Thursday, October 21, 2010 0 530 Pendapat

Kisah si Tukang Kayu


Assalammualaikum..

hari ini tergerak rasa untuk berkongsi cerita..hayatilah..

Di suatu masa, terdapat seorang tukang kayu yang semakin dimamah usia. Dia bercadang untuk bersara daripada kerjanya sebagai tukang kayu yang bertanggungjawab membuat rumah di sebuah syarikat pembinaan.

Dalam fikirannya lagi, dengan tenaga yang semakin kurang, dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga tersayang. Tukang kayu ini tidak akan menerima lagi upah sekiranya beliau bersara. Tetapi, dia tetap dengan keputusannya. Lalu, tukang kayu itu memberitahu majikannya tentang hasratnya itu.

Apabila majikannya mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman itu, dia merasa sedih dan memujuk tukang kayu tersebut agar menarik balik keputusannya. Akan tetapi, tukang kayu itu tidak berganjak dan tetap dengan niat untuk bersara. Akhirnya, majikannya bersetuju dengan keputusan tukang kayu itu, tetapi dengan satu syarat. Permintaan terakhir majikannya ialah menyuruh tukang kayu itu membina sebuah rumah buat kali terakhir.

Tukang kayu itu merasa gembira dan bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh majikannya. Tetapi, kegembiraannya untuk bersara mengatasi semangat dan kemahiran yang ditunjukkan semasa bekerja. Akibatnya, rumah yang dibina buat kali terakhir itu telah disiapkan dengan sambil lewa, tanpa penelitian khusus serta menggunakan kayu yang rendah kualitinya. Rumah itu berjaya disiapkan dalam jangkamasa yang singkat.

Apabila majikannya melihat rumah itu, dia mengambil kunci pintu utama rumah tersebut dan memberikannya kepada tukang kayu itu seraya berkata "Inilah hadiah persaraan daripada saya kepada kamu. Selamat bersara."

Tukang kayu itu terkejut besar dengan kata-kata majikannya. Beliau tidak menyangka bahawa rumah yang dibinanya buat kali terakhir itu adalah rumah untuk kegunaannya sendiri. Alangkah menyesalnya dia kerana menyiapkan rumah itu secara tergesa-gesa dan jika dia tahu sebelum itu, dia akan membina rumah tersebut dengan penuh teliti dan menggunakan bahan yang bermutu tinggi.

Pengajaran daripada cerita ini, sebagai seorang manusia kadangkala kita lupa tentang apa yang kita lakukan hari ini adalah masa depan kita. Maksudnya di sini, kita tidak memikirkan sebab dan akibat perbuatan kita. Kata hikmah seorang pendeta, apa yang kita lakukan hari ini menentukan masa depan kita. Renungkanlah..

Zill: Buat yang terbaik, InsyaAllah..hasilnya pasti baik!
Tuesday, October 19, 2010 0 530 Pendapat
Hari ini, terasa amat penat sekali..Ntah kenapa, mungkin terlalu banyak aktiviti yang perlu dilakukan dan tenaga pula agak terhad. Nasib baik tadi aku sempat lagi untuk lunch, walaupun jam sudah menunjukkan ke angka 2.00 petang. Sedangkan pada waktu itu, kuliah En. Abd. Ghani hampir bermula..Aku pun bergegas ke dewan kuliah namun belum ada lagi kemunculannya, aku pun meneruskan aktviti blogging aku ni..Then, bila dia masuk, dia cuma beri nasihat dan bercerita tentang assignment dan pengalaman dia. Di sekeliling, ku lihat,ramai yang membuat aktiviti mereka sendiri..Ada yang berFB, ada yang tidur dan tidak kurang juga yang keluar ke tandas.

Hmm..ntah la,mungkin memang kuliah ni membosankan. Bagi aku, aku cuma menunggu masa untuk tamat dan kembali ke rumah untuk merehatkan diri..huhu..exam sebenarnya tak lama lagi, namun sama seperti yang lain.."tak boleh belajar awal-awal..nanti lupa.."

Huhu..aku pun tak pasti apa sebenarnya yang aku merepek ni, sekadar mengisi masa terluang. Cukuplah dulu buat sementara,aku ingin kembali ke dunia En.Abd. Ghani..
Thursday, October 14, 2010 0 530 Pendapat

Amanah-Satu Bebanan?


Sesungguhnya tidak pernah terlintas di fikiran untuk meringankan makna sebenar 'amanah'..namun kadang kala, aku terleka juga dengan dunia sehinggakan ada masanya memandang remeh tentang amanah yang diberikan kepada aku. Sedangkan hakikatnya, kita sebagai seorang hamba yang lemah telah dipertanggunjawabkan untuk memikul amanah sebagai khalifah di muka bumi ini..

Itu adalah mukadimah sebuah buku yang pernah aku baca..penulisnya, aku lupa namanya namun buku tersebut membuat aku berfikir betapa besar sebenarnya tanggungjawab kita kepada Ilahi..Selain daripada itu, setiap apa yang kita perlu lakukan adalah amanah..

namun, masih ada antara kita yang memandang remeh pada amanah yang diberikan. adalakalanya, kita lupa bahawa apa sebenarnya amanah..samalah seperti kuasa..Apabila seseorang diberi kuasa untuk menjadi ketua, ia sebenarnya bukan satu kelebihan, namun tanggungjawab yang berat terpikul dibahunya. Amanah.

Bagaimana dia melaksanakan amanah tersebut, bergantung pada kekuatan hatinya dan keupayaannya untuk melaksanakan amanah yang diberikan dengan sempurna. Sebagai seorang ketua, tanggungjawab yang diberikan tentulah amat besar dan ada yang kecundang di tengah jalan kerana tidak mampu untuk memikul tanggungjawab yang sungguh berat.

Bukan mudah untuk bergelar seorang ketua..hanya yang betul-betul layak sahaja yang mampu melaksanakan tanggungjawab yang diberkan sekaligus menjadi pemimpin kepada anak buah.

Kesimpulanya, kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini, diselangi dengan nikmat yang sebenarnya adalah amanah kepada kita, membuat kita leka dalam mengejar apa yang kita kehendaki untuk kesempurnaan kehidupan kita. Sehingga kita memandang ringan akan amanah yang telah ditetapkan kepada kita untuk memikulnya. Renungkan sejenak wahai manusia, adakah kita telah melaksanakan amanah paling besar dalam hidup kita?

Ziel: Kerja itu Amanah
Friday, October 08, 2010 0 530 Pendapat
Assalammualaikum..

Agaka lama terbiar blog ini tanpa satu entri pun..seingat aku hampir sebulan..dan mungkin telah pun sebulan..bukan tidak mahu menambah entri..tapi masa 24 jam yang ada pada aku, sejak sebulan lepas ibarat cuma cukup-cukup untuk melakukan perkara lain yang lebih penting sebelum itu..

Termasuklah Assignment, makan minum, kawad dan latihan A n D selain daripada beberapa program lain..Sehingga aku terlupa sekejap tentang blog ini..Namun, kini selepas semuanya berakhir, aku akan meneruskan aktiviti blogging aku ini..

Bukan apa, sejak baik dari bercuti hari raya hari tu, jadual aku terlalu penuh..manakala laptop pula tiada pada aku..so, aktiviti blogging ini, terpaksa di tangguhkan sementara waktu..selepas ini pula, ada beberapa aktiviti dan program lagi yang bakal ku sertai..so, nampaknya blog juga akan terhenti sekejap..namun akan diteruskan semula selepas semuanya tamat..

Cukuplah dulu entri kali ini, akan ku sambung semula pada waktu yang lain..Salam

Ziel: Utamakan yang lebih Penting dari yang penting!
 
;