Tuesday, April 28, 2009

The Unborn


Assalammualaikum..semoga hari ini lebih baik dari semalam..amin..

sekadar review..hari ahad lepas, aku menonton satu cerita menarik di pawagam..namun aku bukan pergi berseorangan ataupun bersama teman lelaki..cuma beberapa orang kawan yang telah bertahun tidak berjumpa..dipendekkan cerita..mulanya kami ingin menonton 'fast & farious 4', namun atas permintaan majoriti, kami membuat keputusan untuk menonton 'the unborn'..satu cerita seram..satu cerita dari barat.


Ceritanya begini:-

seorang wanita bersiar-siar dan tiba-tiba dia terjumpa satu daripada sepasang sarung tangan ditengah jalan..apabila dia menoleh,dia melihat seorang kanak-kanak yang dikenalinya berada di belakang tanpa memakai sarung tanga pada tangan kanannya..dia menoleh lagi dan mendapati seekor anjing yang memakai topeng..dan kemudian topeng tersebut di tinggalkan di kawasan lapang..apabila dia mendekati dan menggali tanah..tiba-tiba dia tergali satu jasad bayi yang meninggal dunia sebelum sempat di lahirkan..

dia sebenarnya bekerja sebagai penjaga kanak-kanak di sebuah rumah jirannya..pada suatu hari, dia mendapati yang abang kepada bayi yang dijaganya mengajar adiknya melihat cermin..apabila dia bertanya..budak lelaki itu memukulnya dan berkata "Jomby wants to be born"

beberapa hari selepas itu..pelbagai kisah seram dialami wanita tersebut dan sehingga akhirnya dia menemui jawapannya.. sebenarnya..dia dilahirkan kembar..begitu juga ibu dan neneknya..bagaimanapun.. datuknya (kembar kepada neneknya) mati dan kemudian satu roh lain menghuni jasad datuknya..kemudian..ia ingin berpindah kepada anak yang dikandung ibunya (abang kembarnya) dan menyebabkan abang kembarnya mati sebelum dilahirkan..dan juga menjadi punca ibunya membunuh diri..akibat tekanan dan gangguan makhluk tersebut..

kemudian, makhluk tersebut menganngunya setiap hari..satu demi satu kawan yang cuba membantunya dibunuh oleh makhluk tersebut..termasuklah neneknya..

dia cuba mendapatkan bantuan dari seorang paderi yahudi dan upacara menghalau makhluk tersebut pun dijalankan..peristiwa menyeramkan berlaku lagi dan semakin ramai yang menjadi mangsa makhluk tersebut..

pengakhirannya..makhluk tersebut berjaya ditewaskan dan dia mendapat jawapan..mengapa baru sekarang makhluk tersebut menganggunya..rupa-rupanya dia mengandung bayi kembar..

ZM:tak faham sebenarnya cerita ni..

0 530 Pendapat:

 
;