
(Brader, silap orang la kau rompak)
Esoknya, lelaki tu ditangkap dan barulah kes tu dibicarakan..
Tapi selesai sudah kes..

Esoknya..My papa beli
newspaper..
Ada lak kisah dalam tu..
Terus jadi Famous..Ehee..
Apapun, pengalaman yang sangat berharga buat mereka..

As a result,
Adik yang seorang tu dah trauma untuk naik bas..

Ziel: Berhati-hati dalam bas..

1 530 Pendapat:

Ms. Z said...

kes y hari tu bha ni kan. masuk paper rpnya..

 
;