Wednesday, January 27, 2010

My Cyril


Assalammualaikum..

Nak cerita sikit pasal Cyril..Mula-mula aku jumpa dia, aku sangka dia adalah seekor kucing yang garang..means, menggigit or mencakar orang yang dia tak kenal..ye la, memandangkan badan dia yang besar dan agak menggerunkan..



Rupanya dia ni memang slow..agak pemalas la..baring je yang dia tau..kalau boleh, makan pun sambil baring..lagi satu, dia ni kalau kena panggil bukan dia nak mengiau..diam je..kalau ada kat sebelah pun, da tengok je orang yang cari dia..dia akan berbunyi bila dia mahukan sesuatu..Contohnya,makan..minum ataupun nak buang air (Pintu tandas tertutup)




Tapi perkara yang paling aku suka tentang dia, dia ni pembersih..Dia takkan tidur di tempat yang kotor. Begitu juga la buang air..dia akan buang air kat tandas,tapi kalau tandas tu bersih..Kalau kotor atau basah, dia akan cari tempat bersih untuk buang air. Contohnya, Carpet atau lap kaki..




Namun, dia telah tiada..yang ada hanya kenangan tentang dirinya..bukannya dia mati, cuma dia telah dijadikan 'anak angkat' kepada seorang ibu tunggal yang tidak mempunyai anak kecil/baby.



apa-apa pun harap dia kekal gembira di sana.. Kami di sini merinduinya..hehe..

ZM: Dapat nama Cyril dari Rancangan Televisyen..

0 530 Pendapat:

 
;