Saturday, May 21, 2011 1 530 Pendapat

Fast Five



Fast & Furious 5 mengisahkan bagaimana Brian O'Conner dan Mia Toretto yang akhirnya menjadi buruan polis selepas bersekongkol membantu Dom Toretto melepaskan diri daripada dipenjarakan. Untuk mengelakkan diri ditahan polis Amerika mereka telah melarikan diri ke Rio Janeiro, Brazil.

Kerana terdesak memerlukan wang, mereka melibatkan diri dalam satu rompakan kereta. Tanpa diduga penglibatan mereka itu membuatkan mereka terperangkap dengan konflik yang lebih besar apabila terkait dengan Reyes, individu paling berpengaruh di Rio. Apabila mendapat tahu Reyes mempunyai wang yang sangat banyak, Brian dan Toretto bercadang untuk merompaknya bagi mengumpul wang persaraan.

Untuk memastikan rancangan itu berjaya, mereka telah mengumpulkan beberapa orang untuk dijadikan satu kumpulan khas untuk menjayakan misi yang sangat sukar itu. Dalam masa yang sama, mereka juga perlu berhadapan dengan Luke Hobbs, seorang ejen yang yang ditugaskan untuk menangkap mereka bertiga.

Sumber: Disini

Pendapat aku tentang cerita ni..5 bintang..walaupun ada part yang tak logik yang mungkin kalau difikirkan balik memang tak boleh diterima akal..

Tapi cerita ni memang best, jalan cerita yang tidak membosankan..Tak rugi kalau menontonnya..

ZM: Sukaaaa sangaaaat Watak Dom dalam cerita ni..
Wednesday, May 11, 2011 1 530 Pendapat
Actually Esok aku ada exam..Tapi apa nak buat..Tangan ni, terasa ingin menambah entri.. Sengaja aku tak letak tajuk untuk entri kali ni, sebab aku pun tak tau apa tajuk yang sesuai..Aku rasa nak buat pembaharuan utnuk blog ni..ada masa cuti 4 bulan sem ni, bolehlah kot..Itu pun bergantung pada TAHAP kesibukan aku..Bak kata kawan-kawan aku.."Ko ni busy mengalahkan perdana menteri"..

Pada aku, Perdana Menteri ada banyak pekerja untuk menyiapkan kerja-kerja beliau. Aku ni, rakyat biasa je..Lagipun, diorang pernah nampak ke tahap ke'busy'an PM tu? Ni aku tak refer khusus mana-mana PM.

Aku hargai jugak la kata-kata kawan-kawan aku tu..Yalah, ia menyedarkan aku betapa aku tak ada masa untuk diorang..Ok la, lepas ni aku akan bahagi masa untuk anda semua (cewah!)

Huhu..Cuti 4 bulan ni, harap dapat melancong..Kerja tetap kerja, tapi kadang-kadang kita perlukan 'kesegaran' (Refreshing)..Eh, betulkah ayat aku?Ayat ala-ala skema gitu..

Hmm..Cukuplah sampai sini dulu..Sekadar nak ambil 'kesegaran' lepas study..Ni nak sambung study balik ni..See Ya..

Ziel: Esok Last paper..Yeah!
Sunday, May 08, 2011 3 530 Pendapat

Selamat Hari Ibu


Assalammualaikum..

Tergerak hati untuk menambah entri sempena hari ibu ni..Hari ni, 08 Mei adalah hari ibu sedunia. Awal-awal pagi lagi aku sudah wish mak aku. Walaupun masih lagi dalam kesedihan atas pemergian pakcik aku semalam, namun aku harap itu hanya sementara. sempena hari ibu ni, aku harap dapat lakukan sesuatu untuk mak aku.

sayangnya, aku berjauhan dengan mak aku dan tak dapatlah nampaknya menyambut hari ibu bersama-sama mak aku..Aku cuma mampu mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan mak aku, tak lupa juga kepada bapa aku (walaupun belum hari bapa).

Kalau difikirkan balik, betapa besarnya pengorbanan mak dalam membesarkan kami semua. Dari kecil sampailah dewasa, mak tak pernah lekang untuk menasihati dan membimbing kami dalam kehidupan. kadang-kadang aku berfikir sendirian, begitu banyak pengorbanan mak, tapi apa yang dapat aku berikan sebagai hadiah kepadanya?


Seorang ibu tidak pernah meminta balasan atas pengorbanannya. Dia hanya ingin melihat anak-anaknya berjaya dalam kehidupan mereka. Aku rasa, semua ibu yang baik, seperti itu. Dengan penuh sabar, dia mendidik dan mengasuh anak-anak tanpa kenal erti jemu. Dia tidak pernah merungut atas apa yang dilakukannya, dan dia juga tidak pernah minta untuk dihargai. Baginya, kesempurnaan anak-anak adalah kegembiraan hidupnya. Melihat anak-anak tertawa dan ceria adalah kebahagiaan untuknya.

Dia tidak pernah meminta bayaran untuk semua tugas yang dilakukannya, kerana baginya itu adalah tanggungjawabnya. Marahnya adalah untuk mendidik, Senyumnya adalah tanda dia bahagia. Airmatanya tumpah kerana risaukan anak-anaknya. Namun kadangkala,airmata itu tumpah kerana terharu dengan kejayaan anak-anak. Kenakalan dan kepetahan anak menjadi hiburannya. kepahitan yang dirasakan hilang apabila melihat anak-anak tersenyum gembira.


Kini, setelah dewasa, anak-anak pergi menjauh. Jasa ibu semakin dilupa. Namun ibu tidak pernah menyesal membesarkan anak-anak. Dia masih lagi bahagia melihat anak-anaknya berjaya. Sebagai anak, kadangkala kita lupa pengorbanan ibu pada kita. Kita lupa kasih sayang yang dia berikan tak ternilai harganya. Kita tidak pernah berfikir betapa dia mendidik kita dari kecil sehingga kita mampu untuk berdikari. Kita lupa dia yang kita cari ketika kita besedih.

Sempena Hari Ibu ini, berikanlah sesuatu pada ibu kita. Hargailah ibu sementara dia masih ada. Bila kita kehilangannya, barulah kita sedar, ibu adalah harta yang paling berharga buat kita.

Ziel: Selamat Hari Ibu,Mak!

Sumber Gambar: Google Images


 
;