Friday, February 17, 2012 1 530 Pendapat

Akibat Dua Ringgit..


Assalam...


kelmarin dapat panggilan telefon..My BIG BOSS dari Sarawak..
"Esok bawak si Linda dan si Nong ke Mahkamah..Sebelum jam 9"

Tergamam..
Erm..Baru teringat..Kes hari tu..
Kali ni diorang kena jadi saksi..
Adik yang satu ni risau sebab dak dapat p sekolah..
Yang satu lak risau sebab dak tau mau cakap apa..

Sampai Mahkamah
Adik yang kecil seorang ni pucat sudah..Tangan Sejuk..
(Macam la dia yang dibicarakan)
Then, Pak Polis tu cakap..
"Jangan takut ya, kalau dia dak mengaku baru kamu dipanggil masuk"..

Lega la sikit..Tapi still takut..
adik seorang ni kata "macam mana la kalau dia dak mengaku"
"kalau dia dak mengaku, aku masuk belasah dia,oke?"
Saja la buat lawak, dia pun senyum..

15 Minit berlalu..Aku bosan..so, aku pun jalan-jalan meninjau..
First time kan p mahkamah..Selalu nampak dalam TV jak..
Ni kali depan mata..So, memang keadaan macam dalam TV..
Tapi Tawau ni Court dia cuma Majistret dan Sesyen jak..Mahkamah rendah..

Dalam bilik mahkamah yang depan tu, ada beberapa orang yang berpakaian lokap polis, dengar-dengar dibicarakan kerana mereka adalah PATI..
Tapi layanan polis tu, erm..Never mind..
Mungkin polis-polis tu stres kot..(Iklan)

Aku pun duduk balik..

Dak berapa lama kemudian..
Polis dan Hakim yang bicarakan kes tu keluar..
Pakcik Polis tu cakap, orang tu dah mengaku dan dia dikenakan hukuman Penjara 3 tahun lepas tu dihantar pulang ke Filipina..
Kes selesai..
Adik-adik aku dak perlu jadi saksi..



Kes diorang ni berlaku pada 25 Disember lepas..Dalam bas, seorang lelaki (Suspek) tu, acukan pisau pada adik yang kecil minta duit.. Adik yang sorang lagi dak mau bagi..
Tapi yang kecil tu takut sangat..
So adik aku pun lemparkan RM2 pada lelaki tu..
sambil cakap "Dakda guna bha kau ni jadi manusia"
(entah apa la motifnya cakap gitu)
.Lelaki tu turun di 'black area'..Tau la apa dia mau beli..
Kemudian, adik yang seorang ni call my brother yang kebetulan menghabiskan cuti dia di sana (Cuti Kahwin)..

Kemudian, buat laporan polis..
(Brader, silap orang la kau rompak)
Esoknya, lelaki tu ditangkap dan barulah kes tu dibicarakan..
Tapi selesai sudah kes..

Esoknya..My papa beli
newspaper..
Ada lak kisah dalam tu..
Terus jadi Famous..Ehee..
Apapun, pengalaman yang sangat berharga buat mereka..

As a result,
Adik yang seorang tu dah trauma untuk naik bas..

Ziel: Berhati-hati dalam bas..
Saturday, February 11, 2012 2 530 Pendapat

Exercise Mata

Ok..Hari ni kita buat exercise sikit..

Maklum la, sebelum ni asyik-asyik tengok huruf jak kan depan mata..

ni kali kita tengok gambar lak..ada beberapa gambar di bawah ni sebagai hiburan jak k..



uji la mata kita, tengok sama ada normal lagi or macam mana..


(^_^)






¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼½¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼


Berdasarkan nombor tersebut, cuba cari kedudukan ½. Ini memerlukan ketajaman mata anda..Berapa saat anda perlukan untuk mendapat jawapan..sekiranya di bawah dari 10 saat, tahniah! anda memang seorang pemerhati..hihi..


Ziel: Dah cuba..boleh tahan la..

Friday, February 10, 2012 2 530 Pendapat

7 cara mengenal kawan sejati



Assalammualaikum..Ramai yang mengaku mereka adalah kawan sejati..Tapi tak ramai yang sedar, kawan sejati tu bukan sekadar bergelak ketawa..Pada pendapat aku, ni ada beberapa ciri yang perlu bagi seseorang yang MAHU menjadi kawan sejati..Sekadar renungan kita bersama..




  •      Jadi diri sendiri.
Pendek kata, kawan ini tidak akan bersikap hipokrit atau bermuka-muka di depan kita. Dia akan menjadi diri sendiri dan akan menerima kita seadanya.


  • Burung hantu
Kawan ini ibarat burung hantu dalam cerita Harry potter yang menyampaikan pesan kepada orang lain tanpa ada tokok tambah dalam ceritanya.


  •      Peti keselamatan
Apa-apa yang kita ceritakan pada dirinya, akan menjadi sesuatu yang dianggap amanah dan di simpan dengan elok dan tidak akan diceritakan pada org lain, tanpa kebenaran dari kita.


  •           Tukang kepoh
Kawan ini, pasti menjadi tukang kepoh untuk segala kebaikan yang kita lakukan, namun keburukan kita akan disimpan dan dia akan buat-buat tak Nampak.


  •           Pengkritik hebat
Kawan sejati akan menjadi pengkritik hebat untuk diri kita, dia tau di mana kelemahan kita dan tidak akan sekali-kali membiarkan kita terus dikuasai kelemahan itu.


  •            Informasi terkini
Berita-berita terkini,  semuanya akan sampai pada kita. Kiranya updater la dia ni.

  •             Kaunter Aduan
Kawan yang betul-betul sejati adalah mereka yang boleh mendengar apa juga masalah yang dibincangkan walau terpaksa bangun untuk mendengar luahan hati kita.


Sumber Gambar: En. Google

So sekarang, kita kenal dah mana kawan sejati kita. Renung-renungkan.

Zill: Kita pun kenalah jadi kawan sejati, ya!
 
;