Sunday, May 08, 2011

Selamat Hari Ibu


Assalammualaikum..

Tergerak hati untuk menambah entri sempena hari ibu ni..Hari ni, 08 Mei adalah hari ibu sedunia. Awal-awal pagi lagi aku sudah wish mak aku. Walaupun masih lagi dalam kesedihan atas pemergian pakcik aku semalam, namun aku harap itu hanya sementara. sempena hari ibu ni, aku harap dapat lakukan sesuatu untuk mak aku.

sayangnya, aku berjauhan dengan mak aku dan tak dapatlah nampaknya menyambut hari ibu bersama-sama mak aku..Aku cuma mampu mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan mak aku, tak lupa juga kepada bapa aku (walaupun belum hari bapa).

Kalau difikirkan balik, betapa besarnya pengorbanan mak dalam membesarkan kami semua. Dari kecil sampailah dewasa, mak tak pernah lekang untuk menasihati dan membimbing kami dalam kehidupan. kadang-kadang aku berfikir sendirian, begitu banyak pengorbanan mak, tapi apa yang dapat aku berikan sebagai hadiah kepadanya?


Seorang ibu tidak pernah meminta balasan atas pengorbanannya. Dia hanya ingin melihat anak-anaknya berjaya dalam kehidupan mereka. Aku rasa, semua ibu yang baik, seperti itu. Dengan penuh sabar, dia mendidik dan mengasuh anak-anak tanpa kenal erti jemu. Dia tidak pernah merungut atas apa yang dilakukannya, dan dia juga tidak pernah minta untuk dihargai. Baginya, kesempurnaan anak-anak adalah kegembiraan hidupnya. Melihat anak-anak tertawa dan ceria adalah kebahagiaan untuknya.

Dia tidak pernah meminta bayaran untuk semua tugas yang dilakukannya, kerana baginya itu adalah tanggungjawabnya. Marahnya adalah untuk mendidik, Senyumnya adalah tanda dia bahagia. Airmatanya tumpah kerana risaukan anak-anaknya. Namun kadangkala,airmata itu tumpah kerana terharu dengan kejayaan anak-anak. Kenakalan dan kepetahan anak menjadi hiburannya. kepahitan yang dirasakan hilang apabila melihat anak-anak tersenyum gembira.


Kini, setelah dewasa, anak-anak pergi menjauh. Jasa ibu semakin dilupa. Namun ibu tidak pernah menyesal membesarkan anak-anak. Dia masih lagi bahagia melihat anak-anaknya berjaya. Sebagai anak, kadangkala kita lupa pengorbanan ibu pada kita. Kita lupa kasih sayang yang dia berikan tak ternilai harganya. Kita tidak pernah berfikir betapa dia mendidik kita dari kecil sehingga kita mampu untuk berdikari. Kita lupa dia yang kita cari ketika kita besedih.

Sempena Hari Ibu ini, berikanlah sesuatu pada ibu kita. Hargailah ibu sementara dia masih ada. Bila kita kehilangannya, barulah kita sedar, ibu adalah harta yang paling berharga buat kita.

Ziel: Selamat Hari Ibu,Mak!

Sumber Gambar: Google Images


3 530 Pendapat:

Ms. Z said...

selamat hari ibu zila...:)heheh tiba2..

ZieL said...

ya..selamat zu..hehe..ibu kepada anak kucing..hehe

Ms. Z said...

emmm aq ibu kepada anak tekak & dua anak mata...hahhahah....sangat berbahagia dengan tiga ank2 ni..hahha

 
;