Wednesday, December 07, 2011

Di Mana Kesilapan Itu?


Assalammualaikum..
Begitu lama tidak disentuh blog ini. Bukan tidak sayang, tetapi kekangan masa dan line internet membuat ianya tidak begitu dipedulikan.

Assignment, tak payah cakaplah..Sem ni suda semester ketiga untuk aku..Kiranya semakin matang la dalam bergelar pelajar universiti. Dalam pada mengharungi kehidupan sebagai pelajar, cabaran dan dugaan itu akan datang setiap masa dengan pelbagai cara. Tidak kiralah sama ada ianya memudaratkan atau mudah ditangani.

Tinggalkan yang itu..(tidak bermakna kehidupan tanpa ujian dariNya)

Dalam hidup kita ni kita tidak dapat lari dari kesilapan..Kesilapan yang kita lakukan mengajar kita erti kehidupan. semakin banyak kesilapan yang kita lakukan, semakin matang jiwa kita, dengan syarat kita tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Aku nak berkongsi cerita tentang sesuatu..Mungkin seseorang, tetapi bukan apa yang dilakukan oleh orang tersebut..Mungkin kesilapan yang dilakukan agak besar dan tidak dapat diterima oleh masyarakat, namun sikap orang lain menghukumnya.

Sedarkah kita,
semakin besar kesalahan seseorang itu di mata kita, semakin tinggi perasaan benci pada dia..(Hipotesis)..
undang-undang sudah menghukum orang yang melakukan kesalahan..
begitu juga dengan hukuman tuhan..
Kita semua percaya tentang itu, knapa kita juga menghukum mereka?

Allah yang tahu kelemahan hambanya pun tidak menutup pintu taubat..
Dia tahu manusia ini sering lupa dan tidak lari dari melakukan kesilapan.
Sebab itulah Dia sentiasa memberi peluang..untuk manusia muhasabah, sedar akan kesilapan dan berubah ke arah kebaikan.

kita balik kepada kes yang dikemukakan..apa yang aku dapat nampak, bukan kesalahan yang dia lakukan, namun kerendahan pemikiran orang-orang di sekelilingnya..

Layakkah kita menghina manusia yang fizikalnya tidak banyak beza dengan kita?
Layakkah kita menghina dia yang dijadikan dengan asas yang sama dengan kita?
Di mana letaknya AKAL FIKIRAN yang diberikan Allah pada kita?
Itukah yang kita katakan MATANG dan EDUCATED?

Just berharap orang-orang tersebut berfikir dengan akal fikiran..Kalaulah manusia melakukan kesilapan, kenapa tidak kita membawa perkara ini dengan saluran yang betul? Jangan menghukum mengikut diri kita sendiri yang penuh dengan amarah dan desakan hasutan syaitan..Jika benarlah nak menegakkan kebenaran, mengapa dengan cara menjatuhkan maruah?

ZM: Berhati-hati ketika berkata-kata..apa yang kita kata mungkin akan diuji pada kita satu hari nanti..

3 530 Pendapat:

Ms. Z said...

hi..lm x nmpak

Aku si penulis blog ini :) said...

nice..:) kita masing2 ada pndapat tntang seseorang itu tp kta xda hak untuk menghina atau memaki org lain sesuka hati. nilai dri kta sendri dlu..i like ur post..

ZieL said...

Miss Z: Yup..baru ada kesempatan nak menulis..

Aku si penulis blog ini :) : Itu la..manusia, xblh org lain lebih, asik nak cari kslahan je..

 
;