Monday, November 23, 2009

2012 (Part 2)


sambungan Part 1..

..apabila menyaksikan sendiri bumi terbelah dihadapannya menyewa sebuah pesawat untuk menyelamatkan keluarganya.Tanpa membuang masa, Jackson terus menjemput Kate dan anak-anaknya. Kate yang pada mulanya menganggap Jackson gila mula menjadi cemas apabila gempa bumi berlaku dengan kuat sehingga meruntuhkan rumahnya namun Jackson sempat menyelamatkan mereka. Jackson memandu Limosinnya dengan laju kerana bumi telah merekah dibelakang mereka..keruntuhan bangunan, jalanraya dan kereta yang mula masuk ke perut bumi.
Akhirnya dalam keadaan yang cemas mereka tiba dimana pesawat mereka disewa namun juruterbangnya telah pun mati.

Dalam keadaan terdesak, Gordon yang tidak pernah memandu kapal terbang terpaksa menjadi bidan terjun. Setelah selamat berada di dalam pesawat, mereka melihat kemusnahan bumi di bawah.
Di White House, Dr. Adrian mendapat khabar yang suhu bumi semakin naik dengan mendadak dan perkiraannya tentang kiamat meleset sama sekali kerana ia datang lebih awal dari yang dijangka. Mereka bersiap sedia untuk memindahkan presiden ke China bersama pemimpin lain namun presiden menolak dan memilih untuk mati bersama rakyatnya. Akibat dari pergerakan bumi, satu Tsunami yang besar mengentam daratan termasuk White House terutamanya kapal induk John F. Kennedy CV-63 yang terbabas.


Bumi menjadi hancur dan merekah sana sini. Tsunami melanda di mana-mana. Kutub utara dan selatan pula menjadi tidak dapat ditentukan lokasinya akibat pergerakan bumi tersebut. Mereka yang terselamat adalah mereka yang berada di dalam Air force One yang menuju ke China dimana bahtera itu dibina.
Jackson yang juga ingin terbang ke China berpandukan peta daripada Charlie yang di dapatinya di dalam kenderaan yang dipandunya. Mereka kemudiannya menaiki Antanov, pesawat yang sepatutnya dinaiki oleh Karpov dan dipandu oleh sasha, pembantunya. mereka kemudiannya bertolak dan ter'mendarat' di China namun agak kurang bernasib baik apabila hanya Karpov dan anak-anaknya yang diselamatkan oleh tentera China.

Namun harapan cerah apabila mereka menumpang seorang sami yang turut menyelamatkan neneknya untuk menaiki bahtera tersebut.
Mereka terpaksa menyusup masuk ke dalam bahtera itu beramai-ramai apabila bahtera tersebut mula bergerak dan meninggalkan orang ramai di luar. Atas usaha Adrian, pemimpin-pemimpin membenarkan pintu gerbang dibuka semula dan orang ramai dibenarkan masuk. Manakala rombongan Jackson menghadapi masalah apabila pintu dibuka kerana mereka mungkin akan terhimpit dibawahnya.

Setelah semuanya masuk, ia tidak dapat ditutup kerana tanpa mereka sedari, alat yang digunakan oleh rombongan Jackson tersekat di antara gear hidraulik kapal tersebut. menurut kapten, enjin tidak dapat dihidupkan jika pintu tidak ditutup dengan sempurna.
Setelah menjumpai punca masalah, Adrian meminta Jackson untuk menyelesaikan punca masalah tersebut. Saat cemas ketika Jackson sedang menyelesaikan masalah gear hidraulik manakala bahtera tersebut hampir melanggar gunung Everest.


Akibat tolakan dan hentaman yang kuat di bahagian bawah gunung Everest, seluruh bahtera tersebut bergegar. Apabila Jackson berjaya menyelesaikan masalah tersebut dan keadaan kembali pulih, enjin berjaya dihidupkan manakala keadaan agak selamat.
Cerita berakhir apabila bahtera tersebut belayar diatas air yang telah membanjiri bumi dan keadaan menjadi stabil. Akhirnya, Jackson kembali bersama isteri dan anak-anaknya sebagai sebuah keluarga bahagia.

ZM: memang best! Rasa macam nampak gambaran hari Kiamat..

0 530 Pendapat:

 
;