Saturday, April 18, 2009

Kawan, teman atau SAHABAT



Assalammualaikum..

Alhamdulillah..masih diberikan peluang untuk menambah entri dalam blog usang ini..hari ini aku ingin berbicara sedikit tentang kawan, teman dan sahabat..

bila kita berbicara tentang kawan,teman dan sahabat..di fikiran kita terbayang orang yang rapat dengan kita..teman atau kawan adalag sama..mungkin dari segi perkataan agak berbeza..namun...ia mempunya makna yang serupa..begitu juga dengan sahabat..merujuk pada kamus dewan versi terkini..sahabat juga seerti dengan kawan atau teman..tetapi dalam kehidupan sebenar..ianya cukup berbeza..

Tidak semua kawan itu sahabat, tapi..semua sahabat itu kawan..mengapa? Orang yang hanya rela menjadi kawan tidak sanggup untuk menjadi sahabat..manakala..sahabat secara automatik akan menjadi kawan..

Ada satu cerita yang saya ubah sedikit..

KAWAN dan SAHABAT sedang berjalan-jalan di tepi hutan..mereka kehausan..semasa berehat di bawah pokok..SAHABAT pergi ke tepi sungai dan membawa air untuk KAWAN sehinggalah hilang rasa dahaga..mereka meneruskan perjalanan..Tiba-tiba, mereka terserempak dengan seekor harimau..KAWAN terus lari dan membiarkan SAHABAT terkial-kial berusaha menyelamatkan dirinya..mengapa seperti itu?

Ini kerana..KAWAN belum bersedia untuk berkorban untuk SAHABAT..manakala SAHABAT pula akn berusaha untuk membantu si KAWAN..

Begitulah kehidupan..kita mungkin ramai kawan..namun dalam semua kawan itu..adakah mereka sahabat?

kawan ketawa mudah di cari..kawan menangis yang paling sukar..bila kita senang..ramai yang ingin berkawan dengan kita..bila tiba waktu susah..semua entah ke mana hilangnya..Paling penting..tanya diri kita..adakah kita ini sahabat atau kawan semata-mata..Tepuk dada..tanya diri..

cukuplah dulu entri untuk kali ini..insyaAllah..akan ditambah dari semasa ke semasa..

Wassalam..

ZM:Cukup kenal..mana KAWAN dan mana SAHABAT..

0 530 Pendapat:

 
;