Friday, December 31, 2010 0 530 Pendapat

Selamat Tahun Baru 2011


Assalammualaikum..


Hari ini hari terakhir di tahun 2010..sengaja aku tak update lama blog ni..agak busy hujung tahun ni..apa-apa pun tahun 2010 memang meninggalkan banyak kenangan dalam diri aku..walaupun mungkin tahun ni tidaklah sehebat tahun-tahun sebelumnya namun ia tetap memberi makna..kepada aku..

Antara beberapa perkara penting tahun 2010 adalah:-

-Dapat tawaran Universiti Malaysia Sabah (Psikologi Kaunseling)

-Secara rasminya menjadi Mahasiswa

-Salah seorang SISPA UMS Batch 1

-Pengalaman baru ke Tarakan (Indonesia)

Banyak lagi sebenarnya, tapi nanti aku edit balik..lupa sudah..apa-apa pun,selamat tahun baru 2011 buat semua..Semoga tahun 2011 ni membawa makna yang mendalam dari sebelumnya..
Tuesday, November 16, 2010 0 530 Pendapat

Apabila Nama Blog jadi Tajuk Lagu..

Assalammualaikum..

Benda ni dah lama sebenarnya..First time hari tu aku post lagu Qalesya, time tu Drama Qalesya ni tengah hot kat tv..Jadi, google punya google, aku dapat la lirik lagu dia..lepas tu, aku letak dalam Blog Pelangi Kehidupan aku ni, untuk share dengan pengguna yang lain..Sebab aku tau time tu memang susah nak cari lirik dan download lagu dia..

Menurut someone, dalam internet jugak aku baca (thanks to him)..lagu ni tak di komersilkan..Producer dia buat khas untuk drama tu, sebab tu la susah nak cari, dalam internet pun cuma ada dalam blog aku dan 2 blog yang lain (time tu la)..sebab tu la kualiti dia jadi tak berapa bagus..dirakam kot..

Lepas aku letak, aku cuba cari dalam search engine, sebab aku nak pastikan yang lagu ni mudah dicari..aku pun google la..memang ada,tapi tajuk blog aku yang keluar dulu..bila klik, baru keluar lirik dia..sebab aku tak tau tajuk, jadi aku cuma letak OST QALESYA..mungkin sebab itu, ramai yang beranggapan tajuk lagu ni adalah Pelangi kehidupan..Bagi yang dah ambil lagu tu, diorang post pulak dalam Youtube, tajuk lagu ni Pelangi kehidupan..

Aku tak kisah pun, diorang nak letak apa pun..cuma masalahnya, nanti ada orang lan yang salah faham..sangka tajuk lagu tu Pelangi Kehidupan..sedangkan aku sendiri sampai sekarang tak tau tajuk lagu tu..Memang tak ada pun..

So,jangan je nanti sebab benda ni aku pulak kena saman, sedangkan aku tak pernah pun letak tajuk blog aku sebagai tajuk lagu ni..huhu..



Zill: Aku rasa, aku patut tukar nama blog ni, walaupun aku sayang sangat..=(
Tuesday, November 09, 2010 0 530 Pendapat

Bila Cinta - OST Lagenda Budak Setan


Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Di tinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkan ku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Dalam harapan


lagu ni ada 2 versi..satu lelaki, satu perempuan..
so, download la yang mana berkenan..klik je link kat bawah ni..
Bila Cinta ( Male Version)
Bila Cinta (Female Version)

Ziel: Sedih la pulak dengan lagu ni..tambah-tambah lagi dengan hati yang tak tenang sekarang ni..
Thursday, October 21, 2010 0 530 Pendapat

Kisah si Tukang Kayu


Assalammualaikum..

hari ini tergerak rasa untuk berkongsi cerita..hayatilah..

Di suatu masa, terdapat seorang tukang kayu yang semakin dimamah usia. Dia bercadang untuk bersara daripada kerjanya sebagai tukang kayu yang bertanggungjawab membuat rumah di sebuah syarikat pembinaan.

Dalam fikirannya lagi, dengan tenaga yang semakin kurang, dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga tersayang. Tukang kayu ini tidak akan menerima lagi upah sekiranya beliau bersara. Tetapi, dia tetap dengan keputusannya. Lalu, tukang kayu itu memberitahu majikannya tentang hasratnya itu.

Apabila majikannya mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman itu, dia merasa sedih dan memujuk tukang kayu tersebut agar menarik balik keputusannya. Akan tetapi, tukang kayu itu tidak berganjak dan tetap dengan niat untuk bersara. Akhirnya, majikannya bersetuju dengan keputusan tukang kayu itu, tetapi dengan satu syarat. Permintaan terakhir majikannya ialah menyuruh tukang kayu itu membina sebuah rumah buat kali terakhir.

Tukang kayu itu merasa gembira dan bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh majikannya. Tetapi, kegembiraannya untuk bersara mengatasi semangat dan kemahiran yang ditunjukkan semasa bekerja. Akibatnya, rumah yang dibina buat kali terakhir itu telah disiapkan dengan sambil lewa, tanpa penelitian khusus serta menggunakan kayu yang rendah kualitinya. Rumah itu berjaya disiapkan dalam jangkamasa yang singkat.

Apabila majikannya melihat rumah itu, dia mengambil kunci pintu utama rumah tersebut dan memberikannya kepada tukang kayu itu seraya berkata "Inilah hadiah persaraan daripada saya kepada kamu. Selamat bersara."

Tukang kayu itu terkejut besar dengan kata-kata majikannya. Beliau tidak menyangka bahawa rumah yang dibinanya buat kali terakhir itu adalah rumah untuk kegunaannya sendiri. Alangkah menyesalnya dia kerana menyiapkan rumah itu secara tergesa-gesa dan jika dia tahu sebelum itu, dia akan membina rumah tersebut dengan penuh teliti dan menggunakan bahan yang bermutu tinggi.

Pengajaran daripada cerita ini, sebagai seorang manusia kadangkala kita lupa tentang apa yang kita lakukan hari ini adalah masa depan kita. Maksudnya di sini, kita tidak memikirkan sebab dan akibat perbuatan kita. Kata hikmah seorang pendeta, apa yang kita lakukan hari ini menentukan masa depan kita. Renungkanlah..

Zill: Buat yang terbaik, InsyaAllah..hasilnya pasti baik!
Tuesday, October 19, 2010 0 530 Pendapat
Hari ini, terasa amat penat sekali..Ntah kenapa, mungkin terlalu banyak aktiviti yang perlu dilakukan dan tenaga pula agak terhad. Nasib baik tadi aku sempat lagi untuk lunch, walaupun jam sudah menunjukkan ke angka 2.00 petang. Sedangkan pada waktu itu, kuliah En. Abd. Ghani hampir bermula..Aku pun bergegas ke dewan kuliah namun belum ada lagi kemunculannya, aku pun meneruskan aktviti blogging aku ni..Then, bila dia masuk, dia cuma beri nasihat dan bercerita tentang assignment dan pengalaman dia. Di sekeliling, ku lihat,ramai yang membuat aktiviti mereka sendiri..Ada yang berFB, ada yang tidur dan tidak kurang juga yang keluar ke tandas.

Hmm..ntah la,mungkin memang kuliah ni membosankan. Bagi aku, aku cuma menunggu masa untuk tamat dan kembali ke rumah untuk merehatkan diri..huhu..exam sebenarnya tak lama lagi, namun sama seperti yang lain.."tak boleh belajar awal-awal..nanti lupa.."

Huhu..aku pun tak pasti apa sebenarnya yang aku merepek ni, sekadar mengisi masa terluang. Cukuplah dulu buat sementara,aku ingin kembali ke dunia En.Abd. Ghani..
Thursday, October 14, 2010 0 530 Pendapat

Amanah-Satu Bebanan?


Sesungguhnya tidak pernah terlintas di fikiran untuk meringankan makna sebenar 'amanah'..namun kadang kala, aku terleka juga dengan dunia sehinggakan ada masanya memandang remeh tentang amanah yang diberikan kepada aku. Sedangkan hakikatnya, kita sebagai seorang hamba yang lemah telah dipertanggunjawabkan untuk memikul amanah sebagai khalifah di muka bumi ini..

Itu adalah mukadimah sebuah buku yang pernah aku baca..penulisnya, aku lupa namanya namun buku tersebut membuat aku berfikir betapa besar sebenarnya tanggungjawab kita kepada Ilahi..Selain daripada itu, setiap apa yang kita perlu lakukan adalah amanah..

namun, masih ada antara kita yang memandang remeh pada amanah yang diberikan. adalakalanya, kita lupa bahawa apa sebenarnya amanah..samalah seperti kuasa..Apabila seseorang diberi kuasa untuk menjadi ketua, ia sebenarnya bukan satu kelebihan, namun tanggungjawab yang berat terpikul dibahunya. Amanah.

Bagaimana dia melaksanakan amanah tersebut, bergantung pada kekuatan hatinya dan keupayaannya untuk melaksanakan amanah yang diberikan dengan sempurna. Sebagai seorang ketua, tanggungjawab yang diberikan tentulah amat besar dan ada yang kecundang di tengah jalan kerana tidak mampu untuk memikul tanggungjawab yang sungguh berat.

Bukan mudah untuk bergelar seorang ketua..hanya yang betul-betul layak sahaja yang mampu melaksanakan tanggungjawab yang diberkan sekaligus menjadi pemimpin kepada anak buah.

Kesimpulanya, kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini, diselangi dengan nikmat yang sebenarnya adalah amanah kepada kita, membuat kita leka dalam mengejar apa yang kita kehendaki untuk kesempurnaan kehidupan kita. Sehingga kita memandang ringan akan amanah yang telah ditetapkan kepada kita untuk memikulnya. Renungkan sejenak wahai manusia, adakah kita telah melaksanakan amanah paling besar dalam hidup kita?

Ziel: Kerja itu Amanah
Friday, October 08, 2010 0 530 Pendapat
Assalammualaikum..

Agaka lama terbiar blog ini tanpa satu entri pun..seingat aku hampir sebulan..dan mungkin telah pun sebulan..bukan tidak mahu menambah entri..tapi masa 24 jam yang ada pada aku, sejak sebulan lepas ibarat cuma cukup-cukup untuk melakukan perkara lain yang lebih penting sebelum itu..

Termasuklah Assignment, makan minum, kawad dan latihan A n D selain daripada beberapa program lain..Sehingga aku terlupa sekejap tentang blog ini..Namun, kini selepas semuanya berakhir, aku akan meneruskan aktiviti blogging aku ini..

Bukan apa, sejak baik dari bercuti hari raya hari tu, jadual aku terlalu penuh..manakala laptop pula tiada pada aku..so, aktiviti blogging ini, terpaksa di tangguhkan sementara waktu..selepas ini pula, ada beberapa aktiviti dan program lagi yang bakal ku sertai..so, nampaknya blog juga akan terhenti sekejap..namun akan diteruskan semula selepas semuanya tamat..

Cukuplah dulu entri kali ini, akan ku sambung semula pada waktu yang lain..Salam

Ziel: Utamakan yang lebih Penting dari yang penting!
Sunday, September 05, 2010 1 530 Pendapat

sahur @ McD


Salam..

Huhu..mengantuk giler ni..semalam lepak dengan kawan-kawan sampai pagi..pengalaman baru bagi aku..Kalau difikirkan secara negatif, macam apa je lepak-lepak tengah malam..tapi bila difikirkan sudut positifnya, bagus jugak..boleh release tension setelah lama bercouple dengan buku, inilah masanya untuk hilangkan stress..

Ahli-ahli yang terlibat adalah:-
Riya, Tini, adik dia dan semestinya aku..hehe..

Sebenarnya, tujuan sebenar kitorang adalah untuk mengambil 'datin' Gha, yang baru sampai dari USM..lewat tengah malam..jadi, kesian juga kalau nak biarkan dia tidur di Airport..so kitorang amik la..kemudian p makan kat Sadong Jaya..Ramai giler orang kat sana..lebih-lebih lagi semalam adalah malam minggu..faham-faham je la..

kemudian, lepas borak-borak kejap..kami ambil keputusan untuk lepak di McD..nak bersahur sekali la..alang-alang dah sampai McD..Maka mereka pun ber'Facebook' la..sampai masa sahur, kami pun terus sahur..actually takde makan apa sangat pun, just makan french fries dengan hot milo je..

Kemudian, kami pulang..kat kampus memang tak boleh masuk..Pak Guard takkan buka pagar punya..pasti..So,diorang pun lepak rumah aku..selepas subuh diorang dah takde..Pelik aku, bila masanya diorang balik pun aku tak tau..

Tapi aku rasa, aku macam dah broke my own rules..salah satunya..keluar malam, sampai pagi..tak pernah-pernah buat macam tu..tapi bila fikirkan, bukan aku keluar dengan lelaki atau kawan yang baru, ni semua kawan lama yang aku kenal sejak form 1 lagi..

So, time entri ni ditulis diorang on the way ke Airport..hantar si Gha..Semoga perjalanan mereka dimudahkan..cukup dululah entri kali ini, aku nak sambung tidur sekejap..hehe

Ziel: Jumpa di Tawau..
Sunday, August 29, 2010 0 530 Pendapat

Adira- Ku Ada Kamu


Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

c/o: Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin

Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

ulang C/O

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu

ulang C/O

Memang lambat, aku baru upload sedangkan lagu ni dah lama..Sebenarnya aku baru sedar yang lagu ni best..Lirik lagu ni memang best..Muzik dia pun ok..Lirik ni memberi makna..Bukan di spesifikkan pada cinta..tapi pada orang yang banyak menyokong dikala kita lemah..So lagu ni aku tujukan buat semua yang banyak bantu aku..banyak atau sedikit..kalau nak download pun boleh..klik je di sini


Ziel: dedicated to my 'guesswho??'

Saturday, August 28, 2010 0 530 Pendapat

Happy Birthday


Assalammulaikum..Entri kali ini aku dedikasikan buat seseorang yang special..Hari ni hari lahir yang ke ...ehehe.. Orang tu adalah cikgu Misa.. bagi aku dia Special..Orang yang sentiasa memberikan aku semangat ketika aku terjatuh..Cukuplah sekadar itu tentangnya..

To cikgu Misa..Happy Birthday..Eid' Milad..Selamat Hari Lahir..Semoga mendapat keberkatan Dunia dan Akhirat..Hadiah, nanti akan menyusul..Sorry tak dapat nak bagi sekarang..pape pun..Semoga Berbahagia di hari Lahir ni..(macam budak-budak pun ada)..

Selamat berpuasa dan Selamat hari Raya Aidilfitri..Minta maaf segala kesilapan saya..Sengaja atau tak sengaja..Maaf Zahir dan Batin..

Ziel: hehe..jangan marah r..
Thursday, August 26, 2010 0 530 Pendapat

SISPA UMS 1st batch

Assalammualaikum..

Hari ni, tujuan sebenar aku on9 nak mencari maklumat untuk assignment yang bakal di hantar minggu hadapan..kemudian, aku pun 'singgah' la di Facebook sekejap..(perkara wajib ketika on9)..

Klik punya klik, aku terjumpa gambar SISPA..SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM..Ketika kelas terakhir hari tu, sebelum hari raya.. Gambar yang Sir Azam (Ketua Jurulatih SISPA) ambil..time tu, ada break 5 minit. Jadi yang keluar ke toilet dan yang sewaktu dengannya tu, tiada di dalam gambar..Yang ada 5 keping je..itu yang Sir Azam ambil..Yang gambar ketika Perbarisan dan 1st day tu, ada dengan Jurulatih lain..

Kelihatan wajah ceria Tuan Azam sedang memberi penerangan kepada SISPA tentang Pertolongan Cemas.

Inilah Wajah Ketua Jurulatih SISPA UMS..Oleh sebab pictures ni dia yang punya..maka, kredit untuk dia..Jadi yang pertama di dalam blog ni (Sebab ambik picture dia tanpa kebenaran).


Inilah wajah-wajah SISPA UMS dalam kelas tu..semua pun masih muka mengantuk..maklumlah,kelas start 8.30, pagi-pagi lak bersahur..mengantuk la..


Ini lak gambar kitorang..Tasha ngan Syah tu, sempat 'peace' lagi..Yang SISPA lelaki semua muka blur..hehe


wajah-wajah yang lain..SISPA yang penuh semangat..huhu



Walaupun sebenarnya ramai yang tak tahu, SISPA tu apa..mungkin sebab di UMS ianya baru diwujudkan..Tapi tak apa, kami sebagai SISPA batch pertama akan memperkenalkan kepada warga UMS..

Ziel: Aku baru jumpa gambar pagi ni..to Sir Azam..Sorry, edit pictures ni..huhu

Tuesday, August 24, 2010 4 530 Pendapat

Salah siapa?


Tiba-tiba tergerak tangan ini untuk mencoret sesuatu di dalam diari yang tak seberapa ini..

Sedih terasa apabila menyedari insan yang kita sayangi, sebenarnya belum pasti menjadi milik kita. Dia mungkin milik orang lain, mungkin juga milik kita. Tapi yang pasti semuanya tuhan yang menentukan..Kita sebagai manusia hanya mampu merancang tanpa sedikitpun sedar bahawa penentu segalanya adalah pencipta kita.

Begitulah, kehidupan. Didepan kita penuh dengan cabaran dan dugaan tapi diselangi dengan nikmat yang kita tidak sedar sebenarnya telahpun kita perolehi sebelum kita di uji.

Aku, juga manusia biasa, tidak terlepas dari membuat perancangan yang aku sendiri tidak pasti kesudahannya. Sebagai seorang yang berfikiran rasional, aku akan menerima apa juga takdir ku, bukan bermakna aku berputus asa, namun itulah hakikat kehidupan yang aku perlu terima.

Bukan mudah untukku menyayangi seseorang. Namun, seandainya dia pilihanku, aku akan setia padanya. kehadirannya membuatku bahagia, dia sentiasa mengisi kesunyian..Dia sumber kekuatanku untuk terus tabah..Sudah pasti, Allah yang utama, namun kita juga perlukan seorang insan untuk mengisi kekosongan..

Kini, aku dan dia semakin jauh, jarak mahupun dalam perhubungan. Aku pun terasa seperti tidak mahu lagi untuk berharap apa-apa..Andai ada jodoh, adalah..

Ya Allah, andai dia tidak ditakdirkan untukku, ku terima ketentuanMu ya Allah..Sesungguhnya, Engkaulah sebaik-baik perancang..

Ziel: Bunyi macam orang yang patah hati kan? huhu..
Friday, August 13, 2010 2 530 Pendapat

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan



Salam Alaik'

Hari ni, masuk hari ketiga umat Islam di Malaysia berpuasa. Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al- Mubarak. Manfaatkanlah kemuliaan bulan ini dengan mengaut sebanyak mana pahala dan dapatkanlah keredhaan Ilahi. Hehe..sebenarnya tak banyak yang aku nak cakap..idea tak keluar lagi..Just nak share keadaan kat UMS ni..

Kat sini, kelas masih macam biasa..tak ada pun nak pendekkan masa pengajaran. Aku pun tak tau la, betul-betul berbeza dengan kolej dulu. Kat sini, dua jam, maka dua jam jugalah duduk dalam kuliah. tapi ok jugak la, sebab habis je kelas, terus nak masuk waktu berbuka. Time tu la, semua haru nak cari juadah berbuka.

Inilah cabaran yang harus kami tempuhi ketika ini. Itu tidak termasuk berebut naik bas, cuaca yang tersangat panas, betul-betul menguji kesabaran. namun itulah hakikat dalam kita berpuasa. Pelbagai cabaran yang datang menguji sejauh mana keimanan kita kepada Ilahi.

Apa yang penting, kita akan terus tabah menghadapi hari-hari dalam bulan Ramadhan ni, kerana nikmat dipenghujungnya nanti pasti tidak akan menghampakan. Jalanilah ibadah puasa dengan hari yang ikhlas, kita pasti akan bahagia..Carilah Lailatul Qadar kerana mungkin ia yang terakhir bagi kita..Salam Ramadhan Buat Semua..

ZM: Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..Agar dapat ku lalui dengan sempurna..
Thursday, July 15, 2010 0 530 Pendapat

La Tahzan..Sahabatku..

Assalammualaikum..Entri ini kutujukan khas buat seorang insan yang bernama sahabat (tak perlulah disebutkan namanya)..

Aku tahu yang dia kini sedang berjuang melawan fikiran negatif yang menghantuinya..Dia yang ku kenali dengan sikap yang tidak mudah mengalah, malah adakalanya kami menganggap dia seorang yang ego..Kini, dia seolah-olah seorang yang kehilangan dirinya..Walaupun pada aku, dia mengatakan yang hidup ini adakalanya terlalu berat untuk dia hadapi, namun dia bukannya berputus asa..dan orang yang gagal itu bukan bererti dia seorang yang malas atau tidak mahu berusaha..

Alhamdulillah..aku dikurniakan fikiran yang mudah untuk memahami perkataan orang lain..jadi tidak sukar untuk aku tafsirkan apa yang dia perkatakan..aku cuba memberi kata-kata semangat padanya..supaya dia berfikiran lebih terbuka dan menerima Qada' dan Qadar Allah dengan jiwa yang lebih tenang..

Apa yang ingin aku kongsikan, khususnya dengan dia, hidup ini bukannya setiap masa seperti yang kita inginkan..Kadangkala kita diuji dengan sesuatu yang kita rasa tak mampu untuk kita hadapi, namun tanpa kita sedari ujian itulah yang menentukan martabat kita di sisi Allah..Semakin hebat kita diuji, semakin tinggi kita disisiNya..

Adakalanya,kita terlalu berharap pada seseorang yang kita rasa, dia sajalah yang kita ada..contohnya, jodoh..Tanpa kita sedari, sebenarnya, dia bukanlah ditakdirkan untuk kita..So, kita kena bersabar dan menerima semuanya dengan hati yang redha..Nasihat saya,jangan terlalu taksub dengan jodoh kita, kerana ia boleh menyebabkan kita terpesong dari landasan agama..

Allah tahu kemampuan kita kerana Dialah yang mencipta kita..Dia menguji kita dengan sesuatu yang mampu tanggung..Dia tidak akan membebankan hambaNya dengan ujian yang tidak mampu tertanggung oleh hambaNya iaitu kita yang memang secara semulajadinya lemah dan memmerlukan Dia untuk menghadapi semua dugaan dan cabaran tersebut..

Jadi, kita tidak harus putus berdoa dan putus harapan kepadaNya..Walau kadangkala kita merasa kita sudah tidak punya sesiapa, namun kita jangan lupa yang kita masih mempunyai Dia yang sentiasa mendengan apa jua luahan hati kita..

ZM: Sentiasa ingat Allah..La Tahzan..InsyaAllah..semuanya akan dipermudahkan untuk kita..
Tuesday, June 29, 2010 0 530 Pendapat
Assalammualaikum..

Untuk pengetahuan semua, aku akan berhenti seketika daripada menambah entri di dalam blog ini..Ianya,untuk memberi ruang dan masa pada diri sendiri..

Hehe,aku sebenarnya mau memberi laluan untuk menguruskan hal-hal penting sebelum masuk ke Universiti..Agak busy la kiranya,buat masa ini..Blog ni dan Blog PLKN juga akan dihentikan buat sementara..

Selepas semuanya selesai, aku akan kembali..dengan lebih gigih..Agar idea dapat terus disumbangkan dalam blog ini..huhu..

ZM: Lepas ni nak ke sana..ke sini..
Wednesday, June 23, 2010 0 530 Pendapat

FIFA 2010 Official Theme-Wavin' Flag


wooooo..wooo..oohh...

Give me freedom give me fire
give me reason take me higher
see the champions take the field now
You define us make us feel proud
in the streets are exaliftin'
every loser in ambition
celebration is around us
every nation all around us

singing for ever young
singing songs underneath that sun
let's rejoice in the beautiful game
and together at the end of the day

We all say
when i get older i will be stronger
they'll call me freedom
just like a waving flag
and then it goes back (3x)

wo wah wo ah wo ah
ahhhooo ahhhoooo ahhhooo

Give you freedom give you fire
give you reason take you higher
see the champions take the field now
You define us make us still proud
in the streets are exaliftin'
every loser in ambition
celebration is around us
every nation all around us

singing for ever young
singing songs underneath that sun
let's rejoice in the beautiful game
and together at the end of the day

when i get older i will be stronger
they'll call me freedom
just like a waving flag
and then it goes back (3x)

and every body will be singing it

and we all will be singing it

Download disini

ZM: Best lagu ni..Lirik pun best!
Friday, June 18, 2010 0 530 Pendapat

Perjalanan Kini Bermula..


Assalammualaikum..Semoga hari ini lebih baik dari semalam..

Alhamdulillah..satu lagi hari yang menggembirakan..MATLAMAT IMPIAN tercapai..secara peribadi..

Beberapa detik sebelum itu..terlalu nervous ku rasa..dalam fikiran,dapat atau tidak?aku bangun awal di hari yang mulia ni..sebelum masuk waktu subuh lagi..bukan apa,tak dapat tidur sebab terlalu memikirkan keputusan yang akan keluar keesokan harinya..

Keesokannnya, selepas subuh, dengan hati yang berdebar-debar..aku cuba untuk menge'check' result namun agak hampa kerana result hanya akan keluar selepas pukul 12 tengah hari..maka..bermulalah kembali detik nervous aku..

Aku cuba tenangkan hati, aal izz well kata 1 lagu dalam sebuah filem hindi (aku bukan peminat filem hindi,ok) yang bertajuk 3 idiots..nanti aku buat review tentang cerita ni..

Berbalik kepada kisah tadi..aku pun tunggu dan tunggu..DIA suruh aku check melalui SMS..So,aku pun hantar la..dalam pukul 9 lebih macam tu..

tunggu punya tunggu, tau-tau pukul 12.47 baru la aku dapat balasan SMS tu..nak check secara online,tak dapat masuk..mungkin terlalu ramai yang check time tu..(aku pun sampai naik fed-up)

Jawapan yang aku terima tu macam ni:

'RM0.20: UPU xxxxxxxxxxxx(no.kad pengenalan aku) Tahniah! Anda Berjaya ditawarkan program HA19 di UMS. Layari laman web IPTA berkaitan untuk Surat Tawaran'

Alhamdulillah..aku bersyukur sangat-sangat..tapi yang paling buat aku gembira ialah Universiti yang aku pilih,nak sangat tu dapat.. Aku memilih UMS pada pilihan pertama dengan course Psikologi Kaunseling..course yang aku memang bercita-cita untuk belajar tentangnya..

Apa-apa pun..perjalanan aku kini bermula sekali lagi..4.0 tetap menjadi taruhan..akan ku capai dan jadi yang terbaik..

ZM: Thumbs Up!

Monday, May 24, 2010 0 530 Pendapat

Kebahagiaan dalam Perpisahan - Shahir AF8


Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

Download disini

ZM: Tak minat pun AF..tapi lagu ni best..
Thursday, May 20, 2010 0 530 Pendapat

Seindah Biasa - Siti Nurhaliza

Jalan pernah takut ku tinggalkan
Saat bintang tak mampu lagi berdendang
Saat malam menjadi terlalu dingin
Hingga pagi tak seindah biasanya

Korus
Takkan mungkin kita bertahan
Hidup dalam bersendirian
Panas terit hujan badai
Kita lalui bersama

Saat hilang arah tujuan
Kau tahu ke mana berjalan
Meski terang meski gelap
Kita lalui bersama

Ku tak bisa merubah yang telah terjadi
Tapi aku akan menjanjikan yang terbaik
Agar kita tak pernah menjadi jauh
Meski beza dermaga untuk kita berlabuh

Ulang Korus

Pernah kita jatuh
Mencuba berdiri
Menahan sakit dan menangis
Tapi erti hidup lebih dari itu
Dan kita mencuba melawan

Lagu ni motivasi jugak..walaupun siti yang nyanyi..tapi lagu ni bukan lagu cinta-cinta..tu yang best tu..

ZM: Aku suka Lirik Ni..
Friday, May 14, 2010 1 530 Pendapat

Kalau Haiwan ada Facebook..apa agaknya status mereka ya?

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, aku kenduri nyamuk BBQ mlm ni..

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang..burp, Alhamdulillah…

Aedes: Baru je selamat bagi injection maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh!…

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapanya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapanya siapa.”

Ayam : Kawan2…kalau esok aku tak update…bererti aku sudah digoreng….I luv u all… jangan lupa wat kenduri arwah untuk I ya..

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah kejap..baru beli videocam baru..

Kucing: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni… selongkar kitchen cabinet… siapa nak ikut?

Tuesday, May 11, 2010 0 530 Pendapat

Aku dan Kehidupan

Assalammualaikum..

Beginilah aku.. Rutin seharian yang kadang-kadang memakan masa untuk menambah entri.. Maklum sajalah, aku bukan lagi seorang pelajar..Aku kini telah setahun berada di dunia pekerjaan.. Jadi masa yang ada untuk diri sendiri agak terhad berbanding orang lain.. Sehingga ku rasakan masa untuk bersama keluarga juga semakin berkurangan..

Namun, aku telah membuat keputusan untuk menyambung kembali pelajaran yang tertinggal..InsyaAllah..Andai ada rezeki, aku ingin menyambung pelajaran ke peringkat IJAZAH pula..Bidang? Masih lagi menjadi rahsiaku..Tapi apa yang pasti, bidang yang amat aku minati..

Cukuplah dulu entri kali ini..aku ingin menyambung kerjaku kembali..

ZM: Akan ku capai cita-citaku..
Monday, May 03, 2010 0 530 Pendapat

Yang Terindah- OST Adamaya


Pasti ramai yang mengikuti slot Akasia di TV3 pukul 6.30 petang, Adamaya..Cerita ini diadaptasi dari filem I'm not Single lakonan Farid Kamil dan Lisa Surihani..Namun, cerita Adamaya ini dilakonkan oleh Sein Ruffedge sebagai Adam dan masih mengekalkan Lisa Surihani sebagai Maya. Ianya tentang kisah kehidupan Adam dan Maya yang disatukan oleh keluarga tanpa rasa cinta antara mereka, pada mulanya.

Lagu tema pula, masih lagi dikekalkan iaitu lagu Yang Terindah nyanyian Dakmie..



Yang Terindah- Dakmie

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Download

ZM: Minat sangat kat Lisa Surihani..
Sunday, April 25, 2010 0 530 Pendapat

Interview

Assalammualaikum..

Alhamdulillah..aku masih lagi diberikan kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini. Selepas menempuh 1 minggu yang sungguh mencabar, aku kini telah pulih seperti sebelumnya.

Sebenarnya, aku mendapat demam selsema yang agak teruk minggu lepas, tidak terkecuali batuk yang tidak berhenti..ditambah pula, dengan aku yang terpaksa bergegas ke Kota Kinabalu untuk menghadiri temuduga menambahkan lagi kesengsaraanku..Aku redha dengan kehendakNya..Aku bersyukur kerana masih lagi diberikan sakit dan menandakan yang Dia masih menyayangiku..Selepas pulang dari Airport hari tu, aku mula rasa tidak sedap badan..ku gagahi juga sehinggalah aku kehilangan suara dan tekak yang terasa amat perit.



Selasa lepas, sambung pula ke Kinabalu untuk menghadiri temuduga Universiti Malaysia Sabah untuk kursus yang bakal aku ambil tahun ini (Psikologi Kaunseling). Aku yang amat meminati psikologi dan juga kaunseling amat berharap yang aku terpilih kali ini. Sengaja aku memilih untuk meneruskan pengajian di Universiti Malaysia Sabah kali ini. Bagi aku 3 tahun berada di semenanjung cukup memberikan pengalaman yang amat berharga dan aku ingin beralih angin belajar di bumi sendiri. Tanah tempat lahirku. Walaupun tidak segah Universiti lain namun bagi aku, UMS mempunyai keistimewaan tersendiri menyebabkan aku memilihnya kali ini.

Mendapat panggilan untuk menghadiri temuduga sudah cukup memberikan harapan buatku. Alhamdulillah, aku telah buat sebaik mungkin dan redha dengan keputusan yang bakal aku terima nanti.

Cukuplah dulu entri kali ini, aku sekadar ingin berkongsi apa yang ada dalam fikiranku buat masa ini..


ZM: Semoga 1 MATLAMAT IMPIAN akan tercapai lagi..
Wednesday, April 07, 2010 0 530 Pendapat

The Blog..

Assalammualaikum..Semoga hari ini lebih baik dari semalam..

Setelah beberapa hari tidak ada update dalam blog ini, aku rasa aku ingin menambah entri didalam blog usang ini. Aku menggelarnya blog usang kerana ianya telah lama wujud dan asyik di 'modified' untuk memastikannya terus hidup. Aku tidak pasti berapa lama aku mampu bertahan dengan blog ini.

Aku sedar, aku bukanlah seorang penulis blog profesional. Aku semakin hilang minat untuk meneruskan aktiviti blogging ini memandangkan kesibukan yang sentiasa berpaut pada aku..

Aku tahu, blog aku tidak seindah mereka yang telah lama menulis dan aku juga bukan seorang ahli sastera yang mampu menulis ayat yang beralun cantik mata membaca (SPM A1 =)). Aku rasa, entri dalam blog aku tidak secantik orang lain. Namun, aku pegang peribahasa melayu, mahupun orang putih,"Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan/ If there's the want, there's the way'

kadang-kadang, terasa cemburu juga apabila membaca blog orang lain. Bagi aku, blog mereka memang menarik. tak hairanlah ramai yang ingin singgah di blog mereka. Walaupun, kadang-kadang aku rasa entri yang mereka buat tu tidaklah begitu berinformasi. Ada juga yang menggunakan ayat singkatan dalam blog mereka sampaikan aku rasa entri mereka menjadi kurang menarik. Pada aku (pendapat aku la ni..), andai anda ingin blog anda di baca, gunakanlah ayat penuh kerana anda bukannya menggunakan SMS untuk menambah entri blog.

Hakikatnya, itu pilihan mereka, blog mereka. Andai kita suka, kita bacalah..begitu juga sebaliknya. Namun bagi aku, blog aku yang tak seberapa ini bukanlah untuk dipamerkan pada semua orang, (bagi yang berminat, terima kasih aku ucapkan), apa yang aku tulis hanyalah sebagai rujukan dan kenangan serta sebagai tempat untuk aku berkongsi apa yang aku fikirkan ketika itu (time ada masa lapang)..

kawan-kawan aku nampaknya masih belum berminat untuk memiliki sebuah blog. Mungkin mereka lebih selesa untuk menyimpannya di dalam hati. Oh ya,aku ingin menambah yang blog ini juga sebagai satu MATLAMAT IMPIANku iaitu mempunyai website sendiri dan nampaknya ia tercapai walaupun ianya masih lagi hak mutlak BLOGGER

Buat semua yang jadi followers, terima kasih banyak-banyak. Aku akan terus menambah entri selagi aku mampu bertahan.

Ziel: Belajar dari kesilapan/ bangun ketika jatuh/Practice make Perfect
Friday, April 02, 2010 0 530 Pendapat

Al-Fatihah


Assalammualaikum..

Tergerak hati untuk menambah entri tentang berita ini..DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Hari ini, dunia seni kehilangan satu lagi pelawak terkenal. Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, meninggal dunia pada pukul 12:30 am semalam selepas berada di dalam keadaan koma. Allahyarham meninggal dunia akibat Denggi Berdarah..Sama-Samalah kita berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat..

Agak terkejut juga mendengar berita ini, sebab kalau tak silap..hari Isnin lepas, aku dengar kat radio Era, berita Din Beramboi dimasukkan ke ICU namun isterinya mengatakan yang keadaan dia positif dan semua yang mendengar agak lega..

Tiba-tiba hari ini, dia meninggal dunia. Mungkin ramai yang menyayanginya namun Allah lagi menyayanginya..Tak sampai sebulan aku tengok dia di Final Raja Lawak musim ke-4, kini dia telah tiada. Itulah Qada dan Qadar Allah. Sebagai manusia, kita tidak dapat menduga apa yang akan berlaku. Urusan ditanganNya namun kita hanya mampu berdoa.

ZM: Setiap yang datang, pasti akan pergi..Kita hanya mampu merancang, namun hanya tuhan menentukan..Al-Fatihah..
Thursday, April 01, 2010 0 530 Pendapat

Masihkah kau ingat?

Assalammualaikum..

Sebenarnya..tak tau macam mana nak mulakan. Aku tiba-tiba teringat pada kawan-kawan lama..Terutamanya kawan-kawan time sekolah dulu..semua kenakalan dan kenangan bersama. Aku pasti,mereka pun masih lagi mengingati kenangan zaman sekolah..

Ni gambar time form 1. Time ni kebanyakan kami baru berkenalan. Masa ni lah aku kenal Aziz, Joey, Gha dan yang lain-lain sebab kami dari sekolah yang berbeza..tapi,lama kelamaan kami menjadi rapat..Rakan sekelas tapi macam-macam perkara juga kami buat..


Andai ada antara rakan-rakan membaca entri ini, mungkin anda faham tentang beberapa perkara ni..

Form 1
-Surat Joey (maaf Joey)
-Aziz & Sabe'
-Ria & Gha
-Cikgu Siti Hana (Orang Tamak Selalu Untung)
-Cikgu Husni (sains)
-Cikgu Masturah (Andrian & Johari)


Form 2
-Usman dan 'Kawan-kawannya''
-Piala Dunia 2002
-Baju Pj & Cuci Kereta


Form 3
-Kerja Kursus (KH-ERT)
-Sejarah (Buku adalah guru terbaik)
-Sukan (Ria Wakil kelas)

Ada beberapa yang aku kurang ingat. Kalau ada yang baca dan komen..tambahlah..kenangan semasa menengah rendah.

kemudian..selepas tamat PMR..Ramai antara kami yang berpindah sekolah..Ada yang ke SMAKK, ke Sekolah agama Tun Sakaran, Ke SMK Balung, SM Teknik dan macam-macam lagilah..Tinggallah aku dan beberapa orang lagi yang menetap di SMK Kinabutan..

Pada mulanya,terasa sunyi tanpa kawan-kawan lain..Maklumlah,sebelum ni semua kerja nakal kami lakukan 'bersama'..Pendek kata, semua orang terlibat..Kini hanya tinggal kami untuk meneruskan 'kenakalan'..namun,perancanganNya yang terbaik buat kami..Ramai juga pelajar baru masuk ke kelas kami dan menambahkan keceriaan kami. Adalah juga kenangan ketika form 4 & form 5 sebelum SPM..

Alhamdulillah..Persahabatan kami kekal hingga ke hari ini..dan semoga ianya berterusan hingga ke akhir hayat..InsyaAllah..Aku akan cuba memeliharanya sampai bila-bila..

Kita dipertemukan dengan kehendakNya..kita dipisahkan juga dengan kehendakNya..namun jadikanlah perpisahan ini sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya..kerana matlamat kita adalah satu..Semoga persahabatan kita berkekalan hingga keakhirnya..

ZM: Sangat-sangat menghargai sahabat..atau..mereka yang pernah berkenalan denganku..Love you All..

0 530 Pendapat

Sabar Menanti -Fahrenheit

Walau segunung
Kau hebahkan bencimu
Selaut kepuraan itu
Tidakkan mungkin
Menjadi pulau cinta
Sebagai mana kau inginkan

Tanyalah hati di cermin diri
Kau imbaskan oooohh

A:
Biarpun pahit
Keperitan silammu
Itukan penawar manis mu
Kita manusia
Adakala tersisih
Di dalam mengejar impian
Sabar menanti
Sinar mentari yang hakiki

B:
Tidak ku menyesali lagi
Andainya tergelincir nanti
Walau terluka
Ku relakan ia
Aku tetap aku
Melafazkan
Kalimah yang satu

Disini ku mampu mengerti
Mendungkan menutupi hari
Itukan lumrah kehidupan ini
Usah disangsikan yang azali

- Ulang B -

- Ulang A -

Andainya kau mentari
Sinarlah kesiangan minda
Andainya kau rembulan
Sinarlah kegelapan hati

ZM: Aku baru je dengar lagu ni di radio Era,tiba-tiba rasa tertarik dengan liriknya. Walaupun ada sedikit aura percintaan, namun kebanyakan ayat yang digunakan merujuk kepada kehidupan..
Monday, March 29, 2010 0 530 Pendapat

English Jokes..

Customer : Waiter, do you serve crabs?
Waiter : Sit down, sir, we serve anyone.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Customer : Waiter, there’s a dead beetle in my soup.
Waiter : Yes Sir, they are not very good swimmers.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Customer : Waiter, there’s a fly in my soup.
Waiter : That’s all right, Sir, he won’t drink much.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Customer : Waiter, there’s a fly swimming in my soup.
Waiter : So what do you expect me to do, call a lifeguard?
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Customer : Waiter, what’s the meaning of this fly in my tea cup?
Waiter : I wouldn’t know, Sir, I’m a waiter,not a fortune teller.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Customer : Waiter, this soup tastes funny.
Waiter : Funny? But why aren’t you laughing?
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Son : Daddy, have you ever been to Egypt?
Father : No. Why do you ask that?
Son : Well, where did you get mummy then?
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Lady : Is this my train?
Station Master : No, it belongs to the Railway Company.
Lady : Don’t try to be funny. I mean to ask I can take this train to Kuala Lumpur.
Station Master : No Madam, I’m afraid it’s too heavy.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Teacher : Peter, why are you late for school again?
Peter : Well, Miss, I dreamed that I was playing football and the game went into extra time.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Wife : Do you want dinner?
Husband : Sure, what are my choices?
Wife : Yes and no.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

A drunkard was brought to court. Just before the trial there was a commotion in the gallery. The judge pounded the gravel on his table and shouted, “Order, order.” The drunkard immediately responded, “Thank you, your honour, I’ll have a scotch and soda.”
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Customer : If I post this letter tonight, will it get to Penang in two days time?
Post Master : Well it might do.
Customer : I bet you, it won’t.
Post Master : Why not?
Customer : It’s addressed to Johor.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

An absent-minded man went to see a psychiatrist.
‘My trouble is,’ he said, ‘that I keep forgetting things.’
‘How long has this been going on?’ asked the psychiatrist.
‘How long has what been going on?’ said the man.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Girl : Do you love me?
Boy : Yes Dear.
Girl : Would you die for me?
Boy : No, mine is undying love.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

1st thief : Oh ! The police is here. Quick! Jump out of the window!
2nd thief : But this is the 13th floor.
1st thief : Hurry! this is no time for superstitions.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Man : How old is your father?
Boy : As old as me.
Man : How can that be?
Boy : He became a father only when I was born.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Teacher : Correct the sentence, “A bull and a cow is grazing in the field”
Student : A cow and a bull is grazing in the field
Teacher : How?
Student : Ladies first.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Waiter : I’ve stewed liver, boiled tongue and frog’s leg.
Customer : Don’t tell me your problems. Give the menu
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Sunday, March 28, 2010 0 530 Pendapat

Nama Jepun untuk..

01. Yang pemarah – KEIJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat – SAYORI

05. Yang suka layan blues – APO NADIKATO

06. Yang suka belajar – ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau – WAKASI HURUHARASUKAMURA

03. Yang bisu – KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi – NANACHI KASIBANYA

08. Yang sangat kedekut – MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur – ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai – HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua – TARAGIGI PADAMOKA

12. Yang kena tinggal bini – SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit – SAJA CARIMATI

Saturday, March 20, 2010 0 530 Pendapat

Koleksi Teka - Teki 1

Soalannya berbentuk…

1. Seekor burung sedang terbang lalu terserempak dengan sebuah kapal terbang di udara. Tiba-tiba burung itu jatuh ke bawah. Kenapa?

2. Pokoknya di atas bukit daunnya di dalam air. Apakah dia?

3. Kalau manusia jadi ikan, ikan jadi apa?

4. Sebuah bas sedang bergerak ke Seremban dengan membawa sorang datuk, seorang wanita dan seorang pelajar. Tiba di Seremban, siapakan yang turun dulu?

5. Ikan apa yang sentiasa sejuk?

6. Amin dan Aminah mendapat anak. Kenapa mereka menamakan anak mereka Afifah?

7. Dalam banyak-banyak haiwan, haiwan apa yang tak pernah duduk ?

8. Lepas satu hilang, satu lagi hilang. Akhirnya tinggal ibu yang malang. Apakah itu?

9. Andaikan anda seorang konduktor bas. Bas itu pergi ke satu stesen, 5 org diambil. Di stesen kedua, 2 org turun dan 7 org naik.di stesen ketiga, 3 org turun dan 8 org naik. Soalannya, berapakah umur konduktor bas itu ?

10. Emak Anas ada 5 org anak. Abu, Ali, Ahmad, dan Azizi. Siapakah anak kelima?

11. Apakah solat yg ada 3 tahiyat?

12. Apakah tempat yang terkecil di dunia?

13. dalam banyak-banyak bola, bola apa yang pemainnya hormat?




Jawapannya adalah…

1. Burung sedang tutup telinganya

2. Daun teh

3. Ikan jadi banyak.

4. Meter bas

5. Ikan jaket (gelaran untuk ikan cencaru)

6. Kerana anak itu perempuan

7. Ikan

8. Mancis

9. Umur anda

10. Anas

11. Solat maghrib masbuk

12. Setapak

13. Bola golf
Friday, March 19, 2010 3 530 Pendapat

Kump.2/Siri 3 2006


Hari ini, genaplah 4 tahun kenangan aku di PLKN..pada tarikh yang sama tahun 2006 aku memulakan perjalanan ke Kem Bagai Budi Resort, Sandakan apabila aku terpilih sebagai pelatih di kem tersebut kumpulan kedua. Maka pada tarikh ini jugalah aku berkenalan dengan kawan-kawan yang sama-sama terpilih menjadi pelatih di kem ini..

Banyak kenangan yang tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila..pengalaman yang sekali seumur hidup, yang tak semua orang terpilih untuk merasainya..aku rasa cukup bertuah terpilih walaupun pada mulanya agak takut dan sedih..
Navigasi siang: Dinamik
Jurulatih: Cikgu Rusdi (Cikgu Misai)

Dinamik/ Delta
..itulah nama kumpulan/kompeni aku ditempatkan..Dalam kem ni la aku mula kenal erti persahabatan sebenar..semua aktiviti kami lakukan bersama..pahit manis ditempuhi bersama..makan bersama-sama, kena denda pun sama-sama..seorang melakukan kesalahan, semua akan didenda..tiada makna 'siapa salah, tanggung sendiri' bagi kami..


Modul Kenegaraan: KELISA
Jurulatih: Sifu Alan



Modul Pembinaan Karekter: PK6
Jurulatih: Cikgu Misa & Cikgu Iman


Namun, kerana ingin menyambung pelajaran..aku terpaksa menamatkan latihan dan keluar lebih awal..walaupun begitu, banyak juga kenangan manis yang dapat aku kumpulkan..

Selepas PT pagi

apa-apa pun..selamat hari ulangtahun buat sahabat-sahabat PLKN kem Bagai Budi Resort, Sandakan..Siri 3 kumpulan 2 2006..Dinamik/Rimba Bara/Iltizam/Tempuh Waja

ZM: Buat Meei Ting, Grace, Ayu, Biviana, and all my friends..i'll never forget all of you..
Wednesday, March 10, 2010 0 530 Pendapat

“Maaf, baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan..”

“Maaf, baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan..”

Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit. Selalunya, kita ingin membuat panggilan, lebih-lebih lagi kepada yang tersayang, apabila mendengar perkataan ini keluar dari telefon, kita akan berasa kecewa dan terus bergegas mencari bekalan topup. Kita akan memastikan bahawa kredit kita sentiasa penuh. Tetapi, pernah tidak kita aplikasikan ini kepada sesuatu yang lain?

Cuba kita bayangkan. Suatu hari, satu suara berkata kepada kita, “Maaf, pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga”. Pernah tak kita berfikir seperti itu? Bayangkan di hari kebangkitan nanti, perkataan seperti itu diucapkan kepada kita. Bagaimana agaknya perasaan kita ketika itu? Apakah kita masih boleh men’topup’ pahala kita di saat pahala amalan kita yang terlampau sedikit ini dihitung.

Bayangkan rasa kecewa yang menyelubungi diri kita, melebihi segala kekecewaan kita gagal dalam peperiksaan di dunia, kecewa dalam interview, kecewa dalam kerja, kecewa dalam percintaan dan segalanya. Kita selalu menangis apabila kita kehilangan sesuatu yang amat berharga kepada diri kita. Tetapi, pernah tidak sekali kita menangis mengenangkan dosa-dosa silam kita?

Pernah tidak kita mendengar kisah-kisah para alim ulama’, tabi’ tabii’n dahulu yang menangis mengenangkan dosa mereka yang sedikit? Sedangkan kita? Dosa kita terlalu sedikitkah berbanding mereka yang menyebabkan terlalu sukar untuk kita menitiskan air mata. Tetapi apabila kekasih kita meninggalkan kita, sampai bengkak mata kita menangis. Betapa lemahnya iman kita.

ZM: Mari sama-sama kita renung-renungkan
Saturday, March 06, 2010 1 530 Pendapat

Di Hari Bersejarah Itu..


Alhamdulillah..akhirnya, aku mencapai satu lagi MATLAMAT IMPIAN dalam hidupku..Naik ke pentas dan menggenggam scroll yang memang ku tunggu-tunggu..segala penat lelah selama 2 tahun 6 bulan kini terbayar.. Pahit Manis dalam mencari ilmu kini telah sampai ke kemuncaknya..

Majlis Konvokesyen yang berlangsung pada 6 March 2010 dan bertempat di Universiti Islam Antarabangsa menyaksikan aku dan rakan-rakan dinobatkan sebagai Graduated students dan layak menerima Diploma..Bagi aku, walaupun ini hanya diploma dan bukannya sehebat Degree, namun ia tetap bermakna buatku..


Dari pukul 7.oo pagi kami diminta untuk beratur dan masuk ke dalam dewan, dan selepas ucapan dari Chairman dan CEO, maka acara penyampaian pun dijalankan..mm..majlis ni dirasmikan oleh Mejar (B) Dato Seri Jamil Khir B. Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri..

Dalam majlis ni, ada beberapa anugerah..Humanitary Award diberikan kepada Arwah Muhd. Nursalam yang meninggal dunia akibat lemas ketika menyelamatkan seorang rakan..then,semestinya Best Student Awards yang ditunggu-tunggu..Grand Award dimenangi oleh Muhammad Nabil Khalaf..Bagi aku dia memang layak dapat Award tu, sebab dia memang student yang betul-betul berdedikasi dan banyak buat aktiviti luar yang mengharumkan nama IIC..Tahniah buat Nabil..

Majlis ni berakhir pada pukul 1.00 petang..lepas tu, biasa la..sesi bergambar dan penerimaan bunga lak..aku dapat la juga bunga dari kakak aku yang menunggu kat luar..hehe..aku tak lepaskan peluang untuk bergambar dengan Ibu dan Bapa aku..serta kakak aku..

Cuma agak terkilan la..aku ingat nak ambil gambar dengan kawan-kawan..tau-tau semua dah hilang..then aku dapat tau yang diorang pun tak dapat nak bergambar dengan kawan-kawan lain..Hmm..tak apa la..ada rezeki nanti boleh ambil gambar jugak..semoga dipertemukan lagi..InsyaAllah..

Apa-apa pun majlis ini aku rasa amat bermakna..begitu juga dengan kawan-kawan, semua puas hati..Tahniah buat commitee yang menjayakan majlis ini..

ZM: Malas nak buat panjang-panjang..ni pun asyik tertangguh je ni..
Saturday, February 06, 2010 0 530 Pendapat

Ubi Kayu oh Ubi Kayu..


Sunyi terasa hari ni..Tinggal seorang kat rumah..family yang lain di Lahad Datu..melawat makcik aku yang lagi satu.. Bosan sungguh..nasib baik la ada lagi seorang makcik aku datang, kalau tak..lagi bosan la sorang-sorang.. Petang tadi aku buat something yang berfaedah..cabut ubi kayu..banyak jugak la aku dapat, sampai melecet tangan..tapi lagi baik daripada takde hasil..sempat jugak aku ambil gambar hasil kerja aku ni..


inilah ubi paling besar antara semua yang aku ambil..memang nak tercabut jugalah tangan menarik ubi besar ni dari dalam tanah..tapi best sebab pengalaman kan..mencabut ubi..dekat 2 tahun aku duduk depan komputer je..sesekali mencabut ubi..seronok juga..

Aku asal dari kampung, walaupun kehidupan moden..namun kau tidak akan melupakan asal usulku..

ZM: Asal dari Kampung!


Friday, January 29, 2010 0 530 Pendapat

Cinta..

Cinta Adalah Anugerah yang Kuasa..
Yang Bila Terasa Betapa Indahnya..


Cinta..Adalah sesuatu yang..indah..apabila kita mendapatnya..lebih-lebih lagi dari insan yang kita cintai..ia pasti menggembirakan hati..Namun adakah kita benar-benar mendapat cinta yang kita dambakan?kadangkala, kita hanya mampu membayangkan kekasih hati namun tidak mampu mendapat insan seperti yang kita bayangkan..kerana..setipa insan adalah berbeza..dan..setiap insan adalah tidak sempurna..

Mengapa tuhan menciptakan kita dengan dua mata, dua tangan, dua kaki namun hanya ada satu hati?..kerana satu lagi hati terletak pada seorang insan yang akan menjadi pasangan hidup kita..Tuhan menciptakan manusia berpasangan..

Namun, bukan mudah untuk kita mendapat insan yang akan menyempurnakan kehidupan kita sebagai manusia..Memang mudah untuk dicintai..namun bukan mudah mendapat cinta dari insan yang dicintai..

Namun dalam semua itu..Cinta yang hakiki..Adalah cintaNya..Cinta yang PASTI membahagiakan!

ZM:Cinta Membahagiakan..Cinta Menyakitkan..Cinta..Perlukan Pengorbanan..


Wednesday, January 27, 2010 0 530 Pendapat

My Cyril


Assalammualaikum..

Nak cerita sikit pasal Cyril..Mula-mula aku jumpa dia, aku sangka dia adalah seekor kucing yang garang..means, menggigit or mencakar orang yang dia tak kenal..ye la, memandangkan badan dia yang besar dan agak menggerunkan..



Rupanya dia ni memang slow..agak pemalas la..baring je yang dia tau..kalau boleh, makan pun sambil baring..lagi satu, dia ni kalau kena panggil bukan dia nak mengiau..diam je..kalau ada kat sebelah pun, da tengok je orang yang cari dia..dia akan berbunyi bila dia mahukan sesuatu..Contohnya,makan..minum ataupun nak buang air (Pintu tandas tertutup)




Tapi perkara yang paling aku suka tentang dia, dia ni pembersih..Dia takkan tidur di tempat yang kotor. Begitu juga la buang air..dia akan buang air kat tandas,tapi kalau tandas tu bersih..Kalau kotor atau basah, dia akan cari tempat bersih untuk buang air. Contohnya, Carpet atau lap kaki..




Namun, dia telah tiada..yang ada hanya kenangan tentang dirinya..bukannya dia mati, cuma dia telah dijadikan 'anak angkat' kepada seorang ibu tunggal yang tidak mempunyai anak kecil/baby.



apa-apa pun harap dia kekal gembira di sana.. Kami di sini merinduinya..hehe..

ZM: Dapat nama Cyril dari Rancangan Televisyen..
Thursday, January 21, 2010 0 530 Pendapat

Pergi/I Go- Aizat

Pergi-Aizat

Sayu terpisah

Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari

Kau pergi
Pergi

Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari

Kau pergi
Pergi

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari

Kau pergi
Pergi

Ni lah lagu yang membawa kepada kemenangan Aizat dalam AJL 24. Dibawah ni pula, aku letak lirik dalam bahasa inggeris..Kalau nak download pun boleh, download kat sini. Klik je kat link di bawah ni..

Versi Bahasa Melayu (Pergi)
Versi Inggeris (I Go)

I Go- Aizat

So long fare thee well

The Dancer and the dancing days have taken leave and fell
So turn down this bed of stone
Quench me with the deadly nightshade from the rose that you belong

c/o:
A long December rain is falling now
Running down on streets to nowhere
Music is my life-You're my sweetest nightingale
But I can't hear it here no more

And I Go...I Go...

Hush now, don't shake or break
Words have fallen silent like soldiers to the grave
No matter what they do or say
Lay me on the sleepy meadows by the tracks upon your face

Repeat c/o
Wednesday, January 20, 2010 0 530 Pendapat

Kantoi-Zee Avi

Semalam I call you, you tak answer
You kata you keluar pergi dinner
You kata you keluar dengan kawan you
but when I called Tommy he said it wasn't true

So I drove my car pergi Damansara
Tommy kata maybe you tengok bola
Tapi bila I sampai... you, you tak ada
Lagi la I jadi gila

So I called and called sampai you answer
You kata sorry sayang tadi tak dengar
My phone was on silent, I was at the gym
Tapi latar belakang suara perempuan lain

Sudahlah sayang, I don't believe you
I've always known that your words were never true
Why am I with you?
I pun tak tahu
No wonder la my friends pun tak suka you

So I guess that's the end of our story
Akhir kata she accepted his apology
Tapi last-last kita dapat tahu she was cheating too
With her ex-boyfriend's best friend, Tommy...

Bagi korang yang minat indie..ni ada satu lagi lagu ala-ala Yuna la..cuma penyanyi lagi ini adalah Zee Avi. Cuma lagu ini terlalu di ROJAK kan..bahasa melayu dan Inggeris..Sama ada ia diterima di Industri Muzik negara ataupun tidak, terpulang pada anda..Walaupun aku tak faham cerita dia ni..

Download Lagu Ini

ZM: Sebenarnya..pe kes ni?
 
;