Wednesday, August 17, 2011

17 Ramadhan




Assalam..

Hari ni, 17 Ogos 2011 bersamaan 17 Ramdhan 1432 Hijrah..
Ini bermakna, ada lebih kurang 13 hari lagi untuk berpuasa sebelum menyambut hari raya..
Hari ni juga merupakan hari Nuzul Quran..
Tarikh ini merupakan hari turunnya Al-Quran kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.


“Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)


Ziel: Salam Nuzul Quran, 17 Ramadhan 1432 H

0 530 Pendapat:

 
;