Thursday, August 18, 2011 0 530 Pendapat

Masterchef +Hell's Kitchen



Assalam..

Sekarang aku tertarik untuk menonton rancangan masakan..
Terasa berkobar-kobar untuk belajar masakan yang exclusive ni..
Mula tertarik apabila menonton Masterchef US/Aus dan Hell's kitchen..
Ntah la kan kenapa, sekarang ni aku minat sangat dengan dua-dua rancangan ni..
Semua aku tengok..

Walaupun sekarang ni bulan puasa..ehehe..Aku tengok waktu malam..
Dekat saluran astro 711 (Starworld)
Sebenarnya..Kedua-dua rancangan ni ada tarikan sendiri pada aku..


Masterchef:
Ok..Dalam program ni, mereka diajar cara masak dengan betul, dan pelbagai tips dalam 'masterclass'..dorang jugak diajar teknik-teknik dalam masakan..
Amat berguna..
Kemudian ada beberapa cabaran yang mereka kena harungi..
Best sebab orang yang merasa makanan yang diorang masak tu, tau semua benda yang ada dalam masakan..




Hell's Kitchen:
Ketua Chef adalah.................
V




V




V




V



V




Tadaaa...

Chef Gordon Ramsay..
Ish, minat la dengan dia..
walaupun dia agak kejam dalam Hell's kitchen ni..tetapi dia memang seorang yang berpengalaman dalam merasa makanan..


Para peserta pulak kena sediakan makanan dalam restoran eksklusif 'Hell's Kitchen' yang mana pengunjungnya terdiri daripada artis popular, tentera, kerabat diraja..
kira golongan elit la..

dalam masterchef US pun Chef Ramsay yang jadi juri..
tapi memang best..
cuma masakan mereka rata-rata menggunakan wine dan pork..
yang kita dak boleh ikut (muslim)
tapi fahamlah, sebab itu memang makanan tempat diorang..
tiada diskriminasi..

Kalau mau tau best or tidak..
Cuba tengok sekejap rancangan ni..

Ziel: Aku rasa aku pun mau jadi 'perasa' makanan..
Ciri-ciri ada suda ni..


Wednesday, August 17, 2011 0 530 Pendapat

17 Ramadhan




Assalam..

Hari ni, 17 Ogos 2011 bersamaan 17 Ramdhan 1432 Hijrah..
Ini bermakna, ada lebih kurang 13 hari lagi untuk berpuasa sebelum menyambut hari raya..
Hari ni juga merupakan hari Nuzul Quran..
Tarikh ini merupakan hari turunnya Al-Quran kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.


“Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)


Ziel: Salam Nuzul Quran, 17 Ramadhan 1432 H
 
;