Friday, April 03, 2009

Ia Bukan Semudah yang dilihat..

Burung yang terbang membelah angkasa lahirnya dari sebiji telur..sepohon pokok yang gah berdiri dibawah mentari pula berasal dari sebiji biji benih yang kecil..Manakala seorang manusia asalnya adalah seorang bayi yang lemah dan tidak mampu berdikari..

Orang yang tidak prnah melakukan apa-apa mudah berkata apa-apa sahaja..dia melihat seseorang berlatih sukan, dia berkata “ala,setakat jaguh kampung..aku pun boleh!”
Hakikatnya dia tidak pernah melakukan apa-apa..Andai dia berlatih sukan seperti orang tersebut, barulah dia tahu betapa peritnya untuk mencapai kejayaan tersebut walaupun hanya seorang “jaguh kampung”..

seorang ahli perniagaan asalnya hanyalah seorang peniaga kedai runcit yang kemudiannya berusaha untuk mengembangkan perniagaannya sehinggalah berjaya dan dikenali ramai..begitu juga dengan seekor burung yang asalnya adalah anak burung yang lemah dan tidak mampu terbang..

kita hanya mampu melihat dan berkata “ala,aku pun boleh”..tapi kita tidak pernah untuk mencuba melakukan apa yang dilakukan oleh orang tersebut..kita tidak tahu betapa sukarnya seseorang itu untuk mencapai kejayaan yang dimilikinya sekarang..hasilnya kita cuma berkata-kata dengan fikiran sebegitu..

kita seharusnya sedar,sesuatu yang besar itu bermula dari sesuatu yang kecil..seorang bayi tidak mampu terus berdiri dan berlari saat tibanya dia dimuka bumi ini..dia perlu dipimpin, dibantu dan saat demi saat dia mampu untuk terus membesar menjadi seorang manusia..

seorang yang tidak pernah menulis buku akan berkata betapa mudahnya untuk menghasilkan sebuah buku,namun seandainya dia mencuba untuk melakukannya, dia pasti sedar bukan mudah untuk menghasilkannya..

berkata itu mudah,sebab itu ramai yang melakukannya.. namun untuk melakukannya amat sukar sekali..kerana..kita melihat apa yang ada di depan mata..bukan menggunakan mata hati..
buka mata, buka minda..

ZM: Kalau kita boleh, jangan cakap je..buktikan!

0 530 Pendapat:

 
;