Saturday, May 23, 2009

X-Men Origin:Wolverine



Citer ni mungkin dah lama keluar..aku pun dah lama tengok tapi kali ni baru berkesempatan untuk menulis tentangnya..

cerita ni mengisahkan tentang Logan ataupun nama sebenarnya, Jimmy. Time dia kecil dia dah tahu dia tu mutan yang ada 'tulang lebih' kat celah-celah jari dia..dia ada adik, name dia sabretooth..diorang berdua ni adalah mutan yang ada kuasa untuk pulihkan diri mereka sendiri (kira tak boleh mati la)..pastu si Jimmy ni ada special girlfriend yang dia sayang sangat..

Bila diorang dah besar, diorang ikut satu kumpulan mutan yang dibentuk oleh seorang jeneral bernama William Stryker. Dia mnggunakan mutan-mutan ni untuk berperang dan membunuh..

Pada suatu hari, Jimmy dah tak nak ikut dengan kumpulan tu lagi sebab dia dah tak nak bunuh orang..dia cuba untuk lari..jeneral tersebut suruh dia jalani satu proses untuk jadikan dia kebal dan lagi hebat dengan tujuan akan menggunakan si jimmy ni untuk kepentingannya..dia tidak mahu dan diugut yang kekasihnya akan dibunuh..

Di masa yang lain, adiknya berpakat dengan jeneral tersebut supaya dia mau menjalani proses penambahan adamantium dalam tubuhnya..tuuan si adik adalah supaya abangnya menjadi lebih hebat dan tak dapat di tewaskan..bukan untuk jeneral tersebut..jadi dia pun berpura-pura membunuh kekasih abangnya..

Si jimmy pun tertipu, dia sangka GF dia tu dah mati..jadi dia pun setuju la untuk jalani proses tu, untuk membalas dendam dengan adiknya yang 'disyaki' membunuh GF kesayangannya..

Semasa dia sedang menjalani proses tersebut, dia terdengar yang memorinya akan dipadam..dia mengamuk la..ye la kan,siapa yang nak memori dia kena padam..dia bunuh semua pekerja yang terlibat dan lari keluar..

Memang cool betul la bila dia ada senjata macam tu..dah la aku ni memang peminat setia cerita X-Men ni..kira dia ni tak boleh kalah la..banyak scene menarik dalam cerita ni..

antaranya..time Logan tewaskan helikopter yang buru dia dengan terpedo dan beberapa orang askar yang ingin membunuhnya..sama juga masa dia lawan dengan mutan ciptaan Stryker yang mempunya semua kuasa mutan..dia bergabung dengan adiknya untuk menewaskan mutan tersebut dan apabila dia hampir jatuh akibat runtuhan bangunan,Gambit datang menolongnya..

Tetapi,langit tidak selalu cerah..GFnya mati akibat terkena tembakan pada awalnya dan dia terkena tembakan adamantium dari Stryker menyebabkannya hilang ingatan..di situlah dia mula mencari identitinya sebagai Logan atau Wolverine

ZM: Memang minat siri x-men sejak dari dulu lagi..

0 530 Pendapat:

 
;