Thursday, December 06, 2012 1 530 Pendapat

JENIS-JENIS MARAH

MARI KENALI SIFAT MARAH KITA

Kemarahan Berselindung
"Tidak sedar mereka sebenarnya marah dan menyembunyikan kemarahan
dengan cara menafikan dan meletak kemarahan kepada orang lain."

a) Anger Avoidance (Mengelak dari marah)
- takut & tidak suka fikir pada kemarahan
- marah merupakan satu perkara teruk, bahaya, buruk, hodoh & musuh yang perlu dijauhi.
- tidak bersifat asertif & membiarkan hak-hak mereka diketepikan.

b) Sneaky Anger
- marah tetapi tidak menunjukkan dengan jelas.
- akan melakukan perkara-perkara seperti tidak mematuhi arahan dan menangguhkan kerja.

c) Paranoid Anger
- Merasa orang lain sentiasa memperkata sesuatu yang tidak elok di belakang.
- Percaya bahawa orang lain sentiasa memarahinya.
- Disebabkan oleh perasaan cemburu buta, tidak selamat, posesif dan paranoid.


Kemarahan Meletup
"mudah marah, baran, kurang sabar, kuat melenting dan bertindak agresif"

a) Sudden Anger (Marah Mengejut)
- Tidak dapat mengawal diri, mudah hilang sabar, marah atasa perkara remeh dan disusuli tindakan agresif.
- cepat reda dan menyesal.

b) Shame-based Anger
- Tidak dapat tahan marah bila dikritik, diperleceh atau diketepikan.
- Seorang yang sensitif

c) Deliberate Anger
- Suka memanipulasi, membuli & menguasai orang lain.
- Berpuas hati & megah sekiranya orang yang dimarahi berasa tersinggung & sedih.
- Percaya bahawa dengan menunjukkan kemarahan segala kemahuan dan kehendak akan dipenuhi.

d) Addictive Anger (Ketagihan Marah)
- Ada kaitan dengan ketagihan arak & dadah.
- Menjadi ketagih untuk marah apabila berada dalam ketagihan & tidak dapat menahan kemarahan.



Kemarahan Kronik
"Menjadikan kemarahan sebati dalam diri mereka dan merasa sudah terperangkap dan tidak dapat melepaskan diri"

a) Habitual anger
- Menjadikan marah satu sikap yang berterusan & berasa selesa dengan sikap itu.
- Tidak berasa susah hati, terbeban dan tiada keinginan mengubah sikap marah tersebut.


ZM: Terima Kasih kepada tuan Empunya Entri
Sunday, November 25, 2012 2 530 Pendapat

Gambar Pelangi Kehidupan Hilang!!!!!

Assalammualaikum..

Masih Kecewa! Sangat kecewa..Tu la lama tak update..
Tapi salah sendiri jugak..
Hari tu, terasa nak tukar layout Pelangi Kehidupan kejap..
 (Bosan dengan yang lama)

Lepas dah tukar, rasa macam ok, terus save..
Kemudian, check balik..

OME! semua gambar yang ada sebelum ni, hilang!!

Tenang..Relax lagi time tu..
Hati kata "mungkin ada kesilapan time tukar tu"
boleh dapat balik..

Then, cuba dan terus mencuba..Sehingga ke hari ini..Masih tiada lagi..
Kena hadapi kenyataan yang benda tu memang sudah tiada..

Dan dapat satu pelajaran baru, sebenarnya gambar hilang bukan dari layout,tetapi sebab online hari tu pakai smart phone..So semua gambar save dalam tu, boleh recover balik jugak, cuma mcm buang masa,.


Tidak mengapa..Yang sudah tu, sudah..Mulakan yang baru..
apa-apa hal pun, Pelangi Kehidupan tetap dalam hati..


Ziel: Semua sekali hilang..Waaa...
Thursday, September 20, 2012 0 530 Pendapat

Kalau Stress..

Assalammualaikum,.

Alhamdulillah..masih lagi dapat meneruskan kehidupan..



kadang-kadang dalam kehidupan kita ni, dak lari dari STRESS atau tekanan..stres juga merupakan SILENT KILLER manusia hari ini..tapi sebenarnya, stres tu la yang jadikan kita manusia normal..Manusia yang peka dengan keadaan sekeliling.. 

Adalakanya, tekanan yang melampau buat kita rasa tidak mampu untuk melakukan apa-apa.. disitulah munculnya pelbagai kesan lain, contohnya migrain, marah tiba-tiba dan lain-lain..

Sekadar berkongsi ilmu..info lebih lanjut boleh baca Punca-punca Stress..





Kesan Stres kepada tubuh badan manusia..


Tapi stres ni bukan masalah yang tidak boleh ditangani..Ada pelbagai cara untuk menghadapi stress..
Kepada yang muslim, di sini aku sharekan doa ketika waktu stres, yang aku jumpa dari mr. Google (Thanks for helping)..Amalkan, mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan kita..



Zill: Saat STRESS buat Assignment masih belum terasa..

Saturday, September 15, 2012 2 530 Pendapat

Doesn't mean.......

Alhamdulillah..Masih lagi diberi ruang untuk bernafas di muka bumi..Syukur ya Allah..

Lama betul sudah rasanya blog ni ditinggalkan..Ada Spiderman (kata Qayyum) sudah..Terputus seketika dari dunia maya..bukan bererti tidak mengambil tahu, cuma belum ada kesempatan untuk singgah lama..baru petang tadi pasang Wireless..so mungkin akan ada lebih banyak masa untuk dunia maya kali ni..

Tiba-tiba teringatkan sahabat-sahabat lama..(dulu, kini dan akan datang..Sampai akhir hayat, InsyaAllah..)
Menghilang seketika, bukan untuk selamanya..Selagi masih ada nafas, namamu sentiasa dihati..Cewah!
1 minggu sebelum aidilfitri, dapat mesej dari unknown number..Jemputan untuk majlis kenduri kahwin raya ke-4..tkejut sekejap..rupanya sahabat lama di IIC..

Oleh sebab masalah kesihatan, dan kenderaan..dak dapat la datang..tapi masih sempat hantar ucapan (walau  dakda hadiah)..

Then dapat lagi mesej ajak p beraya..unfortunately, dak dapat join..sebabnya, kena beraya ke rumah family..appointment sudah dibuat sebelum mesej tu sampai..so, kena buat pilihan..tapi masih juga dalam ingatan walaupun tahun ni dak dapat beraya bersama-sama..

To All my friends Especially : Zu, Riya, G-Ha, Ana, Haja, Norliza dan yang lain-lain..kenangan bersama kamu semua masih segar dalam ingatan..huhu..
Friday, June 01, 2012 2 530 Pendapat

Last!

Assalammualaikum..
Akhirnya..sampai ke penghujung..
dak sangka, habis sem sudah..
semester 2 tahun 2..ada 1 tahun lagi untuk bergelar graduan..
Minggu 14..Baru hantar assignment terakhir..
Majalah tokoh untuk Leadership..
So kami pilih..Abraham Lincoln.. 

Cover majalah..Macam ni..
Just simple..
sebab dak sempat mau buat yang lebih kreatif..
Masa semakin suntuk..


Sekadar tatapan..
Ni guna photoscape dan photoshop sikit-sikit..
untuk potong background gambar..

So..sekarang fokus pada Final Exam..
untuk tahun kedua, Semester kedua..
semoga lebih baik dari yang sebelum ini..


Ziel: Semester depan sudah masuk tahun ketiga..Final year..here I'm!

Tuesday, May 29, 2012 2 530 Pendapat

Love..Life..Love..

Assalammualaikum..

tengok-tengok Muka Buku tadi..(Perkara MESTI kalau buka internet)
Terjumpa satu artikel..
Memang amat berguna la..
Sebab kadang-kadang kita boleh terlepas pandang..
Perkara kecil macam ni..

Erm..Sebagai bacaan dan pengetahuan..
Share..

1- Air dan segala minuman yang halal hendaklah diminum dengan tangan kanan kerana Syaitan menggunakan tangan kiri bagi makan dan minum. (Khasail Nabawi)

2- Hendaklah minum dengan sedutan yang berlainan. (Tirmizi)

3- Baca Bismillah dan Alhamdulillah pada setiap sedutaun. (Bukhari)

4- Jangan tiup ke dalam air panas untuk menyejukkannya. (Abu Daud)

5- Duduk dan minum, Nabi SAW telah melarang minum dengan berdiri. (Zaadul Maad)

6- Hendaklah berdiri semasa minum air zam-zam. (Tirmizi)

7- Rendamkan kurma atau anggur di dalam air pada malam hari dan minum larutan ini pada waktu pagi. Walaubagaimanapun,jika kerana terlalu panas ia menjadi tuak, adalah haram untuk minumnya.

8- Orang yang memberi makan atau melayan orang hendaklah yang paling akhir makan & minum. (Tirmizi)

9- Janganlah minum daripada bekas yang besar seperti jag air, botol dan lain-lain. tetapi satu gelas atau mangkuk kecil. (Abu Daud)

10- Jangan minum daripada bekas cawan yang sumpik atau pecah. (Abu Daud)

11- Nabi SAW telah melarang penggunaan bekas masak, makan dan minum diperbuat dari emas dan perak. (Bukhari & Muslim)

Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi)

Ziel: Perkara yang kita lupa itulah kadang-kadang merupakan perkara yang penting.





Friday, May 18, 2012 0 530 Pendapat

Jangan Menyerah- D' Masiv

Tak ada manusia 
Yang terlahir sempurna 
Jangan kau sesali 
Segala yang telah terjadi 

Kita pasti pernah 
Dapatkan cobaan yang berat 
Seakan hidup ini 
Tak ada artinya lagi 

 Reff 1: 
Syukuri apa yang ada 
Hidup adalah anugerah 
Tetap jalani hidup ini 
Melakukan yang terbaik 

Reff 2: Tuhan pasti kan menunjukkan
 Kebesaran dan kuasanya 
Bagi hambanya yang sabar 
Dan tak kenal Putus asa 

 Back to Reff 1 Back to Reff 2


Walau dikutuk dan dihina..
jangan sesekali menyerah kalah..
terus lakukan yang terbaik..
bukan membalas dendam..
Di situlah akal dan darjat kita dinilai..
Thursday, April 26, 2012 2 530 Pendapat

Lambaian Kinabalu Part 3


Time berehat tu, memang dak dapat tidurlah..sebab? sejuk yang tersangat-sangat..niat di hati mau mandi..bila buka paip, cuci muka..terus niat tu dilupakan ..Cuma boleh cuci muka dan gosok gigi jak..Malam, memang dak dapat tidur sebab keadaan yang sangat sejuk. Dengan jaket, baju sejuk dan stoking yang berlapis 3 serta selimut yang tebal macam selimut hotel, pun masih belum dapat tidur. Kepala pening..ala-ala migraine,sesak nafas dan macam-macam lg la..tanpa aircond, tanpa kipas..pun masih sejuk..Kawasan pergunungan..biasa la..lagipun time naik hari tu, musim sejuk..walaupun bukan 4 musim kat Malaysia ni, walaupun dakda salji..tapi tetap sejuk..



Pukul 1 pagi, bangun dan bersiap-siap untuk ke puncak..Turun sebentar di Resthouse untuk "sarapan"..(pukul 1 Pagi tuuuu..) Pukul 2 pagi, naik beramai-ramai dengan orang-orang lain..pelancong-pelancong yang kebanyakannya dari luar negara..(nenek-nenek pun ada, rilex je naik) Kesejukan memang sangat terasa, namun atas semangat dan keazaman yang tinggi, 2.8 KM sanggup didaki..Pada mulanya, ada pokok-pokok dan rumput-rumput, lepas tiba di Sayat-sayat, hanya batu yang ada..Sejuk, jangan cakaplah, tangan memang dak mampu untuk mencengkam dan mengenggam sampai botol air pun meorot dari tangan.. Apa yang mampu di buat, hanyalah melihat ia hilang dari pandangan. dalam perjalanan, ramai juga yang muntah-muntah akibat keadaan yang semakin tinggi.


Dalam pukul 6 pagi, tiba di puncak. (bergantung pada kelajuan)..Biasanya hanya pada Low's Peak..tapi bukan bermakna ini puncak paling rendah, cuma dinamakan sempena nama org yang jumpa tu..Lepas 5 minit bergambar, perjalanan turun pulak sebab mesti tinggalkan laban rata sebelum 10.30 pagi. Sampai Gunting Lagadan, cuci tangan dengan air suam, sebab dah dakda darah sampaikan pergelangan tangan tu sakit dak mampu untuk digerakkan. Kemudian, 10.30 turun namun tidak terlalu letih macam time naik. Dalam perjalanan, biasa la macam-macam ada..ada monyet dan haiwan lain namun tidak menggangu manusia.(mungkin terlalu biasa tengok manusia). Turun pada pukul 10 pagi, dalam pukul 4 petang sampai kat Timpohon Gate. Dan bertolak pulang..


Sekian..Setelah lama tertangguh..

Ziel: Cerita sekadar untuk panduan..
Sunday, March 25, 2012 1 530 Pendapat

It Might Be You

Time..

I've been passing time watching trains go by

All of my life


Lying on the sand watching seabirds fly

Wishing there could be someone

Waiting home for me




Something's telling me it might be you

It's telling me it might be you

All of my life




Looking back as lovers go walking past

All of my life

Wondering how they met and what makes it last


If I found the place would I recognize the face




Something's telling me it might be you

It's telling me it might be you




So many quiet walks to take

So many dreams to wake and there's so much love to make




I think we're gonna need some time

Maybe all we need is time

And it's telling me it might be you

All of my life




I've been saving love songs and lullabies

And there's so much more

No one's ever heard before




Something's telling me it might be you

Yeah, it's telling me it must be you and

I'm feeling it'll just be you

All of my life




It's you, it's you

I've been waiting for all of my life

Maybe it's you


Maybe it's you

I've been waiting for all of my life.



Ziel: For..U..
2 530 Pendapat

Lambaian Kinabalu Part 2



Ok..kita sambung lagi..



Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 4 jam (mengikut stamina dan kelajuan), akan menjadi kurang selesa kerana semakin tinggi kita naik, oksigen semakin kurang. Sebaiknya, jangan bawa barang yang banyak sebab akan menjadi semakin berat bila semakin tinggi. Pengalaman aku mengajar semuanya. Memang ada pelbagai perasaan semasa mendaki. Putus asa dan pelbagai perasaan negative la..Kurang minat untuk berbual, semakin penat dan lebih banyak berhenti.


Hari tu, time aku naik, rombongan adalah seramai 12 orang dan ada 2 orang guide. Boleh juga minta tolong guide tu bawakan barang tapi kena bayar la (Bagi yang dak larat bawa barang)..hari tu bertolak dalam pukul 11 pagi dan tiba di Laban rata dalam jam 4.00 petang. Itupun dak semua yang sampai..ada yang sampai dalam pukul 5.00 dan 6.00 bergantung pada kemampuan.


Perjalanan ke setiap pondok tidak jauh, lebih kurang 500 m dan 1 km, tapi..... terasa sangat jauh, ianya ibarat berjalan berpuluh-puluh batu. Boleh tahan juga la sebab dalam perjalanan tu akan berselisih dengan mereka yang turun dan porter yang membawa barang. Sempat lagi terkejut tengok dorang bawa barang, macam melebihi kemampuan mereka. Barang yang dibawa pula, bukan yang sedikit, tong gas, minuman untuk kegunaan resthouse dan pelbagai barang keperluan lain. Tapi mereka kebanyakannya peramah, senyum dan mengur sapa pendaki yang baru naik. Siap turun naik dan berlari lagi tu!
Ada seorang porter yang naik selepas kami.. Dia naik relax jak, kami pun naik. Di pertengahan jalan, beliau tu turun lak. Kami masih lagi belum sampai ke laban rata. Apa yang mampu dilakukan, senyum jak..=P



Setiap pondok tu, macam memanggil-manggil untuk berehat..”marilah singgah”..Sebab penat memang terasa..
Beberapa jam kemudian, sampai la kami di Laban rata, itu pun time hujan lebat..Maklumlah,lambat kan..tapi dak banyak, geng yang tertinggal kena hujan di pertengahan jalan..kemudian, makan tengahari (Pukul 4.30) di Laban Rata Resthouse.
Sambung di Part 3 lak ya..


(To be Continue..)
Sunday, March 04, 2012 1 530 Pendapat

Lambaian Kinabalu (Part 1)

Assalammualaikum..Hii..Bertemu lagi dalam blog yang dak seberapa ni..Hari ni aku nak share sikit pengalaman mendaki Gunung Kinabalu..Ya la kan, mungkin ada yang belum pernah menjejakkan kaki ke tempat tu.


Ok, first sekali yang paling penting ubah cara pemikiran kita. Erm, apa kena mengena dengan Gunung Kinabalu kan.. Haa..Ini la yang aku ingin kongsikan pada semua yang sudi membaca. Ianya tidak semudah yang kita fikirkan. Hari tu time aku naik, aku sangka ianya macam yang aku bayangkan. Tapi sebenarnya ia sangat sukar. Sebelum ni aku ada pengalaman naik bukit Luanti, Ranau dan Kiulu, Tamparuli..Tinggi, memanglah..Termengah-mengah jugak la..tapi masih boleh sampai walau penat.



Tapi Gunung Kinabalu sangat berbeza. Bagi anda yang berminat nak naik, pastikan stamina anda cukup. Kalau boleh buat latihan sebulan sebelum mendaki. Disarankan untuk turun naik tangga. Untuk permulaan, tiba di Kinabalu Park, daftarkan diri dan kumpulan. Tapi di situ, sejuk memang telah terasa. Kita akan diberikan Tag Nama dan Breakfast Bag. Kemudian, boleh sewa tongkat yang akan dibawa untuk mendaki dengan harga RM10..Kita amat memerlukan tongkat tersebut, percayalah! Kemudian, pendaki akan dibawa ke Timpohon Gate..Sebaik-baiknya naik dari Timpohon Gate, sebab tidak terlalu jauh. Dari Mesilau pun boleh tapi agak jauh. Dari Timpohon Gate tu, untuk naik ke Laban Rata lebih kurang 6 KM (bukan lebih kurang, memang 6 Km). Dalam perjalanan tu, ada papan tanda dan jangan risau kita tidak akan sesat sebab cuma ada 1 jalan saja untuk ke Laban Rata. Dalam perjalanan tu, memang mengasyikkan (walaupun penat) sebab ada banyak pemandangan yang indah.


Kadang-kadang macam tak percaya yang kita telah berada beribu Meter dari Aras Laut. Ada Periuk Kera, Monyet dan macam-macam lagi boleh dilihat. Selain tu, ada juga bunga-bunga dan buah-buahan yang jarang kita lihat. Di setiap KM ada pondok untuk berehat, tapi bukan rehat yang lama sebab boleh menyebabkan kaki menjadi Cramp. Rehat tidak lebih 5 Minit. Dalam perjalanan pula, tanah telah ditarah menjadi tangga bagi memudahkan pendaki, namun ianya tidak semudah itu. Ia lebih memenatkan dan pelbagai perasaan akan dirasa. Pening, muntah, sesak nafas dan lain-lain. Sebaik-baiknya bawalah ubat ya!


(To be Continue..)
Friday, February 17, 2012 1 530 Pendapat

Akibat Dua Ringgit..


Assalam...


kelmarin dapat panggilan telefon..My BIG BOSS dari Sarawak..
"Esok bawak si Linda dan si Nong ke Mahkamah..Sebelum jam 9"

Tergamam..
Erm..Baru teringat..Kes hari tu..
Kali ni diorang kena jadi saksi..
Adik yang satu ni risau sebab dak dapat p sekolah..
Yang satu lak risau sebab dak tau mau cakap apa..

Sampai Mahkamah
Adik yang kecil seorang ni pucat sudah..Tangan Sejuk..
(Macam la dia yang dibicarakan)
Then, Pak Polis tu cakap..
"Jangan takut ya, kalau dia dak mengaku baru kamu dipanggil masuk"..

Lega la sikit..Tapi still takut..
adik seorang ni kata "macam mana la kalau dia dak mengaku"
"kalau dia dak mengaku, aku masuk belasah dia,oke?"
Saja la buat lawak, dia pun senyum..

15 Minit berlalu..Aku bosan..so, aku pun jalan-jalan meninjau..
First time kan p mahkamah..Selalu nampak dalam TV jak..
Ni kali depan mata..So, memang keadaan macam dalam TV..
Tapi Tawau ni Court dia cuma Majistret dan Sesyen jak..Mahkamah rendah..

Dalam bilik mahkamah yang depan tu, ada beberapa orang yang berpakaian lokap polis, dengar-dengar dibicarakan kerana mereka adalah PATI..
Tapi layanan polis tu, erm..Never mind..
Mungkin polis-polis tu stres kot..(Iklan)

Aku pun duduk balik..

Dak berapa lama kemudian..
Polis dan Hakim yang bicarakan kes tu keluar..
Pakcik Polis tu cakap, orang tu dah mengaku dan dia dikenakan hukuman Penjara 3 tahun lepas tu dihantar pulang ke Filipina..
Kes selesai..
Adik-adik aku dak perlu jadi saksi..



Kes diorang ni berlaku pada 25 Disember lepas..Dalam bas, seorang lelaki (Suspek) tu, acukan pisau pada adik yang kecil minta duit.. Adik yang sorang lagi dak mau bagi..
Tapi yang kecil tu takut sangat..
So adik aku pun lemparkan RM2 pada lelaki tu..
sambil cakap "Dakda guna bha kau ni jadi manusia"
(entah apa la motifnya cakap gitu)
.Lelaki tu turun di 'black area'..Tau la apa dia mau beli..
Kemudian, adik yang seorang ni call my brother yang kebetulan menghabiskan cuti dia di sana (Cuti Kahwin)..

Kemudian, buat laporan polis..
(Brader, silap orang la kau rompak)
Esoknya, lelaki tu ditangkap dan barulah kes tu dibicarakan..
Tapi selesai sudah kes..

Esoknya..My papa beli
newspaper..
Ada lak kisah dalam tu..
Terus jadi Famous..Ehee..
Apapun, pengalaman yang sangat berharga buat mereka..

As a result,
Adik yang seorang tu dah trauma untuk naik bas..

Ziel: Berhati-hati dalam bas..
Saturday, February 11, 2012 2 530 Pendapat

Exercise Mata

Ok..Hari ni kita buat exercise sikit..

Maklum la, sebelum ni asyik-asyik tengok huruf jak kan depan mata..

ni kali kita tengok gambar lak..ada beberapa gambar di bawah ni sebagai hiburan jak k..



uji la mata kita, tengok sama ada normal lagi or macam mana..


(^_^)






¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼½¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼


Berdasarkan nombor tersebut, cuba cari kedudukan ½. Ini memerlukan ketajaman mata anda..Berapa saat anda perlukan untuk mendapat jawapan..sekiranya di bawah dari 10 saat, tahniah! anda memang seorang pemerhati..hihi..


Ziel: Dah cuba..boleh tahan la..

Friday, February 10, 2012 2 530 Pendapat

7 cara mengenal kawan sejati



Assalammualaikum..Ramai yang mengaku mereka adalah kawan sejati..Tapi tak ramai yang sedar, kawan sejati tu bukan sekadar bergelak ketawa..Pada pendapat aku, ni ada beberapa ciri yang perlu bagi seseorang yang MAHU menjadi kawan sejati..Sekadar renungan kita bersama..




  •      Jadi diri sendiri.
Pendek kata, kawan ini tidak akan bersikap hipokrit atau bermuka-muka di depan kita. Dia akan menjadi diri sendiri dan akan menerima kita seadanya.


  • Burung hantu
Kawan ini ibarat burung hantu dalam cerita Harry potter yang menyampaikan pesan kepada orang lain tanpa ada tokok tambah dalam ceritanya.


  •      Peti keselamatan
Apa-apa yang kita ceritakan pada dirinya, akan menjadi sesuatu yang dianggap amanah dan di simpan dengan elok dan tidak akan diceritakan pada org lain, tanpa kebenaran dari kita.


  •           Tukang kepoh
Kawan ini, pasti menjadi tukang kepoh untuk segala kebaikan yang kita lakukan, namun keburukan kita akan disimpan dan dia akan buat-buat tak Nampak.


  •           Pengkritik hebat
Kawan sejati akan menjadi pengkritik hebat untuk diri kita, dia tau di mana kelemahan kita dan tidak akan sekali-kali membiarkan kita terus dikuasai kelemahan itu.


  •            Informasi terkini
Berita-berita terkini,  semuanya akan sampai pada kita. Kiranya updater la dia ni.

  •             Kaunter Aduan
Kawan yang betul-betul sejati adalah mereka yang boleh mendengar apa juga masalah yang dibincangkan walau terpaksa bangun untuk mendengar luahan hati kita.


Sumber Gambar: En. Google

So sekarang, kita kenal dah mana kawan sejati kita. Renung-renungkan.

Zill: Kita pun kenalah jadi kawan sejati, ya!
 
;