Friday, August 13, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan



Salam Alaik'

Hari ni, masuk hari ketiga umat Islam di Malaysia berpuasa. Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al- Mubarak. Manfaatkanlah kemuliaan bulan ini dengan mengaut sebanyak mana pahala dan dapatkanlah keredhaan Ilahi. Hehe..sebenarnya tak banyak yang aku nak cakap..idea tak keluar lagi..Just nak share keadaan kat UMS ni..

Kat sini, kelas masih macam biasa..tak ada pun nak pendekkan masa pengajaran. Aku pun tak tau la, betul-betul berbeza dengan kolej dulu. Kat sini, dua jam, maka dua jam jugalah duduk dalam kuliah. tapi ok jugak la, sebab habis je kelas, terus nak masuk waktu berbuka. Time tu la, semua haru nak cari juadah berbuka.

Inilah cabaran yang harus kami tempuhi ketika ini. Itu tidak termasuk berebut naik bas, cuaca yang tersangat panas, betul-betul menguji kesabaran. namun itulah hakikat dalam kita berpuasa. Pelbagai cabaran yang datang menguji sejauh mana keimanan kita kepada Ilahi.

Apa yang penting, kita akan terus tabah menghadapi hari-hari dalam bulan Ramadhan ni, kerana nikmat dipenghujungnya nanti pasti tidak akan menghampakan. Jalanilah ibadah puasa dengan hari yang ikhlas, kita pasti akan bahagia..Carilah Lailatul Qadar kerana mungkin ia yang terakhir bagi kita..Salam Ramadhan Buat Semua..

ZM: Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..Agar dapat ku lalui dengan sempurna..

2 530 Pendapat:

umie yasmie yassin said...

aku suka coretan ni zie....kau masih seperti dulu rupanya...

ZieL said...

terima kasih..aku masih seperti dulu?maksudnya?

 
;