Tuesday, August 24, 2010

Salah siapa?


Tiba-tiba tergerak tangan ini untuk mencoret sesuatu di dalam diari yang tak seberapa ini..

Sedih terasa apabila menyedari insan yang kita sayangi, sebenarnya belum pasti menjadi milik kita. Dia mungkin milik orang lain, mungkin juga milik kita. Tapi yang pasti semuanya tuhan yang menentukan..Kita sebagai manusia hanya mampu merancang tanpa sedikitpun sedar bahawa penentu segalanya adalah pencipta kita.

Begitulah, kehidupan. Didepan kita penuh dengan cabaran dan dugaan tapi diselangi dengan nikmat yang kita tidak sedar sebenarnya telahpun kita perolehi sebelum kita di uji.

Aku, juga manusia biasa, tidak terlepas dari membuat perancangan yang aku sendiri tidak pasti kesudahannya. Sebagai seorang yang berfikiran rasional, aku akan menerima apa juga takdir ku, bukan bermakna aku berputus asa, namun itulah hakikat kehidupan yang aku perlu terima.

Bukan mudah untukku menyayangi seseorang. Namun, seandainya dia pilihanku, aku akan setia padanya. kehadirannya membuatku bahagia, dia sentiasa mengisi kesunyian..Dia sumber kekuatanku untuk terus tabah..Sudah pasti, Allah yang utama, namun kita juga perlukan seorang insan untuk mengisi kekosongan..

Kini, aku dan dia semakin jauh, jarak mahupun dalam perhubungan. Aku pun terasa seperti tidak mahu lagi untuk berharap apa-apa..Andai ada jodoh, adalah..

Ya Allah, andai dia tidak ditakdirkan untukku, ku terima ketentuanMu ya Allah..Sesungguhnya, Engkaulah sebaik-baik perancang..

Ziel: Bunyi macam orang yang patah hati kan? huhu..

4 530 Pendapat:

buBbLes nyeR ni!!! said...

syg la 0rg yg msh syg kn kta..
ble 0rg 2 dh xda, br trsa rugi nye ms xdpt dluangkn brsm dgn byk..
sungguh, ku rndu pd abah ku..
zila..h0pe u will success in ur life fiddunya wal akhirah..

neway, nice bl0g..tnjuk ajr ku sifu..hehehe..
ajr la aq yg br nk brmula..
hehehe..tq.. =)

ZieL said...

ya..itulah hakikat kehidupan..xpa la mira, yg pergi tu..biarlah..doa dia tenang di sana..

pape ko nk tny, blh tny dlm FB..k?pape yg aku blh bantu..aku bantu

umie yasmie yassin said...

ziel...kita akn terima bermacam2 ujian...sedang aku skrg diuji..mau kwin mcm2 plak jd..huhu...ziel,aku kwin kmu dtg ya...tp aku x pasti jadi atau tak...ni cintaku terhalang..mcm2 aku lalui ziel...ada lagi kena buatan org kunun,smpai bf ku mcm putus asa ngn aku,tp dia masih juga terima aku bgni...

ZieL said...

itulah ujian dan cabaran dalam kehidupan..Mungkin BF ko ada masalah..ko pnh tny x?ko cuba slow-talk ngan dia..mkin dia ada jawapan untuk semua persoalan yang kau hadapi..cinta terhalan..mkin ada sebabnya..sesuatu itu takkan berlaku begitu sahaja..

 
;