Monday, April 18, 2011

Study Week VS Final Exam


Assalammualaikum..

Pejam celik..makan minum, sudah hampir 2 semester aku di UMS ni.. Banyak benda yang aku belajar sekarang ni..tapi rasa macam ceepat je semester ni berlalu..sekarang ni, mood study week..Belum ada satu apa pun aku buka lagi ni..Shock sekejap lepas tengok jadual exam hari tu..Hari pertama sampai hari ketiga aku ada 5 paper..OMG!! Macam tak percaya.. betul-betul aku rasa macam tak yakin..Bukan apa, cuma macam tak cukup masa untuk study disebabkan assignment yang bertimbun, sampai tak cukup masa untuk study. Ya, memang tak dinafikan yang masa memang sentiasa cukup, namun bila tenaga yang sepatutnya digunakan untuk belajar/mengulangkaji, di 'transfer' pula untuk buat assignment, penat la jawabnya..So, dalam fikiran, berehat dan tidur. Walau untuk sekejap, namun tetap masa yang berlalu tidak dapat digantikan.

Semester ni la semester yang paling sibuk nampaknya, macam dalam entri sebelum ini, assignment sampai minggu terakhir kuliah pun ada lagi yang perlu dihantar. 1 minggu ni, belum tentu mencukupi untuk mengulangkaji pelajaran 1 semester. Itulah juga sebabnya aku membatalkan niat untuk pulang ke kampung. Mungkin lebih baik aku di sini, dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan.

5 subjek dalam masa 3 hari..Aku tak pernah mengalami perkara ni. dulu pun paling teruk cuma ada 3 paper dalam 1 hari..Dan bukannya dari root yang sama..Kalau nak diikutkan memang nampak mudah, namun menghadapinya memerlukan ketahanan fizikal dan mental. Aku masih sedar yang Allah takkan membebankan hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu dihadapi. Namun, sebagai manusia biasa, aku tetap tidak lepas dari rasa risau dan takut. sengaja aku senaraikan subjek yang buat aku 'takut' (ye ke?)

Hari 1-Teori-teori kaunseling dan Psikoterapi
Hari 2-Kaedah Penyelidikan & Sistem dan teori Psikologi
Hari 3-Personaliti dan Perbezaan Individu & Bahasa Mandarin tahap 1

Bukanlah bermaksud yang lain-lain tu aku overconfident, cuma ada masa lagi untuk study, boleh fokus pada 1 subjek. Pada sesiapa yang ada petua, Senior-senior, share la petua tu =)..
Oklah, sampai sini dulu, aku nak sambung study (konon la)..

Ziel: Hadapi dengan senyuman..

0 530 Pendapat:

 
;