Sunday, August 29, 2010 0 530 Pendapat

Adira- Ku Ada Kamu


Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

c/o: Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin

Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

ulang C/O

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu

ulang C/O

Memang lambat, aku baru upload sedangkan lagu ni dah lama..Sebenarnya aku baru sedar yang lagu ni best..Lirik lagu ni memang best..Muzik dia pun ok..Lirik ni memberi makna..Bukan di spesifikkan pada cinta..tapi pada orang yang banyak menyokong dikala kita lemah..So lagu ni aku tujukan buat semua yang banyak bantu aku..banyak atau sedikit..kalau nak download pun boleh..klik je di sini


Ziel: dedicated to my 'guesswho??'

Saturday, August 28, 2010 0 530 Pendapat

Happy Birthday


Assalammulaikum..Entri kali ini aku dedikasikan buat seseorang yang special..Hari ni hari lahir yang ke ...ehehe.. Orang tu adalah cikgu Misa.. bagi aku dia Special..Orang yang sentiasa memberikan aku semangat ketika aku terjatuh..Cukuplah sekadar itu tentangnya..

To cikgu Misa..Happy Birthday..Eid' Milad..Selamat Hari Lahir..Semoga mendapat keberkatan Dunia dan Akhirat..Hadiah, nanti akan menyusul..Sorry tak dapat nak bagi sekarang..pape pun..Semoga Berbahagia di hari Lahir ni..(macam budak-budak pun ada)..

Selamat berpuasa dan Selamat hari Raya Aidilfitri..Minta maaf segala kesilapan saya..Sengaja atau tak sengaja..Maaf Zahir dan Batin..

Ziel: hehe..jangan marah r..
Thursday, August 26, 2010 0 530 Pendapat

SISPA UMS 1st batch

Assalammualaikum..

Hari ni, tujuan sebenar aku on9 nak mencari maklumat untuk assignment yang bakal di hantar minggu hadapan..kemudian, aku pun 'singgah' la di Facebook sekejap..(perkara wajib ketika on9)..

Klik punya klik, aku terjumpa gambar SISPA..SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM..Ketika kelas terakhir hari tu, sebelum hari raya.. Gambar yang Sir Azam (Ketua Jurulatih SISPA) ambil..time tu, ada break 5 minit. Jadi yang keluar ke toilet dan yang sewaktu dengannya tu, tiada di dalam gambar..Yang ada 5 keping je..itu yang Sir Azam ambil..Yang gambar ketika Perbarisan dan 1st day tu, ada dengan Jurulatih lain..

Kelihatan wajah ceria Tuan Azam sedang memberi penerangan kepada SISPA tentang Pertolongan Cemas.

Inilah Wajah Ketua Jurulatih SISPA UMS..Oleh sebab pictures ni dia yang punya..maka, kredit untuk dia..Jadi yang pertama di dalam blog ni (Sebab ambik picture dia tanpa kebenaran).


Inilah wajah-wajah SISPA UMS dalam kelas tu..semua pun masih muka mengantuk..maklumlah,kelas start 8.30, pagi-pagi lak bersahur..mengantuk la..


Ini lak gambar kitorang..Tasha ngan Syah tu, sempat 'peace' lagi..Yang SISPA lelaki semua muka blur..hehe


wajah-wajah yang lain..SISPA yang penuh semangat..huhu



Walaupun sebenarnya ramai yang tak tahu, SISPA tu apa..mungkin sebab di UMS ianya baru diwujudkan..Tapi tak apa, kami sebagai SISPA batch pertama akan memperkenalkan kepada warga UMS..

Ziel: Aku baru jumpa gambar pagi ni..to Sir Azam..Sorry, edit pictures ni..huhu

Tuesday, August 24, 2010 4 530 Pendapat

Salah siapa?


Tiba-tiba tergerak tangan ini untuk mencoret sesuatu di dalam diari yang tak seberapa ini..

Sedih terasa apabila menyedari insan yang kita sayangi, sebenarnya belum pasti menjadi milik kita. Dia mungkin milik orang lain, mungkin juga milik kita. Tapi yang pasti semuanya tuhan yang menentukan..Kita sebagai manusia hanya mampu merancang tanpa sedikitpun sedar bahawa penentu segalanya adalah pencipta kita.

Begitulah, kehidupan. Didepan kita penuh dengan cabaran dan dugaan tapi diselangi dengan nikmat yang kita tidak sedar sebenarnya telahpun kita perolehi sebelum kita di uji.

Aku, juga manusia biasa, tidak terlepas dari membuat perancangan yang aku sendiri tidak pasti kesudahannya. Sebagai seorang yang berfikiran rasional, aku akan menerima apa juga takdir ku, bukan bermakna aku berputus asa, namun itulah hakikat kehidupan yang aku perlu terima.

Bukan mudah untukku menyayangi seseorang. Namun, seandainya dia pilihanku, aku akan setia padanya. kehadirannya membuatku bahagia, dia sentiasa mengisi kesunyian..Dia sumber kekuatanku untuk terus tabah..Sudah pasti, Allah yang utama, namun kita juga perlukan seorang insan untuk mengisi kekosongan..

Kini, aku dan dia semakin jauh, jarak mahupun dalam perhubungan. Aku pun terasa seperti tidak mahu lagi untuk berharap apa-apa..Andai ada jodoh, adalah..

Ya Allah, andai dia tidak ditakdirkan untukku, ku terima ketentuanMu ya Allah..Sesungguhnya, Engkaulah sebaik-baik perancang..

Ziel: Bunyi macam orang yang patah hati kan? huhu..
Friday, August 13, 2010 2 530 Pendapat

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan



Salam Alaik'

Hari ni, masuk hari ketiga umat Islam di Malaysia berpuasa. Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al- Mubarak. Manfaatkanlah kemuliaan bulan ini dengan mengaut sebanyak mana pahala dan dapatkanlah keredhaan Ilahi. Hehe..sebenarnya tak banyak yang aku nak cakap..idea tak keluar lagi..Just nak share keadaan kat UMS ni..

Kat sini, kelas masih macam biasa..tak ada pun nak pendekkan masa pengajaran. Aku pun tak tau la, betul-betul berbeza dengan kolej dulu. Kat sini, dua jam, maka dua jam jugalah duduk dalam kuliah. tapi ok jugak la, sebab habis je kelas, terus nak masuk waktu berbuka. Time tu la, semua haru nak cari juadah berbuka.

Inilah cabaran yang harus kami tempuhi ketika ini. Itu tidak termasuk berebut naik bas, cuaca yang tersangat panas, betul-betul menguji kesabaran. namun itulah hakikat dalam kita berpuasa. Pelbagai cabaran yang datang menguji sejauh mana keimanan kita kepada Ilahi.

Apa yang penting, kita akan terus tabah menghadapi hari-hari dalam bulan Ramadhan ni, kerana nikmat dipenghujungnya nanti pasti tidak akan menghampakan. Jalanilah ibadah puasa dengan hari yang ikhlas, kita pasti akan bahagia..Carilah Lailatul Qadar kerana mungkin ia yang terakhir bagi kita..Salam Ramadhan Buat Semua..

ZM: Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..Agar dapat ku lalui dengan sempurna..
 
;