Sunday, April 25, 2010 0 530 Pendapat

Interview

Assalammualaikum..

Alhamdulillah..aku masih lagi diberikan kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini. Selepas menempuh 1 minggu yang sungguh mencabar, aku kini telah pulih seperti sebelumnya.

Sebenarnya, aku mendapat demam selsema yang agak teruk minggu lepas, tidak terkecuali batuk yang tidak berhenti..ditambah pula, dengan aku yang terpaksa bergegas ke Kota Kinabalu untuk menghadiri temuduga menambahkan lagi kesengsaraanku..Aku redha dengan kehendakNya..Aku bersyukur kerana masih lagi diberikan sakit dan menandakan yang Dia masih menyayangiku..Selepas pulang dari Airport hari tu, aku mula rasa tidak sedap badan..ku gagahi juga sehinggalah aku kehilangan suara dan tekak yang terasa amat perit.



Selasa lepas, sambung pula ke Kinabalu untuk menghadiri temuduga Universiti Malaysia Sabah untuk kursus yang bakal aku ambil tahun ini (Psikologi Kaunseling). Aku yang amat meminati psikologi dan juga kaunseling amat berharap yang aku terpilih kali ini. Sengaja aku memilih untuk meneruskan pengajian di Universiti Malaysia Sabah kali ini. Bagi aku 3 tahun berada di semenanjung cukup memberikan pengalaman yang amat berharga dan aku ingin beralih angin belajar di bumi sendiri. Tanah tempat lahirku. Walaupun tidak segah Universiti lain namun bagi aku, UMS mempunyai keistimewaan tersendiri menyebabkan aku memilihnya kali ini.

Mendapat panggilan untuk menghadiri temuduga sudah cukup memberikan harapan buatku. Alhamdulillah, aku telah buat sebaik mungkin dan redha dengan keputusan yang bakal aku terima nanti.

Cukuplah dulu entri kali ini, aku sekadar ingin berkongsi apa yang ada dalam fikiranku buat masa ini..


ZM: Semoga 1 MATLAMAT IMPIAN akan tercapai lagi..
Wednesday, April 07, 2010 0 530 Pendapat

The Blog..

Assalammualaikum..Semoga hari ini lebih baik dari semalam..

Setelah beberapa hari tidak ada update dalam blog ini, aku rasa aku ingin menambah entri didalam blog usang ini. Aku menggelarnya blog usang kerana ianya telah lama wujud dan asyik di 'modified' untuk memastikannya terus hidup. Aku tidak pasti berapa lama aku mampu bertahan dengan blog ini.

Aku sedar, aku bukanlah seorang penulis blog profesional. Aku semakin hilang minat untuk meneruskan aktiviti blogging ini memandangkan kesibukan yang sentiasa berpaut pada aku..

Aku tahu, blog aku tidak seindah mereka yang telah lama menulis dan aku juga bukan seorang ahli sastera yang mampu menulis ayat yang beralun cantik mata membaca (SPM A1 =)). Aku rasa, entri dalam blog aku tidak secantik orang lain. Namun, aku pegang peribahasa melayu, mahupun orang putih,"Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan/ If there's the want, there's the way'

kadang-kadang, terasa cemburu juga apabila membaca blog orang lain. Bagi aku, blog mereka memang menarik. tak hairanlah ramai yang ingin singgah di blog mereka. Walaupun, kadang-kadang aku rasa entri yang mereka buat tu tidaklah begitu berinformasi. Ada juga yang menggunakan ayat singkatan dalam blog mereka sampaikan aku rasa entri mereka menjadi kurang menarik. Pada aku (pendapat aku la ni..), andai anda ingin blog anda di baca, gunakanlah ayat penuh kerana anda bukannya menggunakan SMS untuk menambah entri blog.

Hakikatnya, itu pilihan mereka, blog mereka. Andai kita suka, kita bacalah..begitu juga sebaliknya. Namun bagi aku, blog aku yang tak seberapa ini bukanlah untuk dipamerkan pada semua orang, (bagi yang berminat, terima kasih aku ucapkan), apa yang aku tulis hanyalah sebagai rujukan dan kenangan serta sebagai tempat untuk aku berkongsi apa yang aku fikirkan ketika itu (time ada masa lapang)..

kawan-kawan aku nampaknya masih belum berminat untuk memiliki sebuah blog. Mungkin mereka lebih selesa untuk menyimpannya di dalam hati. Oh ya,aku ingin menambah yang blog ini juga sebagai satu MATLAMAT IMPIANku iaitu mempunyai website sendiri dan nampaknya ia tercapai walaupun ianya masih lagi hak mutlak BLOGGER

Buat semua yang jadi followers, terima kasih banyak-banyak. Aku akan terus menambah entri selagi aku mampu bertahan.

Ziel: Belajar dari kesilapan/ bangun ketika jatuh/Practice make Perfect
Friday, April 02, 2010 0 530 Pendapat

Al-Fatihah


Assalammualaikum..

Tergerak hati untuk menambah entri tentang berita ini..DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Hari ini, dunia seni kehilangan satu lagi pelawak terkenal. Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, meninggal dunia pada pukul 12:30 am semalam selepas berada di dalam keadaan koma. Allahyarham meninggal dunia akibat Denggi Berdarah..Sama-Samalah kita berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat..

Agak terkejut juga mendengar berita ini, sebab kalau tak silap..hari Isnin lepas, aku dengar kat radio Era, berita Din Beramboi dimasukkan ke ICU namun isterinya mengatakan yang keadaan dia positif dan semua yang mendengar agak lega..

Tiba-tiba hari ini, dia meninggal dunia. Mungkin ramai yang menyayanginya namun Allah lagi menyayanginya..Tak sampai sebulan aku tengok dia di Final Raja Lawak musim ke-4, kini dia telah tiada. Itulah Qada dan Qadar Allah. Sebagai manusia, kita tidak dapat menduga apa yang akan berlaku. Urusan ditanganNya namun kita hanya mampu berdoa.

ZM: Setiap yang datang, pasti akan pergi..Kita hanya mampu merancang, namun hanya tuhan menentukan..Al-Fatihah..
Thursday, April 01, 2010 0 530 Pendapat

Masihkah kau ingat?

Assalammualaikum..

Sebenarnya..tak tau macam mana nak mulakan. Aku tiba-tiba teringat pada kawan-kawan lama..Terutamanya kawan-kawan time sekolah dulu..semua kenakalan dan kenangan bersama. Aku pasti,mereka pun masih lagi mengingati kenangan zaman sekolah..

Ni gambar time form 1. Time ni kebanyakan kami baru berkenalan. Masa ni lah aku kenal Aziz, Joey, Gha dan yang lain-lain sebab kami dari sekolah yang berbeza..tapi,lama kelamaan kami menjadi rapat..Rakan sekelas tapi macam-macam perkara juga kami buat..


Andai ada antara rakan-rakan membaca entri ini, mungkin anda faham tentang beberapa perkara ni..

Form 1
-Surat Joey (maaf Joey)
-Aziz & Sabe'
-Ria & Gha
-Cikgu Siti Hana (Orang Tamak Selalu Untung)
-Cikgu Husni (sains)
-Cikgu Masturah (Andrian & Johari)


Form 2
-Usman dan 'Kawan-kawannya''
-Piala Dunia 2002
-Baju Pj & Cuci Kereta


Form 3
-Kerja Kursus (KH-ERT)
-Sejarah (Buku adalah guru terbaik)
-Sukan (Ria Wakil kelas)

Ada beberapa yang aku kurang ingat. Kalau ada yang baca dan komen..tambahlah..kenangan semasa menengah rendah.

kemudian..selepas tamat PMR..Ramai antara kami yang berpindah sekolah..Ada yang ke SMAKK, ke Sekolah agama Tun Sakaran, Ke SMK Balung, SM Teknik dan macam-macam lagilah..Tinggallah aku dan beberapa orang lagi yang menetap di SMK Kinabutan..

Pada mulanya,terasa sunyi tanpa kawan-kawan lain..Maklumlah,sebelum ni semua kerja nakal kami lakukan 'bersama'..Pendek kata, semua orang terlibat..Kini hanya tinggal kami untuk meneruskan 'kenakalan'..namun,perancanganNya yang terbaik buat kami..Ramai juga pelajar baru masuk ke kelas kami dan menambahkan keceriaan kami. Adalah juga kenangan ketika form 4 & form 5 sebelum SPM..

Alhamdulillah..Persahabatan kami kekal hingga ke hari ini..dan semoga ianya berterusan hingga ke akhir hayat..InsyaAllah..Aku akan cuba memeliharanya sampai bila-bila..

Kita dipertemukan dengan kehendakNya..kita dipisahkan juga dengan kehendakNya..namun jadikanlah perpisahan ini sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya..kerana matlamat kita adalah satu..Semoga persahabatan kita berkekalan hingga keakhirnya..

ZM: Sangat-sangat menghargai sahabat..atau..mereka yang pernah berkenalan denganku..Love you All..

0 530 Pendapat

Sabar Menanti -Fahrenheit

Walau segunung
Kau hebahkan bencimu
Selaut kepuraan itu
Tidakkan mungkin
Menjadi pulau cinta
Sebagai mana kau inginkan

Tanyalah hati di cermin diri
Kau imbaskan oooohh

A:
Biarpun pahit
Keperitan silammu
Itukan penawar manis mu
Kita manusia
Adakala tersisih
Di dalam mengejar impian
Sabar menanti
Sinar mentari yang hakiki

B:
Tidak ku menyesali lagi
Andainya tergelincir nanti
Walau terluka
Ku relakan ia
Aku tetap aku
Melafazkan
Kalimah yang satu

Disini ku mampu mengerti
Mendungkan menutupi hari
Itukan lumrah kehidupan ini
Usah disangsikan yang azali

- Ulang B -

- Ulang A -

Andainya kau mentari
Sinarlah kesiangan minda
Andainya kau rembulan
Sinarlah kegelapan hati

ZM: Aku baru je dengar lagu ni di radio Era,tiba-tiba rasa tertarik dengan liriknya. Walaupun ada sedikit aura percintaan, namun kebanyakan ayat yang digunakan merujuk kepada kehidupan..
 
;