Thursday, October 29, 2009 0 530 Pendapat

Tekad- Hazami

Perjalanan kehidupan
Di kiri kanan dugaan Cabaran
Keseorangan menempuh ujian
Meneruskan perjuangan

Takdir Maha Esa
Restu ayah bonda
Mencapai cita-cita
Usah putus asa
Kelak kau berjaya
Membela nasibmu
Masamu kan tiba

Keimanan keyakinan
Sinar cahaya penunjuk haluan
Walaupun payah kau harus tabah
Demi mencapai segala impian

Jika satu ketika
Langkah tidak terdaya
Berkat doa usaha
Tuhan Maha Esa

Menggapai cita-cita

ZM: Teruskan Usaha..Usaha Tangga Kejayaan..
Monday, October 26, 2009 2 530 Pendapat

Sempurna..

Assalammualaikum..


Dalam Kehidupan kita ni sedar atau tidak..semua manusia mencari kesempurnaan..

Ada yang inginkan anak menjadi sempurna..ada yang meninginkan fizikalnya sempurna..ada yang ingin mencari pasangan hidup yang sempurna..dan bermacam-macam lagi..

Fikir sejenak..Dalam kita mencari kesempurnanaan dalam kehidupan seharian..pernahkah kita menemui kesempurnaan? Wujudkah dunia yang betul-betul sempurna? Bahagiakah hidup kita kalau semuanya sempurna?

Semua yang kita nampak hebat dan sempurna pun ada kelemahannya..Superman yang hebat tu pun (Pakai Underwear kat luar)..

Kadang-kadang yang tidak sempurna dan hodoh tu la yang memberikan kebahagiaan..Hakikatnya..semua insan ada kelemahannya..Tapi tuhan jadikan kelemahan itu ada sebabnya..

Tuhan jadikan manusia berbeza dari sifat dan warna kulit pun ada sebabnya..tiada yang sempurna sebabnya..yang pandai akan mengajar yang masih belum pandai..yang kaya akan menolong si Miskin..dan yang jahat akan di didik menjadi orang yang baik..begitu jugalah yang lain..saling melengkapi..

Kerana kita saling memerlukan..ketidaksempurnaan itulah yang akan menyatukan manusia..

Tidak mungkin akan wujud kehidupan yang sempurna di dunia ini..kerana..

'Sempurna' itu adalah milik Allah S.W.T..

ZM: Masih mencari insan yang boleh menyempurnakan kehidupan ini..
Sunday, October 25, 2009 0 530 Pendapat

New Life 2 (Sambungan)


Assalammualaikum..


hari ini..entri yang ingin ditambah adalah sambungan daripada entri New Life 2 yang aku buat hari tu..jadi di pendekkan cerita..keputusan dah ada..nama yang dipilih adalah Muhammad Qayyum Qusyairi..Maksud dia, Yang terpuji, yang Kekal, dan Hujan (Rahmat)..


Jadi..itulah keputusan muktamad..surat lahir pun dah dibuat..termasuk Mykid..




Dikesempatan ini juga la..aku sertakan beberapa keping gambar dia ni..so kalau ada sesiapa yang belum tau dia ni siapa,boleh la rujuk balik entri terdahulu aku..






ZM:Jadi baby Sitter buat sementara Waktu
Friday, October 23, 2009 0 530 Pendapat

Pak cik dan Oven

Seorang pakcik yang agak tua..berumur lebih kurang 60 tahun pergi ke sebuah bandar besar..sambil menungu cucu yang berjanji akan bertemu dengannya..dia pun berjalan-jalan..
Kemudian dia terjumpa sebuah lif..dia berkata "wah..besarnya oven ni!"

Tidak lama kemudian, seorang lelaki berkulit putih masuk ke dalam lif tersebut, pakcik itu sempat berkata "eh,encik jangan masuk kat dalam tu..panas sangat tu!" tetapi lelaki itu telah pun menutup pintu lif..

Beberapa minit kemudian, keluar pula seorang lelaki berkulit hitam dari lif tersebut, pakcik itu dengan selamba berkata "tadi aku dah cakap, kan dah hangus!"

ZM: Tak suka Lif kat Kolej Lama..Lembab!
Sunday, October 18, 2009 0 530 Pendapat

Facebook..Facebook..Facebook

Salam..

Lama tidak menambah entri..bukan bermakna menghilang..cuma sekarang ni..aku busy dengan Facebook..entah kenapa makin addict ngan game kat dalam tu..terutamanya Mafia Wars n Farmville..Sampai termimpi-mimpi..



Lagi satu, aku dah start main game Barn Buddy..Cuma baru lagi dalam game ni..

Tapi aku akan berusaha juga untuk tidak meng'anak tiri'kan Blog ni..nanti la..bila dah ada sesuatu yang menarik aku akan tambah entri..

Cukuplah dulu buat kali ini..


ZM: Nak sambung balik game Mafia Wars..Kebun pun dah ada hasil tu..
Friday, October 16, 2009 0 530 Pendapat

Sahabat-Aizat AF5

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau selalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Chorus:
Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah




Download Di sini



ZM: To all My friends..This Song Dedicated to all of you!
Friday, October 09, 2009 0 530 Pendapat

Hari Raya Vs Reunion

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh! (Versi Haji3x Mustapha-Drama Qalesya)

Hari ni 21 syawal..walaupun agak TERlambat untuk menambah entri tentang ini (mungkin agak lapuk) tapi bagi aku tak salah sebab entri ni aku sebenarnya special..hehe..

ok la..dipendekkan cerita..Raya ketiga hari tu aku dan mereka (kawan-kawan aku la..) beramai-ramai pergi la beraya ke rumah kawan-kawan yang balik beraya..maklum la kan,masing-masing ada komitmen..jadi,bukan senang nak berjumpa..

Berbalik kepada cerita, semuanya tak dirancang..cuma plan awal sehari sebelum bertolak..tak sangka pula semuanya bersetuju..maka..perjalanan pun dimulakan..



Rumah pertama yang diserbu..rumah aku la..nasib baik aku agak bersedia time tu..ingatkan sedikit..tau-tau..ramai rupanya..Ada yang aku rasa lama tak jumpa..Maklum la kan..universiti lain-lain..susah nak jumpa..


Route Perjalanan Kami: Zila-Ria-Aziz-Gha-Zan-Sur-Cikgu Darmawati-Ayub..



Walaupun penat (sampai malam)..tapi memang best..sebabnya..walaupun lama tak jumpa, tapi nampaknya tiada sesiapa yang sombong ataupun berubah..aku tak tau la pulak pandangan diorang..tapi bagi aku memang happy sangat time tu..ya la kan..kawan-kawan ni aku start kenal dari Form 1 lagi..bayangkan sekarang kitorang dah 21..lama la kiranya..walaupun mungkin tak jumpa..tapi persahabatan tu tetap erat sampai bila-bila..(I Hope so)



Cukup dulu la..apa yang berlaku time beraya tu..tak perlulah aku ceritakan..biarlah kami je yang tau..

To:
Ria: Thanks sebab menghangatkan suasana..Kekalkan Mulut Murai ko tu..Tidaklah Sunyi..Happy je..

Sur: Cepat-cepat la selesaikan 'Abang' ko tu..Tak payah pening-pening..

Zu: Jangan terlalu Syak wasangka ngan aku..huhu..

Sab: Semoga Berkekalan ke anak Cucu..hehe..

Aziz:Long time no see..Banyak Perubahan..Tapi perangai..tetap Aziz yang dulu..

Zan: Ko la yang paling Lama aku tak Jumpa..tak berubah pun..

Sabri:Dah tau rumah aku kan? Raya tahun depan jemputlah datang ..

Ayub: Sebelum Masuk meminang 'Dia'..Amik Lesen Kereta 1st ya..

ZM:To AZIZ yang nak pictures ni..download la kat sini..yang kat atas tu ada copyright..

Wednesday, October 07, 2009 0 530 Pendapat

Aku Cinta Kau dan Dia..

Hancur hatiku mengenang dikau
Menjadi keping-keping setelah kau pergi
Tinggalkan kasih sayang
Yang pernah singgah antara kita
Masihkah ada sayang itu

Memang salahku, yang tak pernah bisa
Meniggalkan dirinya ‘tuk bersama kamu
Walau ‘tuk terus bersama
Kan ada hati yang kan terluka
Dan ku tahu kau tak mau

Sekali lagi maafkanlah
Karena ku cinta kau dan dia
Maafkanlah ku tak bisa
Tinggalkan dirinya

Mungkin tak mungkin ‘tuk terus bersama
Jalani semua cinta yang etlah dijalani
Tapi bila itu yang
Kau pikir yang terbaik untukmu
Bahagiaku untuk dirimu

Simpan sisa-sisa cerita cinta berdua
Walau tak tersisa cerita cinta berdua

Still love her in my mind
Still love her forever


ZM: Sorry..I can't be..perfect!
Tuesday, October 06, 2009 0 530 Pendapat

New Life 2

Assalammualaikum..Semoga hari ini lebih baik dari kelmarin..

Hari ni..untuk menambah entri..aku nak berkongsi cerita pasal ada sorang lagi family aku yang baru bersalin..Kira dapat baby baru la..




Aku pun kira dapat adik baru gak la..Dalam pukul 10 mak dia dah kena masuk dewan bedah..kami kat luar tunggu dengan suspen la..sempat lagi aku berborak dengan seorang auntie (sebab dia cina)..anak dia kena operate kat tekak..dia pun risau..

pukul 11.15 macam tu la..makcik aku bawa keluar untuk di azankan..lepas tu baru tau dapat baby boy..Tak sangka lak pakcik aku yang cool tu boleh menitiskan air mata..huhu..
Gembira punya pasal la kot..
Dia ni lahir melalui operation..ye r doktor cakap mak dia ada problem..tak apa la..

Bertarikh 05.10.2009..setakat ni lum ada nama lagi..ni la kitorang tengah cari nama dia ni..

aku rasa elok letak Mohd. Qayyim Rusyaidi..maknanya ketua yang bijak dan terpuji..(jangan korang ambik lak)..

Tapi tak tau lagi camne..skg ni dia masih kat hospital..Mak dia belum pulih lagi..baru hari kedua..

Mungkin esok diorang dah boleh balik rumah..nanti aku upload lagi gambar dia banyak-banyak..aku buat follow up tentang nama dia yang dah confirm dipilih..

Cukup dulu la..aku nak cerita pasal benda lain pulak..

ZM: Dah lama tak ada baby kat umah..kena jadi baby sitter la ni..
 
;