Monday, April 13, 2009

Hikmah Dari Ujian Ilahi


Asalammualaikum..


hari ni tak berapa sihat..demam..mungkin kerana cuaca yang tidak menentu..atau pun mungkin kerana duduk 8 jam dibawah air-cond setiap hari..maklumlah..suasana bekerja..dulu kat kolej pun,banyak kali juga aku demam..tapi tak mengapa..demam tu tandanya Allah masih menyayangiku lagi..Dia masih mengingati aku..Alhamdulillah..


Apa yang aku pasti ini ujian daripadaNya..supaya aku lebih tabah menghadapi kehidupan ini..Ia juga mengingatkan aku supaya tidak mudah lupa padaNya..Alhamdulillah...


Sebenarnya..aku cuba mengelakkan diri dari menambah entri yang 'entah apa-apa'..jadi hari ini aku ingin berbicara sedikit tentang ujian..atau apa-apa pun yang sama makna dengannya..


setiap hari kita diuji olehNya..kadangkala ujian yang serupa..kadangkala ujian yang berbeza..namun tak semua daripada hambaNya menerima ujianNya dengan hati yang terbuka..andaikata boleh memilih,ramai yang kan memilih untuk tidak diuji..


namun,kita tidak sedar,sebenarnya ujian itu yang menjadikan kita kuat..bagaimana ini boleh terjadi?neutralnya..manusia adlah insan yang lemah..kita adalah hamba..Asasnya kita adalah seorang bayi yang tak mampu melakukan apa-apa pun tanpa bantuan..semasa kecil,kita belajar untuk bertatih..berulangkali kita jatuh..itu adalah ujian..bagaimanapun,kita terus bangun dan melangkah walaupun kita terjatuh..bukankah itu kekuatan?


Allah tahu aqkan kemampuan hambanya..Dia tidak akan membebankan hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung oleh mereka..Dia cuma ingin mengajar kita menghadapi kehidupan dengan kekuatan dan belajar dari kesilapan..


Buka Mata Buka Minda..Lihat dengan Mata hati

renung-renungkan!!


ZM: Pernah mendapat ujian yang paling besar dalam Hidup..Kehilangan 2 Orang yang tersayang..then,rumah terbakar..namun semuanya ada hikmah..

1 530 Pendapat:

 
;