Thursday, October 14, 2010

Amanah-Satu Bebanan?


Sesungguhnya tidak pernah terlintas di fikiran untuk meringankan makna sebenar 'amanah'..namun kadang kala, aku terleka juga dengan dunia sehinggakan ada masanya memandang remeh tentang amanah yang diberikan kepada aku. Sedangkan hakikatnya, kita sebagai seorang hamba yang lemah telah dipertanggunjawabkan untuk memikul amanah sebagai khalifah di muka bumi ini..

Itu adalah mukadimah sebuah buku yang pernah aku baca..penulisnya, aku lupa namanya namun buku tersebut membuat aku berfikir betapa besar sebenarnya tanggungjawab kita kepada Ilahi..Selain daripada itu, setiap apa yang kita perlu lakukan adalah amanah..

namun, masih ada antara kita yang memandang remeh pada amanah yang diberikan. adalakalanya, kita lupa bahawa apa sebenarnya amanah..samalah seperti kuasa..Apabila seseorang diberi kuasa untuk menjadi ketua, ia sebenarnya bukan satu kelebihan, namun tanggungjawab yang berat terpikul dibahunya. Amanah.

Bagaimana dia melaksanakan amanah tersebut, bergantung pada kekuatan hatinya dan keupayaannya untuk melaksanakan amanah yang diberikan dengan sempurna. Sebagai seorang ketua, tanggungjawab yang diberikan tentulah amat besar dan ada yang kecundang di tengah jalan kerana tidak mampu untuk memikul tanggungjawab yang sungguh berat.

Bukan mudah untuk bergelar seorang ketua..hanya yang betul-betul layak sahaja yang mampu melaksanakan tanggungjawab yang diberkan sekaligus menjadi pemimpin kepada anak buah.

Kesimpulanya, kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini, diselangi dengan nikmat yang sebenarnya adalah amanah kepada kita, membuat kita leka dalam mengejar apa yang kita kehendaki untuk kesempurnaan kehidupan kita. Sehingga kita memandang ringan akan amanah yang telah ditetapkan kepada kita untuk memikulnya. Renungkan sejenak wahai manusia, adakah kita telah melaksanakan amanah paling besar dalam hidup kita?

Ziel: Kerja itu Amanah

0 530 Pendapat:

 
;