Sunday, April 25, 2010

Interview

Assalammualaikum..

Alhamdulillah..aku masih lagi diberikan kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini. Selepas menempuh 1 minggu yang sungguh mencabar, aku kini telah pulih seperti sebelumnya.

Sebenarnya, aku mendapat demam selsema yang agak teruk minggu lepas, tidak terkecuali batuk yang tidak berhenti..ditambah pula, dengan aku yang terpaksa bergegas ke Kota Kinabalu untuk menghadiri temuduga menambahkan lagi kesengsaraanku..Aku redha dengan kehendakNya..Aku bersyukur kerana masih lagi diberikan sakit dan menandakan yang Dia masih menyayangiku..Selepas pulang dari Airport hari tu, aku mula rasa tidak sedap badan..ku gagahi juga sehinggalah aku kehilangan suara dan tekak yang terasa amat perit.



Selasa lepas, sambung pula ke Kinabalu untuk menghadiri temuduga Universiti Malaysia Sabah untuk kursus yang bakal aku ambil tahun ini (Psikologi Kaunseling). Aku yang amat meminati psikologi dan juga kaunseling amat berharap yang aku terpilih kali ini. Sengaja aku memilih untuk meneruskan pengajian di Universiti Malaysia Sabah kali ini. Bagi aku 3 tahun berada di semenanjung cukup memberikan pengalaman yang amat berharga dan aku ingin beralih angin belajar di bumi sendiri. Tanah tempat lahirku. Walaupun tidak segah Universiti lain namun bagi aku, UMS mempunyai keistimewaan tersendiri menyebabkan aku memilihnya kali ini.

Mendapat panggilan untuk menghadiri temuduga sudah cukup memberikan harapan buatku. Alhamdulillah, aku telah buat sebaik mungkin dan redha dengan keputusan yang bakal aku terima nanti.

Cukuplah dulu entri kali ini, aku sekadar ingin berkongsi apa yang ada dalam fikiranku buat masa ini..


ZM: Semoga 1 MATLAMAT IMPIAN akan tercapai lagi..

0 530 Pendapat:

 
;