Sunday, September 05, 2010 1 530 Pendapat

sahur @ McD


Salam..

Huhu..mengantuk giler ni..semalam lepak dengan kawan-kawan sampai pagi..pengalaman baru bagi aku..Kalau difikirkan secara negatif, macam apa je lepak-lepak tengah malam..tapi bila difikirkan sudut positifnya, bagus jugak..boleh release tension setelah lama bercouple dengan buku, inilah masanya untuk hilangkan stress..

Ahli-ahli yang terlibat adalah:-
Riya, Tini, adik dia dan semestinya aku..hehe..

Sebenarnya, tujuan sebenar kitorang adalah untuk mengambil 'datin' Gha, yang baru sampai dari USM..lewat tengah malam..jadi, kesian juga kalau nak biarkan dia tidur di Airport..so kitorang amik la..kemudian p makan kat Sadong Jaya..Ramai giler orang kat sana..lebih-lebih lagi semalam adalah malam minggu..faham-faham je la..

kemudian, lepas borak-borak kejap..kami ambil keputusan untuk lepak di McD..nak bersahur sekali la..alang-alang dah sampai McD..Maka mereka pun ber'Facebook' la..sampai masa sahur, kami pun terus sahur..actually takde makan apa sangat pun, just makan french fries dengan hot milo je..

Kemudian, kami pulang..kat kampus memang tak boleh masuk..Pak Guard takkan buka pagar punya..pasti..So,diorang pun lepak rumah aku..selepas subuh diorang dah takde..Pelik aku, bila masanya diorang balik pun aku tak tau..

Tapi aku rasa, aku macam dah broke my own rules..salah satunya..keluar malam, sampai pagi..tak pernah-pernah buat macam tu..tapi bila fikirkan, bukan aku keluar dengan lelaki atau kawan yang baru, ni semua kawan lama yang aku kenal sejak form 1 lagi..

So, time entri ni ditulis diorang on the way ke Airport..hantar si Gha..Semoga perjalanan mereka dimudahkan..cukup dululah entri kali ini, aku nak sambung tidur sekejap..hehe

Ziel: Jumpa di Tawau..
 
;