Friday, February 10, 2012

7 cara mengenal kawan sejati



Assalammualaikum..Ramai yang mengaku mereka adalah kawan sejati..Tapi tak ramai yang sedar, kawan sejati tu bukan sekadar bergelak ketawa..Pada pendapat aku, ni ada beberapa ciri yang perlu bagi seseorang yang MAHU menjadi kawan sejati..Sekadar renungan kita bersama..




  •      Jadi diri sendiri.
Pendek kata, kawan ini tidak akan bersikap hipokrit atau bermuka-muka di depan kita. Dia akan menjadi diri sendiri dan akan menerima kita seadanya.


  • Burung hantu
Kawan ini ibarat burung hantu dalam cerita Harry potter yang menyampaikan pesan kepada orang lain tanpa ada tokok tambah dalam ceritanya.


  •      Peti keselamatan
Apa-apa yang kita ceritakan pada dirinya, akan menjadi sesuatu yang dianggap amanah dan di simpan dengan elok dan tidak akan diceritakan pada org lain, tanpa kebenaran dari kita.


  •           Tukang kepoh
Kawan ini, pasti menjadi tukang kepoh untuk segala kebaikan yang kita lakukan, namun keburukan kita akan disimpan dan dia akan buat-buat tak Nampak.


  •           Pengkritik hebat
Kawan sejati akan menjadi pengkritik hebat untuk diri kita, dia tau di mana kelemahan kita dan tidak akan sekali-kali membiarkan kita terus dikuasai kelemahan itu.


  •            Informasi terkini
Berita-berita terkini,  semuanya akan sampai pada kita. Kiranya updater la dia ni.

  •             Kaunter Aduan
Kawan yang betul-betul sejati adalah mereka yang boleh mendengar apa juga masalah yang dibincangkan walau terpaksa bangun untuk mendengar luahan hati kita.


Sumber Gambar: En. Google

So sekarang, kita kenal dah mana kawan sejati kita. Renung-renungkan.

Zill: Kita pun kenalah jadi kawan sejati, ya!

2 530 Pendapat:

Ms. Z said...

Am i in your list?

ZieL said...

rasa-rasa ada ka dalam ni?ciri-ciri 2..hehe

 
;