Friday, July 31, 2009 0 530 Pendapat

Harry Potter and the Half-Blood Prince




Assalammualaikum..

Mesti dah tau citer yang aku nak buat review ni kan?ya la, macam tajuk kat atas juga la,takkan tajuk lain review dia lain kan..so aku nak buat review tentang citer Harry Potter yang keenam ni..

walaupun citer ni aku dah tonton lama dahulu (cewah)..aku baru ada sedikit masa untuk menulis tentangnya..

ceritanya begini:-

1st, Harry meet Dumbledore, then dorangg buat secret mission.. em, cari profesor sebenarnya.. name profesor tu, Horace Slughorn.. Harry sangka profesor ni untuk 'subjek' Depends the Dark Art.. time Harry ke Diagon Alley beli buku, dia nampak Malfoy ngan mak dia di kedai Borgin & Burkes.. mereka bertiga follow dia,(Harry, Ron, Hermione), dorang syak dia ada something, sebab muka dia stress semacam je.. time kat Express Hogwarts, Harry bercadang untuk mendengar cerita Malfoy, dia guna Jubah Halimunannya, tapi kedapatan,dia guna spell pengunci, hampir Harry pulang ke London..dia punya kerja..nasib la, Luna jumpa dia.. Bila sampai Hogwarts, baru dia tau profesor Slughorn, ajar Posyen, profesor Snape ajar Depends the Dark Arts..

Harry ambil subjek Posyen, atas arahan profesor McGonagal, & memandangkan dia disayanggg profesor Slughorn, dia ambillah.. dia tidak membeli buku posyen dan dia pun pinjamlah buku dari profesor tu dan dia dapat buku Posyen yang buat dia pandai, belong's to "Half Blood Prince"..huhu

Harry kemudian ikut Dumbledore buat "secret mission" yg betul-betul secret laa.. bab ni berkaitan ngan menghapuskan Voldemort.. dalam buat secret mission 2,Harry sdar ada someone yang pelik, Draco Malfoy.. Harry syak dia buat something yg dangerous, so, Harry follow dia samapai satu masa..dlm tandas, dorg bertengkar! Harry guna sihir "sectumsempra" yg dia dapat tahu dari buku Posyen Half-Blood Prince nya.. Malfoy dah nak mati when Snape datang & rungkai kan spell 2..

then.. Dumbledore membawa Harry ke satu pulau..untuk ambil rantai Voldermort yang dipercayai merupakan horcrux dia.. name pulau tu.. UNknown.. tak tau ba..huhu.. Dumbledore minum posyen yang buat dia gila.. lepas tu, dorang ambil la rantai 2.. time balik ke Hogwarts, start dah huru hara.. Death Eater dah start masuk Hogwarts, dari Bilik Keperluan, yang diubahsuai oleh Malfoy.. bla dorang sampai kat menara tertinggi, Dumbledore guna spell untuk kunci Harry (stupefy) & pujuk Malfoy supaya tinggalkan Voldemort, budak tu dah nak ikut, tp Snape datang and tanpa belas kesian, dia bunuh Dumbledore..

Snape kemudiannya lari dan meninggalkan Hogwarts bersama-sama Death-death eater..harry cuba untuk mengejar dan menggunakan sihir 'sectumsemptra' ke atas snape..namun tidak berjaya kerana Snape lebih pantas daripada Harry dan yang mengejutkan..dia adalah pemilik sebenar sihir tersebut..dan juga..buku posyen milk harry..dialah HALF-BLOOD PRINCE

='(

ZM:Ni lah cerita Harry Potter yang paling membosankan..tak macam yang lepas-lepas..aku bagi..mm..2 bintang..

Tuesday, July 28, 2009 0 530 Pendapat

Cegah H1N1




Assalammualaikum..semoga hari ini lebih baik dari semalam..Amin..

Nak cerita pasal H1N1..penyakit yang kian serius hari ke hari..Seluruh dunia dijangkiti virus ini..pelbagai tindakan telah diambil namun masih belum menunjukkan kesan yang ia akan berakhir..malah semakin merebak hari demi hari..Samalah di Malaysia,sehingga kini..sudah 4 orang meninggal meninggal dunia akibat virus H1N1..manakala ramai yang disahkan positif virus ini..

Agak lama virus ini tersebar,baru aku terasa ingin menulis tentangnya..bukan apa,yang terlihat di mata mungkin bukan yang sebenarnya..tak nampak pun yang isu tentang virus ni akan surut..

Alhamdulillah, belum ada antara anggota keluargaku yang disahkan positif..bukan meminta,tapi berharap yang tiada seorang pun akan dijangkiti..maklum sajalah,sekolah dan tempat awam adalah tempat yang berisiko..sebab..bergaul dengan ramai orang..

Hospital pun sekarang ni..ditutup, kerana ada sudah yang di jangkiti malah dikuarantin..jadi,ramai yang takut nak buat rawatan ke hospital..

Mm..panjang membebel..bukan ada yang nak baca pun..mungkin ramai yang tak sedar dan sambil lewa dengan langkah-langkah pencegahan yang diberikan kerajaan..dah terjangkit nanti,baru la sibuk-sibuk itulah inilah..Agaknya ini sikap masyarakat..(tak semua,tapi kebanyakan)

Semoga virus in dapat dicegah secepat mungkin..Amin..

ZM: Yang ada tanda-tanda tu..cepat-cepat buat check up..
Thursday, July 09, 2009 0 530 Pendapat

LoLa

Assalammualaikum..

Sengaja tidak menambah entri untuk beberapa hari..bukan ketandusan idea atau tiada apa yang ingin dibicarakan..cuma untuk mengelakkan pembaca boring..termasuk juga diri aku sendiri..

Lagipun..agak busy..terkejar sana sini..ibaratkan tak cukup 24 jam sehari..

Namun hari ini aku agak lapang..jadi aku ingin berkongsi cerita tentang seekor kucing..kucing ni nama dia LOLA..aku pun tak pasti asal usul nama tu..apa yang pasti..dia ni seekor kucing Parsi berbulu panjang..bulu dia warna krim..(kalau tak silap)..baru berusia 2 bulan time dia dibeli..cute sangat..tapi penakut..maklum la..selama ni dia hidup dalam kurungan..tiba-tiba je kena bawa pulang dan hidup dalam rumah..




bagi aku dia ni agak berbeza daripada kucing-kucing lain..ya la..yang lain tu hidup dalam rumah je..yang ni kena jaga baik punya..


ni lah gambar dia..hobi dia ni main kat penyapu lidi..selalunya kucing lain akan lari bila ternampak penyapu (kucing kat umah aku la)..tapi dia ni,dia akan kejar dan bermain dengan penyapu tu..


Lagi satu..dia ni suka sangat duduk dalam besen/kotak..bila dia duduk dalam tu,dia start la bermain-main dalam benda tu..lama-lama (bila dia dah rasa bosan kot)..dia akan tinggalkan kotak tu dan cari permainan baru..(dia tak tinggalkan macam tu je..dia mesti akan buang air dalam kotak/besen tu)



Dia ni gak..kalau dia bermain atau berlari-lari..dia suka sangat buka mulut dan jelir kan lidah dia..(dia sangka dia tu anjing kot)..bila dia dah bosan..dia akan kejar budak-budak kecik dan takutkan diorang..sampai ada yang lari dan nangis..tapi yang bestnya..dia tak pandai nak turun kat tanah..takde la masalah takut dia ni merayau ke pape..


tapi beberapa hari ni dia dah start pijak tanah..da dah pandai dah..sape yang ajar pun aku tak tau la.. tapi memang r..kucing macam dia ni perlukan penjagaan rapi..kotor sikit tak boleh..basah sikit tak boleh..bunyi bising takut..makan ikan tak pandai..



tapi dia ni pandai..bila dia lapar..dia akan datang kat aku..manja-manja la konon..tau dah dia lapar..bila dia takut lak..dia akan naik atas pangkuan dan start r nak jilat muka la..kening la..rimas gak kadang-kadang.. tapi sebab dia comel takde pun orang peduli dia ni mengada-ada..hehe..then satu lagi..dia amat takut dengan stranger..macam la dia kenal sangat orang yang jaga dia..


Cukuplah dulu entri kali ini..lain kali aku kongsi pasal benda lain lak..kambing ke..musang ke..harimau ke..ular lidi ke..hehe..aku gurau je..

ZM: Sentiasa ada parut kat tangan akibat cakaran maut LOLA.

Friday, July 03, 2009 0 530 Pendapat

Ingin Lagi Cantik dan Menawan?

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah


Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

#
Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

#
Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

#
Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

#
Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

ZM: Ramai yang fokus kepada kecantikan zahir yang fana'..
Thursday, July 02, 2009 0 530 Pendapat

Sendirian di dalam Gelap

Assalammualaikum..agak lama menyepi..sengaja aku tidak menyentuh keyboard ini..fikiran agak terganggu..

Sebenarnya..aku 'kehilangan' diri aku..rasa diri ini macam hidup di dalam gelap..dalam pencarianku aku kehilangan inspirasi apabila 'ia' mengecewakan aku..ye la kan..bila 'something' yang buat kita kuat dan tabah untuk hadapai dugaan hidup,tiba-tiba 'ia' yang mengecewakan kita..rasanya memang amat menyakitkan..ibarat..sudah jatuh ditimpa tangga..


Rasa macam dunia ni gelap gelita..dah tak ada kekuatan untuk meneruskan kehidupan..


Namun..Dia masih ada..takkan melupakanNya..Dia juga tidak pernah melupai hambaNya..mungkin ini ujian..atau mungkin balasan atas kealpaan padaNya..selepas sebulan dalam pencarian..akhirnya aku menemui kekuatan ku kembali..benarlah kata orang, ujian menjadikan kita tabah dan meningkatkan darjat seorang hamba di sisinya..



'Inspirasi' itu?
kini..aku cuba menerimanya kembali sebagai inspirasi..namun perasaan berubah sedikit..mungkin kerana masih tidak dapat melupakan apa yang berlaku..atau mungkin sama sekali tidak menduga perkara yang berlaku..
kini aku beransur pulih..pulih dari kekecewaan dan semakin kuat untuk membina kehidupan..pada inspirasi aku..terima kasih kerana mengecewakan aku..jika tidak..aku tidak akan sekuat sekarang..

ZM: Lonely..im so lonely..i have nobody..for my own..
 
;