Saturday, March 06, 2010

Di Hari Bersejarah Itu..


Alhamdulillah..akhirnya, aku mencapai satu lagi MATLAMAT IMPIAN dalam hidupku..Naik ke pentas dan menggenggam scroll yang memang ku tunggu-tunggu..segala penat lelah selama 2 tahun 6 bulan kini terbayar.. Pahit Manis dalam mencari ilmu kini telah sampai ke kemuncaknya..

Majlis Konvokesyen yang berlangsung pada 6 March 2010 dan bertempat di Universiti Islam Antarabangsa menyaksikan aku dan rakan-rakan dinobatkan sebagai Graduated students dan layak menerima Diploma..Bagi aku, walaupun ini hanya diploma dan bukannya sehebat Degree, namun ia tetap bermakna buatku..


Dari pukul 7.oo pagi kami diminta untuk beratur dan masuk ke dalam dewan, dan selepas ucapan dari Chairman dan CEO, maka acara penyampaian pun dijalankan..mm..majlis ni dirasmikan oleh Mejar (B) Dato Seri Jamil Khir B. Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri..

Dalam majlis ni, ada beberapa anugerah..Humanitary Award diberikan kepada Arwah Muhd. Nursalam yang meninggal dunia akibat lemas ketika menyelamatkan seorang rakan..then,semestinya Best Student Awards yang ditunggu-tunggu..Grand Award dimenangi oleh Muhammad Nabil Khalaf..Bagi aku dia memang layak dapat Award tu, sebab dia memang student yang betul-betul berdedikasi dan banyak buat aktiviti luar yang mengharumkan nama IIC..Tahniah buat Nabil..

Majlis ni berakhir pada pukul 1.00 petang..lepas tu, biasa la..sesi bergambar dan penerimaan bunga lak..aku dapat la juga bunga dari kakak aku yang menunggu kat luar..hehe..aku tak lepaskan peluang untuk bergambar dengan Ibu dan Bapa aku..serta kakak aku..

Cuma agak terkilan la..aku ingat nak ambil gambar dengan kawan-kawan..tau-tau semua dah hilang..then aku dapat tau yang diorang pun tak dapat nak bergambar dengan kawan-kawan lain..Hmm..tak apa la..ada rezeki nanti boleh ambil gambar jugak..semoga dipertemukan lagi..InsyaAllah..

Apa-apa pun majlis ini aku rasa amat bermakna..begitu juga dengan kawan-kawan, semua puas hati..Tahniah buat commitee yang menjayakan majlis ini..

ZM: Malas nak buat panjang-panjang..ni pun asyik tertangguh je ni..

1 530 Pendapat:

Aziz said...

Congrats,Zila!
I'm so proud of you! :)

It's okay. Take one step at a time.

 
;