Tuesday, April 07, 2009

Pokok Mangga Penuh Kontroversi


salam..

hari ni nak berkongsi satu lagi entri menarik..mungkin apabila membaca tajuk di atas,anda tertanya-tanya..apa sebabnya pokok mangga tersebut penuh 'kontroversi'?

Alkisahnya bermula..ada seorang hamba Allah menanam biji benih mangga/mempelam dibawah panas terik..dia sendiri tidak tahu bahawa benih yang ditanamnya itu bakal menimbulkan kontroversi satu hari nanti..dia menjaga benih mangga tersebut dengan sepenuh hati dan berharap yang apabila benih tu membesar..ia akan memberi manfaat kepada manusia..


kemudian..hari demi hari berlalu..tahun demi tahun..biji benih tersebut membesar dan menjadi sepohon pokok yang kukuh dan tak tumbang dek taufan..tapi malangnya..tuan yang membesarkannya..terlebih dahulu dipanggil Ilahi..namun kini pokok tersebut tidak memerlukan tuannya..ia kini boleh berdikari dan hidup sendiri dengan izin Allah S.W.T..


apa yang menjadi kontroversi..pokok tersebut lain dari yang lain..bukan kerana ia ada penyakit down sindrom..atau apa pun yang membuatkannya menjadi pelik..tapi tahap kesuburannya..pokok ini membesar menjadi pokok yang sihat..walaupun tanpa jagaan tuannya..ia membesar dan terus membesar sehinggalah pada satu tahap dimana telah sampai usia matangnya sebagai sepohon pokok..barulah ia berhenti membesar..


kemudian..ia menghasilkan buah yang amat lazat sekali (menurut penduduk sekitar)..buah mangga dihasikannya berbeza rasanya dengan buah mangga yang terdapat ditempat lain..manakala sesiapa yang memankan buah dari pokok tersebut dipercayai tidak akan mudah diserang penyakit..

pelbagai andaian dibuat..ada yang mengatakan pokok tersebut mempunyai 'penunggu' atau 'penjaga' setelah kematian tuan empunya..dan pelbagai lagi andaian pelik masyarakat..ia akhirnya mencetuskan 'kontroversi' dikalangan masyarakat..

kemudian, beberapa orang bijak pandai..datang untuk mengkaji apa yang menyebabkan pokok tersebut lebih besar dan subur daripada pokok mangga yang biasa..setelah beberapa lama..akhirnya..mereka menemui jawapannya..


nak tau jawapannya?


sebenarnya..pokok tersebut ditanam betul-betul di tengah-tengah kawasan perkuburan..apa yang kita tau..akar pokok akan menjalar dan mencari segala khasiat dan nutrien dibawah tanah..jadi..apa yang membuatnya lebih subur dan sihat? anda fikirlah sendiri!


macam mana?best tak cerita ni?


ZM: Sangat suka buah mangga..sampai kena sengat lebah pun tak perasan!

0 530 Pendapat:

 
;