Thursday, July 09, 2009

LoLa

Assalammualaikum..

Sengaja tidak menambah entri untuk beberapa hari..bukan ketandusan idea atau tiada apa yang ingin dibicarakan..cuma untuk mengelakkan pembaca boring..termasuk juga diri aku sendiri..

Lagipun..agak busy..terkejar sana sini..ibaratkan tak cukup 24 jam sehari..

Namun hari ini aku agak lapang..jadi aku ingin berkongsi cerita tentang seekor kucing..kucing ni nama dia LOLA..aku pun tak pasti asal usul nama tu..apa yang pasti..dia ni seekor kucing Parsi berbulu panjang..bulu dia warna krim..(kalau tak silap)..baru berusia 2 bulan time dia dibeli..cute sangat..tapi penakut..maklum la..selama ni dia hidup dalam kurungan..tiba-tiba je kena bawa pulang dan hidup dalam rumah..




bagi aku dia ni agak berbeza daripada kucing-kucing lain..ya la..yang lain tu hidup dalam rumah je..yang ni kena jaga baik punya..


ni lah gambar dia..hobi dia ni main kat penyapu lidi..selalunya kucing lain akan lari bila ternampak penyapu (kucing kat umah aku la)..tapi dia ni,dia akan kejar dan bermain dengan penyapu tu..


Lagi satu..dia ni suka sangat duduk dalam besen/kotak..bila dia duduk dalam tu,dia start la bermain-main dalam benda tu..lama-lama (bila dia dah rasa bosan kot)..dia akan tinggalkan kotak tu dan cari permainan baru..(dia tak tinggalkan macam tu je..dia mesti akan buang air dalam kotak/besen tu)



Dia ni gak..kalau dia bermain atau berlari-lari..dia suka sangat buka mulut dan jelir kan lidah dia..(dia sangka dia tu anjing kot)..bila dia dah bosan..dia akan kejar budak-budak kecik dan takutkan diorang..sampai ada yang lari dan nangis..tapi yang bestnya..dia tak pandai nak turun kat tanah..takde la masalah takut dia ni merayau ke pape..


tapi beberapa hari ni dia dah start pijak tanah..da dah pandai dah..sape yang ajar pun aku tak tau la.. tapi memang r..kucing macam dia ni perlukan penjagaan rapi..kotor sikit tak boleh..basah sikit tak boleh..bunyi bising takut..makan ikan tak pandai..



tapi dia ni pandai..bila dia lapar..dia akan datang kat aku..manja-manja la konon..tau dah dia lapar..bila dia takut lak..dia akan naik atas pangkuan dan start r nak jilat muka la..kening la..rimas gak kadang-kadang.. tapi sebab dia comel takde pun orang peduli dia ni mengada-ada..hehe..then satu lagi..dia amat takut dengan stranger..macam la dia kenal sangat orang yang jaga dia..


Cukuplah dulu entri kali ini..lain kali aku kongsi pasal benda lain lak..kambing ke..musang ke..harimau ke..ular lidi ke..hehe..aku gurau je..

ZM: Sentiasa ada parut kat tangan akibat cakaran maut LOLA.

0 530 Pendapat:

 
;