Friday, April 15, 2011

Aku di Semester 2

Assalammualaikum..

Selesa rasanya memberi salam sebelum memulakan entri. Hari ni, hari terakhir dalam minggu ke-14 dan merupakan hari terakhir kuliah dalam semester 2 2010/2011. Assignment pun hari ni merupakan hari terakhir untuk sesi penghantaran. Start esok, masuk ke study week.

semester ni aku rasa agak busy yang bukan sedikit, tetapi yang tersangat busy. sampai minggu terakhir kuliah pun ada lagi assignment yang perlu dihantar. (kasihan pada kawan-kawan yang perlu menghantar assignment dalam study week)

Aku ambil masa sekejap untuk update blog ni (kiranya masa lapang) la..fikiran agak bercelaru sedikit sebab masih ada lagi yang perlu diselesaikan. aku sangkakan esok adalah hari cuti, namun ada pula Majlis Penutupan Minggu Kokurikulum..Maka, dengan kata lain, SISPA akan terlibat secara langsung, di mana SISPA akan membuat persembahan Menyelamat yang mana telah menjadi Johan ketika Perhimpuna SISPA Kebangsaan.

Semester ni, semester pendek. Semua pun kena selesaikan dalam masa yang singkat. Assignment yang bertimbun, masa untuk study dan yang lain-lain. Tidak dilupakan latihan kawad yang dilakukan 3 kali seminggu. kadang-kadang, terfikir juga, mengapa dikorbankan terlalu banyak untuk hasil yang sedikit. Namun, aku sedar, ianya semua bermula dari hati. Ia yang mendorong kita untuk berfikir dan menggerakkan diri kita untuk bertindak. Pengorbanan yang ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan, mempunyai keistimewaannya tersendiri. Tak percaya, boleh cuba..

Tapi apa yang pasti, semester ini aku cuba buat yang terbaik, tapi entah dimana silapnya. Ada masa aku rasa bersemangat, adakala langsung tidak bersemangat. Mungkin memang inilah kehidupan, ada pasang surutnya. Semoga semester depan akan jadi lebih baik dari semester ni.

Cukuplah dulu entri kali ini, aku perlu meneruskan kuliah sekejap lagi..

Ziel: Hadapi dengan senyuman


0 530 Pendapat:

 
;