Thursday, July 15, 2010

La Tahzan..Sahabatku..

Assalammualaikum..Entri ini kutujukan khas buat seorang insan yang bernama sahabat (tak perlulah disebutkan namanya)..

Aku tahu yang dia kini sedang berjuang melawan fikiran negatif yang menghantuinya..Dia yang ku kenali dengan sikap yang tidak mudah mengalah, malah adakalanya kami menganggap dia seorang yang ego..Kini, dia seolah-olah seorang yang kehilangan dirinya..Walaupun pada aku, dia mengatakan yang hidup ini adakalanya terlalu berat untuk dia hadapi, namun dia bukannya berputus asa..dan orang yang gagal itu bukan bererti dia seorang yang malas atau tidak mahu berusaha..

Alhamdulillah..aku dikurniakan fikiran yang mudah untuk memahami perkataan orang lain..jadi tidak sukar untuk aku tafsirkan apa yang dia perkatakan..aku cuba memberi kata-kata semangat padanya..supaya dia berfikiran lebih terbuka dan menerima Qada' dan Qadar Allah dengan jiwa yang lebih tenang..

Apa yang ingin aku kongsikan, khususnya dengan dia, hidup ini bukannya setiap masa seperti yang kita inginkan..Kadangkala kita diuji dengan sesuatu yang kita rasa tak mampu untuk kita hadapi, namun tanpa kita sedari ujian itulah yang menentukan martabat kita di sisi Allah..Semakin hebat kita diuji, semakin tinggi kita disisiNya..

Adakalanya,kita terlalu berharap pada seseorang yang kita rasa, dia sajalah yang kita ada..contohnya, jodoh..Tanpa kita sedari, sebenarnya, dia bukanlah ditakdirkan untuk kita..So, kita kena bersabar dan menerima semuanya dengan hati yang redha..Nasihat saya,jangan terlalu taksub dengan jodoh kita, kerana ia boleh menyebabkan kita terpesong dari landasan agama..

Allah tahu kemampuan kita kerana Dialah yang mencipta kita..Dia menguji kita dengan sesuatu yang mampu tanggung..Dia tidak akan membebankan hambaNya dengan ujian yang tidak mampu tertanggung oleh hambaNya iaitu kita yang memang secara semulajadinya lemah dan memmerlukan Dia untuk menghadapi semua dugaan dan cabaran tersebut..

Jadi, kita tidak harus putus berdoa dan putus harapan kepadaNya..Walau kadangkala kita merasa kita sudah tidak punya sesiapa, namun kita jangan lupa yang kita masih mempunyai Dia yang sentiasa mendengan apa jua luahan hati kita..

ZM: Sentiasa ingat Allah..La Tahzan..InsyaAllah..semuanya akan dipermudahkan untuk kita..

0 530 Pendapat:

 
;