Saturday, March 20, 2010

Koleksi Teka - Teki 1

Soalannya berbentuk…

1. Seekor burung sedang terbang lalu terserempak dengan sebuah kapal terbang di udara. Tiba-tiba burung itu jatuh ke bawah. Kenapa?

2. Pokoknya di atas bukit daunnya di dalam air. Apakah dia?

3. Kalau manusia jadi ikan, ikan jadi apa?

4. Sebuah bas sedang bergerak ke Seremban dengan membawa sorang datuk, seorang wanita dan seorang pelajar. Tiba di Seremban, siapakan yang turun dulu?

5. Ikan apa yang sentiasa sejuk?

6. Amin dan Aminah mendapat anak. Kenapa mereka menamakan anak mereka Afifah?

7. Dalam banyak-banyak haiwan, haiwan apa yang tak pernah duduk ?

8. Lepas satu hilang, satu lagi hilang. Akhirnya tinggal ibu yang malang. Apakah itu?

9. Andaikan anda seorang konduktor bas. Bas itu pergi ke satu stesen, 5 org diambil. Di stesen kedua, 2 org turun dan 7 org naik.di stesen ketiga, 3 org turun dan 8 org naik. Soalannya, berapakah umur konduktor bas itu ?

10. Emak Anas ada 5 org anak. Abu, Ali, Ahmad, dan Azizi. Siapakah anak kelima?

11. Apakah solat yg ada 3 tahiyat?

12. Apakah tempat yang terkecil di dunia?

13. dalam banyak-banyak bola, bola apa yang pemainnya hormat?




Jawapannya adalah…

1. Burung sedang tutup telinganya

2. Daun teh

3. Ikan jadi banyak.

4. Meter bas

5. Ikan jaket (gelaran untuk ikan cencaru)

6. Kerana anak itu perempuan

7. Ikan

8. Mancis

9. Umur anda

10. Anas

11. Solat maghrib masbuk

12. Setapak

13. Bola golf

0 530 Pendapat:

 
;