Wednesday, April 01, 2009

Sehari di Tanaki

Assalammualaikum..ni nak story sikit..time aku balik dari Kl hari tu..aku pergilah melancong sekejap..ke kota kinabalu..then,aku singgah sekejap ke kem Tanaki,Tambunan..

Kem ni sebenarnya kem Latihan PLKN..aku saje je jalan-jalan ke sana..cuma nak tengok keadaan kem je..then,pelatih-pelatih PLKN..rasa rindu pula kat kem aku dulu..

keadaan di sana memang sejuk..sebab kawasan tu tanah tinggi..biasa la kaawasan bukit bukau kan..tapi best juga la..aku bermalam di sana..malam memang sejuk..pakai selimut pun masih lagi sejuk..tak payah pakai air-cond or kipas..

pagi esoknya,sebelum pulang..aku sempat juga melawat kawasan tali tinggi dan kawasan kembara halangan..kebetulan lak time tu jurulatih tengah try Abselling..sempat juga aku cuba Abselling kat sana..



ni la gambar aku masa abselling tu..ni masih kat atas..jenguk sikit kat bawah..mak aii!! tingginya..buat-buat cool..malu kat Jurulatih kat situ..siapa suruh nak try..ha..ambik ko! haha..


ha..yang ni lak..time tengah turun..pergh..cuak jugak! tapi kena hadapi juga la kan..huhu..nampak macam pakar kan?tapi sebenarnya ni first time buat..sejuk tau tangan kat dalam sarung tangan tu..walaupun tak susah..and boleh hadapi,tapi nervous..sebab ramai Jurulatih kat bawah tu tengah tengok..malu la..macam ahli bomba yang nak selamatkan diri sendiri dalam kebakaran pun ada..huhu..



ni lak bila dah sampai bawah..lega rasanya..sempat lagi posing dengan Jurulatih tu..walaupun nampak belakang dia je..huhu..apa-apa pun ni satu lagi pengalaman yang best dan..kalau boleh..nak try lagi!!!

finally..pulang..lepas kena marah..hehe..siapa suruh tak dengar cakap..tapi memang best la..kalau ada kem macam ni..nak le pergi lagi..

ZM: nak pegi lagi!















0 530 Pendapat:

 
;