Monday, October 26, 2009

Sempurna..

Assalammualaikum..


Dalam Kehidupan kita ni sedar atau tidak..semua manusia mencari kesempurnaan..

Ada yang inginkan anak menjadi sempurna..ada yang meninginkan fizikalnya sempurna..ada yang ingin mencari pasangan hidup yang sempurna..dan bermacam-macam lagi..

Fikir sejenak..Dalam kita mencari kesempurnanaan dalam kehidupan seharian..pernahkah kita menemui kesempurnaan? Wujudkah dunia yang betul-betul sempurna? Bahagiakah hidup kita kalau semuanya sempurna?

Semua yang kita nampak hebat dan sempurna pun ada kelemahannya..Superman yang hebat tu pun (Pakai Underwear kat luar)..

Kadang-kadang yang tidak sempurna dan hodoh tu la yang memberikan kebahagiaan..Hakikatnya..semua insan ada kelemahannya..Tapi tuhan jadikan kelemahan itu ada sebabnya..

Tuhan jadikan manusia berbeza dari sifat dan warna kulit pun ada sebabnya..tiada yang sempurna sebabnya..yang pandai akan mengajar yang masih belum pandai..yang kaya akan menolong si Miskin..dan yang jahat akan di didik menjadi orang yang baik..begitu jugalah yang lain..saling melengkapi..

Kerana kita saling memerlukan..ketidaksempurnaan itulah yang akan menyatukan manusia..

Tidak mungkin akan wujud kehidupan yang sempurna di dunia ini..kerana..

'Sempurna' itu adalah milik Allah S.W.T..

ZM: Masih mencari insan yang boleh menyempurnakan kehidupan ini..

2 530 Pendapat:

Aziz said...

Ya, tiada yg sempurna =)
This is good, zila =)

Z.M said...

thanks..tidak sempurna itu yang menjadikan kita manusia..

 
;