Wednesday, December 07, 2011 3 530 Pendapat

Di Mana Kesilapan Itu?


Assalammualaikum..
Begitu lama tidak disentuh blog ini. Bukan tidak sayang, tetapi kekangan masa dan line internet membuat ianya tidak begitu dipedulikan.

Assignment, tak payah cakaplah..Sem ni suda semester ketiga untuk aku..Kiranya semakin matang la dalam bergelar pelajar universiti. Dalam pada mengharungi kehidupan sebagai pelajar, cabaran dan dugaan itu akan datang setiap masa dengan pelbagai cara. Tidak kiralah sama ada ianya memudaratkan atau mudah ditangani.

Tinggalkan yang itu..(tidak bermakna kehidupan tanpa ujian dariNya)

Dalam hidup kita ni kita tidak dapat lari dari kesilapan..Kesilapan yang kita lakukan mengajar kita erti kehidupan. semakin banyak kesilapan yang kita lakukan, semakin matang jiwa kita, dengan syarat kita tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Aku nak berkongsi cerita tentang sesuatu..Mungkin seseorang, tetapi bukan apa yang dilakukan oleh orang tersebut..Mungkin kesilapan yang dilakukan agak besar dan tidak dapat diterima oleh masyarakat, namun sikap orang lain menghukumnya.

Sedarkah kita,
semakin besar kesalahan seseorang itu di mata kita, semakin tinggi perasaan benci pada dia..(Hipotesis)..
undang-undang sudah menghukum orang yang melakukan kesalahan..
begitu juga dengan hukuman tuhan..
Kita semua percaya tentang itu, knapa kita juga menghukum mereka?

Allah yang tahu kelemahan hambanya pun tidak menutup pintu taubat..
Dia tahu manusia ini sering lupa dan tidak lari dari melakukan kesilapan.
Sebab itulah Dia sentiasa memberi peluang..untuk manusia muhasabah, sedar akan kesilapan dan berubah ke arah kebaikan.

kita balik kepada kes yang dikemukakan..apa yang aku dapat nampak, bukan kesalahan yang dia lakukan, namun kerendahan pemikiran orang-orang di sekelilingnya..

Layakkah kita menghina manusia yang fizikalnya tidak banyak beza dengan kita?
Layakkah kita menghina dia yang dijadikan dengan asas yang sama dengan kita?
Di mana letaknya AKAL FIKIRAN yang diberikan Allah pada kita?
Itukah yang kita katakan MATANG dan EDUCATED?

Just berharap orang-orang tersebut berfikir dengan akal fikiran..Kalaulah manusia melakukan kesilapan, kenapa tidak kita membawa perkara ini dengan saluran yang betul? Jangan menghukum mengikut diri kita sendiri yang penuh dengan amarah dan desakan hasutan syaitan..Jika benarlah nak menegakkan kebenaran, mengapa dengan cara menjatuhkan maruah?

ZM: Berhati-hati ketika berkata-kata..apa yang kita kata mungkin akan diuji pada kita satu hari nanti..
Thursday, August 18, 2011 0 530 Pendapat

Masterchef +Hell's Kitchen



Assalam..

Sekarang aku tertarik untuk menonton rancangan masakan..
Terasa berkobar-kobar untuk belajar masakan yang exclusive ni..
Mula tertarik apabila menonton Masterchef US/Aus dan Hell's kitchen..
Ntah la kan kenapa, sekarang ni aku minat sangat dengan dua-dua rancangan ni..
Semua aku tengok..

Walaupun sekarang ni bulan puasa..ehehe..Aku tengok waktu malam..
Dekat saluran astro 711 (Starworld)
Sebenarnya..Kedua-dua rancangan ni ada tarikan sendiri pada aku..


Masterchef:
Ok..Dalam program ni, mereka diajar cara masak dengan betul, dan pelbagai tips dalam 'masterclass'..dorang jugak diajar teknik-teknik dalam masakan..
Amat berguna..
Kemudian ada beberapa cabaran yang mereka kena harungi..
Best sebab orang yang merasa makanan yang diorang masak tu, tau semua benda yang ada dalam masakan..




Hell's Kitchen:
Ketua Chef adalah.................
V




V




V




V



V




Tadaaa...

Chef Gordon Ramsay..
Ish, minat la dengan dia..
walaupun dia agak kejam dalam Hell's kitchen ni..tetapi dia memang seorang yang berpengalaman dalam merasa makanan..


Para peserta pulak kena sediakan makanan dalam restoran eksklusif 'Hell's Kitchen' yang mana pengunjungnya terdiri daripada artis popular, tentera, kerabat diraja..
kira golongan elit la..

dalam masterchef US pun Chef Ramsay yang jadi juri..
tapi memang best..
cuma masakan mereka rata-rata menggunakan wine dan pork..
yang kita dak boleh ikut (muslim)
tapi fahamlah, sebab itu memang makanan tempat diorang..
tiada diskriminasi..

Kalau mau tau best or tidak..
Cuba tengok sekejap rancangan ni..

Ziel: Aku rasa aku pun mau jadi 'perasa' makanan..
Ciri-ciri ada suda ni..


Wednesday, August 17, 2011 0 530 Pendapat

17 Ramadhan




Assalam..

Hari ni, 17 Ogos 2011 bersamaan 17 Ramdhan 1432 Hijrah..
Ini bermakna, ada lebih kurang 13 hari lagi untuk berpuasa sebelum menyambut hari raya..
Hari ni juga merupakan hari Nuzul Quran..
Tarikh ini merupakan hari turunnya Al-Quran kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.


“Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)


Ziel: Salam Nuzul Quran, 17 Ramadhan 1432 H
Tuesday, July 19, 2011 2 530 Pendapat

Stalker


Ada seseorang ni kan..
dia follow blog ni privately..
ntahla kenapa..
mungkin dia malu kan?
Or dia rasa keegoannya tercabar kalau dia follow aku publicly..
(fikiran jahat datang menerpa)

Sometimes..
aku ada terasa mau follow blog orang secara 'rahsia'..
Tapiiiiii.....terus terfikir..
"macam stalker pulak kan?"

Apa itu stalker?
Stalker ni sebenarnya hanyalah seorang peminat yang obses terhadap seseorang yang di 'stalking' nya itu..
Dalam kamus dewan ia bermaksud pengendap atau pengintip..
Sampai macam tu sekali..Ish..ish..ish..
dalam situasi ni, ia merujuk kepada blog ini..(perasan laaa..)



Aku try google, ini antara maksud yang aku dapat tentang stalker..
Seseorang yang ingin mengetahui pasal seseorang dengan cukup mendalam.
Kadang-kadang boleh membuatkan seseorang tu rasa takut.

Uhuhu..Ini sudah lebih..
Apa hal sampai label stalker ni?


Ok..Abaikan yang itu..
Dia bukan stalker..
Apalah yang ada pada blog aku ni yang mau di 'stalking'..=)
Nanti dia dak mau sudah follow aku..
ciss..
Jangan marah ya wahai 'secret admirer' blog ni..
Itu cuma gurauan jak..


Just mau bagitau..
Aku hargai semua follower blog yang dak seberapa ni..
Dak kisahlah, follower macam mana pun..
Yang baca pun ok apa..
Mungkin ada apa-apa yang boleh dikongsi..
(Sharing is caring..Kunun)

Nah..Hadiah untuk anda semua..
Kongsi-kongsi tau..



Ziel: Start sudah aku guna perkataan 'dak'= tidak/tak..

Thursday, July 14, 2011 2 530 Pendapat

Friends means...?




Saja bagi gempak tajuk entri..
Bukan mau anyam ketupat..
hanya ingin 'bicara' sedikit tentang sahabat..
(ala-ala sinetron gitu..)

Bukan bermakna aku tak ada kawan..
Cuma semua adalah BEST pada aku..
sama jak semua..

Aku tak fokus pada someone..
for being my bestfriend..
sebab, tak semestinya orang tu anggap kita bestfriend dia kan?
(pandangan negatif lagi tu..Abaikan)

Lagipun..Kalau kawan yang betul-betul rapat pada kita..
Apabila dia melukakan hati..(kawan luar biasa)..
Sometimes, lagi menyakitkan dari kawan-kawan yang lain..

Apa-apa pun,..selama aku hidup ni..
Aku banyak belajar dari kawan-kawan..
Aku kenal ramai orang, ada yang BEST..
Ada yang lagi BEST..(isi tersirat)

Tapi walau macam mana pun..
Aku tak pernah lupakan kawan-kawan aku..
Walau mereka BEST ataupun yang PALING BEST..
Kawan..Selamanya akan jadi kawan..

Buat semua kawan-kawan..
Yang kenal aku..
Yang anggap aku Sahabat..Kawan..Bestfriend..
Thanks for being my friends..
Persahabatan akan terus kekal sampai bila-bila..

Zill: Alangkah indahnya jika bersahabat hingga ke Syurga
Thursday, June 16, 2011 1 530 Pendapat

Seperti Dulu-Exist

Selalu ku mengharapkan
Kau akan segera pulang
Kau balik seperti dulu
Menghapuskan rindu
Yang sering menghantuiku

Semenjak kau datang
Di hatiku sayang
Semua resahku hilang
Diriku bukanlah
Seorang yang mudah
Menyerahkan cinta semudah kata

Kudambakan cinta
Indah seperti dulu
Kerna cintaku tak pernah rasa jemu
Biar hati bimbang
Aku terus menunggu
Benar ku tahu kau tak pernah jauh
Kau di hatiku

Di hari yang datang
Janganlah kau ulang
Lukai hatiku sayang
Aku pun bukanlah
Seorang yang bisa
Menggantikan cinta sekelip mata

Aku inginkan cinta
Kita seperti dulu
Kerna cintaku tak mudah rasa jemu
Biar hati bimbang
Aku terus menunggu
Dan aku tahu kau tak pernah jauh
Kau di hatiku

Ziel: Tergerak hati nak letak lagu ni..Hayatilah..
Wednesday, June 15, 2011 1 530 Pendapat

9 Siti

1) Siti Khadijah

Beliau merupakan isteri Rasulullah S.A.W yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada baginda ketika baginda beribadat di Gua Hira'.




2) Siti Fatimah
Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahuwajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata "aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu."



3) Siti Aishah
Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.



4) Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).



5) Siti Mariam
Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah S.W.T untuk mengandungkan Nabi Isa.



6) Siti Asiah

Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.



7) Siti Aminah
Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.



8)Siti Muti'ah
Patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.



9) Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah S.W.T.



Adakah kita mampu untuk menjadi seperti mereka ini?Tanyalah diri kita sendiri..masih belum terlambat untuk kita menjadi seperti mereka..


Ziel: Untuk wanita sahaja..hehe..
Saturday, June 11, 2011 3 530 Pendapat

If Love Needs Reason..

Lady: Why do you like me..? Why do you love me?

Man : I can't tell the reason.. but I really like you..

Lady: You can't even tell me the reason? how can you say you like me? How can you say you love me?

Man : I really don?t know the reason, but I can prove that I love you.

Lady: Proof? No! I want you to tell me the reason. My friend's boyfriend can tell her why he loves her but not you!

Man : Ok.. ok!!! Erm? because you are beautiful, because your voice is sweet, because you are caring, because you are loving, because you are thoughtful, because of your smile, because of your every movements..

Unfortunately, a few days later, the Lady met with an accident and became comma. The Guy then placed a letter by her side, and here is the content:




Ziel: Love Doesn't Need Reason..
Saturday, May 21, 2011 1 530 Pendapat

Fast Five



Fast & Furious 5 mengisahkan bagaimana Brian O'Conner dan Mia Toretto yang akhirnya menjadi buruan polis selepas bersekongkol membantu Dom Toretto melepaskan diri daripada dipenjarakan. Untuk mengelakkan diri ditahan polis Amerika mereka telah melarikan diri ke Rio Janeiro, Brazil.

Kerana terdesak memerlukan wang, mereka melibatkan diri dalam satu rompakan kereta. Tanpa diduga penglibatan mereka itu membuatkan mereka terperangkap dengan konflik yang lebih besar apabila terkait dengan Reyes, individu paling berpengaruh di Rio. Apabila mendapat tahu Reyes mempunyai wang yang sangat banyak, Brian dan Toretto bercadang untuk merompaknya bagi mengumpul wang persaraan.

Untuk memastikan rancangan itu berjaya, mereka telah mengumpulkan beberapa orang untuk dijadikan satu kumpulan khas untuk menjayakan misi yang sangat sukar itu. Dalam masa yang sama, mereka juga perlu berhadapan dengan Luke Hobbs, seorang ejen yang yang ditugaskan untuk menangkap mereka bertiga.

Sumber: Disini

Pendapat aku tentang cerita ni..5 bintang..walaupun ada part yang tak logik yang mungkin kalau difikirkan balik memang tak boleh diterima akal..

Tapi cerita ni memang best, jalan cerita yang tidak membosankan..Tak rugi kalau menontonnya..

ZM: Sukaaaa sangaaaat Watak Dom dalam cerita ni..
Wednesday, May 11, 2011 1 530 Pendapat
Actually Esok aku ada exam..Tapi apa nak buat..Tangan ni, terasa ingin menambah entri.. Sengaja aku tak letak tajuk untuk entri kali ni, sebab aku pun tak tau apa tajuk yang sesuai..Aku rasa nak buat pembaharuan utnuk blog ni..ada masa cuti 4 bulan sem ni, bolehlah kot..Itu pun bergantung pada TAHAP kesibukan aku..Bak kata kawan-kawan aku.."Ko ni busy mengalahkan perdana menteri"..

Pada aku, Perdana Menteri ada banyak pekerja untuk menyiapkan kerja-kerja beliau. Aku ni, rakyat biasa je..Lagipun, diorang pernah nampak ke tahap ke'busy'an PM tu? Ni aku tak refer khusus mana-mana PM.

Aku hargai jugak la kata-kata kawan-kawan aku tu..Yalah, ia menyedarkan aku betapa aku tak ada masa untuk diorang..Ok la, lepas ni aku akan bahagi masa untuk anda semua (cewah!)

Huhu..Cuti 4 bulan ni, harap dapat melancong..Kerja tetap kerja, tapi kadang-kadang kita perlukan 'kesegaran' (Refreshing)..Eh, betulkah ayat aku?Ayat ala-ala skema gitu..

Hmm..Cukuplah sampai sini dulu..Sekadar nak ambil 'kesegaran' lepas study..Ni nak sambung study balik ni..See Ya..

Ziel: Esok Last paper..Yeah!
Sunday, May 08, 2011 3 530 Pendapat

Selamat Hari Ibu


Assalammualaikum..

Tergerak hati untuk menambah entri sempena hari ibu ni..Hari ni, 08 Mei adalah hari ibu sedunia. Awal-awal pagi lagi aku sudah wish mak aku. Walaupun masih lagi dalam kesedihan atas pemergian pakcik aku semalam, namun aku harap itu hanya sementara. sempena hari ibu ni, aku harap dapat lakukan sesuatu untuk mak aku.

sayangnya, aku berjauhan dengan mak aku dan tak dapatlah nampaknya menyambut hari ibu bersama-sama mak aku..Aku cuma mampu mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan mak aku, tak lupa juga kepada bapa aku (walaupun belum hari bapa).

Kalau difikirkan balik, betapa besarnya pengorbanan mak dalam membesarkan kami semua. Dari kecil sampailah dewasa, mak tak pernah lekang untuk menasihati dan membimbing kami dalam kehidupan. kadang-kadang aku berfikir sendirian, begitu banyak pengorbanan mak, tapi apa yang dapat aku berikan sebagai hadiah kepadanya?


Seorang ibu tidak pernah meminta balasan atas pengorbanannya. Dia hanya ingin melihat anak-anaknya berjaya dalam kehidupan mereka. Aku rasa, semua ibu yang baik, seperti itu. Dengan penuh sabar, dia mendidik dan mengasuh anak-anak tanpa kenal erti jemu. Dia tidak pernah merungut atas apa yang dilakukannya, dan dia juga tidak pernah minta untuk dihargai. Baginya, kesempurnaan anak-anak adalah kegembiraan hidupnya. Melihat anak-anak tertawa dan ceria adalah kebahagiaan untuknya.

Dia tidak pernah meminta bayaran untuk semua tugas yang dilakukannya, kerana baginya itu adalah tanggungjawabnya. Marahnya adalah untuk mendidik, Senyumnya adalah tanda dia bahagia. Airmatanya tumpah kerana risaukan anak-anaknya. Namun kadangkala,airmata itu tumpah kerana terharu dengan kejayaan anak-anak. Kenakalan dan kepetahan anak menjadi hiburannya. kepahitan yang dirasakan hilang apabila melihat anak-anak tersenyum gembira.


Kini, setelah dewasa, anak-anak pergi menjauh. Jasa ibu semakin dilupa. Namun ibu tidak pernah menyesal membesarkan anak-anak. Dia masih lagi bahagia melihat anak-anaknya berjaya. Sebagai anak, kadangkala kita lupa pengorbanan ibu pada kita. Kita lupa kasih sayang yang dia berikan tak ternilai harganya. Kita tidak pernah berfikir betapa dia mendidik kita dari kecil sehingga kita mampu untuk berdikari. Kita lupa dia yang kita cari ketika kita besedih.

Sempena Hari Ibu ini, berikanlah sesuatu pada ibu kita. Hargailah ibu sementara dia masih ada. Bila kita kehilangannya, barulah kita sedar, ibu adalah harta yang paling berharga buat kita.

Ziel: Selamat Hari Ibu,Mak!

Sumber Gambar: Google Images


Saturday, April 23, 2011 0 530 Pendapat

Bondan Prakoso & Fade 2 Black - Ya Sudahlah

Ketika mimpimu yg begitu indah,
tak pernah terwujud..ya sudahlah
Saat kau berlari mengejar anganmu,
dan tak pernah sampai..ya sudahlah (hhmm)

Reff :
Apapun yg terjadi, ku kan slalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih..coz everything's gonna be OKAY

Santoz :
Yo.. Satu dari sekian kemungkinan
kau jatuh tanpa ada harapan
saat itu raga kupersembahkan
bersama jiwa, cita,cinta dan harapan

Lezz :
Kita sambung satu persatu sebab akibat
tapi tenanglah mata hati kita kan lihat
menuntun ke arah mata angin bahagia
kau dan aku tahu,jalan selalu ada

Titz :
Juga ku tahu lagi problema kan terus menerjang
bagai deras ombak yang menabrak karang
namun ku tahu..ku tahu kau mampu tuk tetap tenang
hadapi ini bersamaku hingga ajal datang

Bondan :
Sempat kau berharap keramahan cinta,
tak pernah kau dapat..ya sudahlah
yeeah..dengar ku bernyanyi..lalalalalala
heyyeye yaya dedudedadedudedudidam..
semua ini belum Berakhir

Kembali ke Reff

F2B:
Satukan langkah..langkah yg beriring!
genggam hati, rangkul emosi!

B:
Genggamlah hatiku, satukan langkah kita

F2B :
Sama rasa, tanpa pamrih
ini cinta..across da sea

B :
Peluklah diriku..terbanglah bersamaku, melayang jauh.. (come fly with me, baby)

F2B :
Ini aku dari ujung rambut menyusur jemari
sosok ini yg menerima kelemahan hati
yea..aku cinta kau..(ini cinta kita)
cukup satu waktu yes.(untuk satu cinta)

Satu cinta ini akan tuntun jalanku
rapatkan jiwamu yo tenang disisiku
rebahkan rasamu..untuk yg ditunggu
BAHAGIA..HINGGA UJUNG WAKTU..

Balik ke Reff (together) 3x

Monday, April 18, 2011 0 530 Pendapat

Study Week VS Final Exam


Assalammualaikum..

Pejam celik..makan minum, sudah hampir 2 semester aku di UMS ni.. Banyak benda yang aku belajar sekarang ni..tapi rasa macam ceepat je semester ni berlalu..sekarang ni, mood study week..Belum ada satu apa pun aku buka lagi ni..Shock sekejap lepas tengok jadual exam hari tu..Hari pertama sampai hari ketiga aku ada 5 paper..OMG!! Macam tak percaya.. betul-betul aku rasa macam tak yakin..Bukan apa, cuma macam tak cukup masa untuk study disebabkan assignment yang bertimbun, sampai tak cukup masa untuk study. Ya, memang tak dinafikan yang masa memang sentiasa cukup, namun bila tenaga yang sepatutnya digunakan untuk belajar/mengulangkaji, di 'transfer' pula untuk buat assignment, penat la jawabnya..So, dalam fikiran, berehat dan tidur. Walau untuk sekejap, namun tetap masa yang berlalu tidak dapat digantikan.

Semester ni la semester yang paling sibuk nampaknya, macam dalam entri sebelum ini, assignment sampai minggu terakhir kuliah pun ada lagi yang perlu dihantar. 1 minggu ni, belum tentu mencukupi untuk mengulangkaji pelajaran 1 semester. Itulah juga sebabnya aku membatalkan niat untuk pulang ke kampung. Mungkin lebih baik aku di sini, dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan.

5 subjek dalam masa 3 hari..Aku tak pernah mengalami perkara ni. dulu pun paling teruk cuma ada 3 paper dalam 1 hari..Dan bukannya dari root yang sama..Kalau nak diikutkan memang nampak mudah, namun menghadapinya memerlukan ketahanan fizikal dan mental. Aku masih sedar yang Allah takkan membebankan hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu dihadapi. Namun, sebagai manusia biasa, aku tetap tidak lepas dari rasa risau dan takut. sengaja aku senaraikan subjek yang buat aku 'takut' (ye ke?)

Hari 1-Teori-teori kaunseling dan Psikoterapi
Hari 2-Kaedah Penyelidikan & Sistem dan teori Psikologi
Hari 3-Personaliti dan Perbezaan Individu & Bahasa Mandarin tahap 1

Bukanlah bermaksud yang lain-lain tu aku overconfident, cuma ada masa lagi untuk study, boleh fokus pada 1 subjek. Pada sesiapa yang ada petua, Senior-senior, share la petua tu =)..
Oklah, sampai sini dulu, aku nak sambung study (konon la)..

Ziel: Hadapi dengan senyuman..

Friday, April 15, 2011 0 530 Pendapat

Aku di Semester 2

Assalammualaikum..

Selesa rasanya memberi salam sebelum memulakan entri. Hari ni, hari terakhir dalam minggu ke-14 dan merupakan hari terakhir kuliah dalam semester 2 2010/2011. Assignment pun hari ni merupakan hari terakhir untuk sesi penghantaran. Start esok, masuk ke study week.

semester ni aku rasa agak busy yang bukan sedikit, tetapi yang tersangat busy. sampai minggu terakhir kuliah pun ada lagi assignment yang perlu dihantar. (kasihan pada kawan-kawan yang perlu menghantar assignment dalam study week)

Aku ambil masa sekejap untuk update blog ni (kiranya masa lapang) la..fikiran agak bercelaru sedikit sebab masih ada lagi yang perlu diselesaikan. aku sangkakan esok adalah hari cuti, namun ada pula Majlis Penutupan Minggu Kokurikulum..Maka, dengan kata lain, SISPA akan terlibat secara langsung, di mana SISPA akan membuat persembahan Menyelamat yang mana telah menjadi Johan ketika Perhimpuna SISPA Kebangsaan.

Semester ni, semester pendek. Semua pun kena selesaikan dalam masa yang singkat. Assignment yang bertimbun, masa untuk study dan yang lain-lain. Tidak dilupakan latihan kawad yang dilakukan 3 kali seminggu. kadang-kadang, terfikir juga, mengapa dikorbankan terlalu banyak untuk hasil yang sedikit. Namun, aku sedar, ianya semua bermula dari hati. Ia yang mendorong kita untuk berfikir dan menggerakkan diri kita untuk bertindak. Pengorbanan yang ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan, mempunyai keistimewaannya tersendiri. Tak percaya, boleh cuba..

Tapi apa yang pasti, semester ini aku cuba buat yang terbaik, tapi entah dimana silapnya. Ada masa aku rasa bersemangat, adakala langsung tidak bersemangat. Mungkin memang inilah kehidupan, ada pasang surutnya. Semoga semester depan akan jadi lebih baik dari semester ni.

Cukuplah dulu entri kali ini, aku perlu meneruskan kuliah sekejap lagi..

Ziel: Hadapi dengan senyuman


Thursday, March 31, 2011 0 530 Pendapat



"Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba..datang tidak menentu masa..datang disaat kesempitan atau kesusahan. Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu,kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan seribu alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu" -Prof.Dr.Hamka

Thursday, February 17, 2011 0 530 Pendapat

Laskar Pelangi -Nidji


Mimpi adalah kunci
Untuk kita menakhlukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa

Korus:
Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada Yang Kuasa
Cinta kita di dunia
Selamanya…

Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita

Laskar pelangi
Tak kan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi

Ulang Korus


Ziel: Cuba hayati lirik dia..Best!
Thursday, February 10, 2011 0 530 Pendapat

Surat Berhenti Kerja


Seorang pekerja kilang elektronik ingin berhenti kerja, dia kemudiannya menulis surat perletakan jawatan kepada syarikatnya..Antara isi kandungannya adalah:-

Saya seperti nama diatas, ingin memohon berhenti kerja. Saya berharap permohonan ini diluluskan. Berikut adalah sebab- musabab saya ingin berhenti kerja:-

1. Saya kerap dibuli oleh senior.
2. Makanan di kantin tak sedap tapi mahal macam KFC. Tambahan pula kalau makcik senior yg kira.
3. Lagu 5′S tidak masuk dalam carta ERA.
4. Waktu rehat tersangat pendek 15 minit je… Nak beratur pun dah 20 minit!!!
5. KERJA BERDIRIIIIIIIIIII… … … . Kasut takde sponge pulak!!!!!
6. Bas kilang tersangat laju… . Tersangat BAHAYA… ..
7. Kalau setakat nak keja kilang, lebih baik tak payah ambil SPM. Indon tak ambil SPM pun boleh keja jugak!!!
8. Pekerja dipaksa O.T. Ingat kita orang ROBOT ke!!! Kalau tak O.T. ugut nak bagi Warning Letter pulakk… ..
9. Pintu kecemasan dihalang. Bila BOMBA audit baru kalut. KESELAMATAN TIDAK DIUTAMAKAN.
10. Scan in/out sikit nak masuk kena beratok sampai GATE HOUSE nak balik kena beratok BULEH TAWAF satu kilang..
11. Pintu keluar masuk 2 shj. Pekerja beribu… . Masuk LATE marah!!! Balik LATE driver BAS pulak marah!!!! sampai rumah mak bapak pulak yang marah KAMI selalu kena MARAHHHHHH…
12. Boss kadang 2 ok, kadang 2 tension sampai tak ingat 2 yang kami ni orang gak
13. Faedah2 lain tak memuaskan. contoh keja bagai nak tecabut kepala lutut profit sikit je..
Monday, January 31, 2011 2 530 Pendapat

Ciri-ciri Lelaki Idaman



Sumber Gambar: Google

Assalammualaikum..

" Bagaimana ciri-ciri lelaki idaman awak?" sudah menjadi lumrah dalam kehidupan awal dewasa, untuk berbincang atau bercerita tentang ciri-ciri lelaki idaman (dalam kalangan wanita la,kalau lelaki tak pasti pulak kalau diorang cari lelaki idaman)..Sebenarnya aku terfikir, jika kita menetapkan ciri-ciri lelaki idaman, adakah kita akan bertemu orang yang sesempurna dan menepati ciri-ciri yang kita tetapkan?

Contohnya disini, kita menetapkan ciri-ciri lelaki idaman kita adalah seorang yang tinggi, dan bentuk fizikal yang mantap, siap ada janggut lagi..huhu..Dari segi personaliti pula, mesti seorang yang penyayang, baik hati, setia..macam-macam lagi la..kiranya, seorang yang sempurna la..

Bila difikirkan balik, kalaulah kita boleh dapat seorang lelaki yang perfect (kata orang)..alangkah bahagianya dunia..Namun, apa yang pasti tiada seorang yang sempurna pun dalam dunia ni..Sebab, bukankah kita semua dilahirkan untuk mencukupi antara satu sama yang lain?

Fikir-fikirkan..renung-renungkan..


Ziel: terima seadanya, bantu untuk berubah!
 
;