Assalammualaikum..Ramai yang mengaku mereka adalah kawan sejati..Tapi tak ramai yang sedar, kawan sejati tu bukan sekadar bergelak ketawa..Pada pendapat aku, ni ada beberapa ciri yang perlu bagi seseorang yang MAHU menjadi kawan sejati..Sekadar renungan kita bersama..
- Jadi diri sendiri.
Pendek kata, kawan ini tidak akan bersikap hipokrit atau bermuka-muka di depan kita. Dia akan menjadi diri sendiri dan akan menerima kita seadanya.
- Burung hantu
Kawan
ini ibarat burung hantu dalam cerita Harry potter yang menyampaikan pesan
kepada orang lain tanpa ada tokok tambah dalam ceritanya.
- Peti keselamatan
Apa-apa
yang kita ceritakan pada dirinya, akan menjadi sesuatu yang dianggap amanah dan
di simpan dengan elok dan tidak akan diceritakan pada org lain, tanpa kebenaran
dari kita.
- Tukang kepoh
Kawan
ini, pasti menjadi tukang kepoh untuk segala kebaikan yang kita lakukan, namun
keburukan kita akan disimpan dan dia akan buat-buat tak Nampak.
- Pengkritik hebat
Kawan sejati akan menjadi pengkritik hebat untuk diri kita, dia tau di mana kelemahan kita dan tidak akan sekali-kali membiarkan kita terus dikuasai kelemahan itu.
- Informasi terkini
Berita-berita
terkini, semuanya akan sampai pada kita.
Kiranya updater la dia ni.
- Kaunter Aduan
Kawan yang betul-betul sejati adalah mereka yang boleh mendengar apa juga masalah yang dibincangkan walau terpaksa bangun untuk mendengar luahan hati kita.
Sumber Gambar: En. Google
So
sekarang, kita kenal dah mana kawan sejati kita. Renung-renungkan.
Ziel:
Kita pun kenalah jadi kawan sejati, ya!




.jpg)
2 530 Pendapat:
Am i in your list?
rasa-rasa ada ka dalam ni?ciri-ciri 2..hehe
Catat Ulasan