Sunday, May 10, 2009

Hari Terbuka BN 14 PGA

Assalammualaikum..

semalam..berlangsung Majlis Penutupan Hari Polis yang ke-202..so,Pasukan Gerakan Am (PGA) batallion 14 Tawau menganjurkan Hari Terbuka bersempena hari Polis tu..

Selain itu juga, bersempena dengan hari terbua tersebut, orang awam dijemput untuk membuka gerai dan menjual apa-apa pun yang mereka inginkan selagi tidak melanggar garis panduan yang diberikan..Salah satu daripada gerai itu adalah kami..kami menjual pakaian, dan makanan..

Apa yang ingin aku kongsi,bukan pasal apa yang kami jual..tetapi program yang dilaksanakan sempena Hari terbuka tersebut..

Seawal pukul 8 pagi acara telah dimulakan..iaitu pameran motor besar daripada Kelab pemilik Motor Besar Tawau, salah seorang yang terlibat adalah pakcik aku..ini la antara motor-motor itu..siap boleh ambil gambar dan posing atas motor lagi..walaupun bukan motor sendiri..hehe..

Kemudian, disusuli dengan pameran peralatan yang digunakan oleh PGA ketika bertugas..Ini yang paling menarik perhatian aku..ye la..bukan selalu dapat tengok senjata dan peralatan lain..

Antara peralatan yang dipamerkan adalah pistol jenis Revolver (ala, yang James Bond pakai zaman muda-muda dulu tu..) tahun 1973 sehinggalah yang terbaru, Auto Compact tahun 2009. M-16 berbagai jenis dan juga pelbagai jenis Machine Gun (sempat jugak ambil gambar ..huhu..)

Tidak lupa juga peralatan menyelam (kira operasi dalam air la)..betul-betul banyak ilmu yang kau dapat kat sini..ye la,selama ni cuma tengok dari jauh je,bukan mendalami..

Malam pula berlangsung pertandingan live band dan Battle of the band, selain persembahan poco-Poco Sabah dan Shuffle dari anak-anak polis semuda 4 tahun..juga tidak dilupakan, persembahan tarian sumazau dari 10 orang kanak-kanak yang kesemuanya anak-anak polis.. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cabutan bertuah..

ZM: Panas yang berbahang..teringat time PLKN dulu..

0 530 Pendapat:

 
;