Monday, April 06, 2009

Akhirnya 'bebas'



salam..tergerak tangan untuk menambah satu lagi entri dalam blog usang ini..

semalam..13 tahanan ISA dibebaskan..Gembira buat kaum keluarga mereka..mereka ialah..dua peguam Hindraf,seorang ahli Jemaah Islamiyah (JI), 7 ahli Darul Islam dan bakinya adalah warga myanmar yang memalsukan dokumen perjalanan..

bukan itu isu utamanya..tapi apa yang ingin aku perkatakan disini cuma salah seorang..atau mungkin dua orang daripada mereka..tapi bukan apa yang mereka lakukan atau apa yang terjadi..ianya tentang peribadi..tidak ada sangkut paut dengan ISA ataupun politik..

Dua daripada mereka..Mohd. Nazri Dollah dan En. Mohd. Arsyad Patagari adalah orang yang aku kenal..mereka adalah bekas tenagan pengajar di sekolah lamaku..

Tapi aku ingin berkongsi sedikit cerita tentang En.Mohd. Nazri Dollah atau lebih dikenali dengan panggilan Ust.Nazri..

kami mula mengenalinya ketika berada di tingkatan satu..waktu itu..kami kehilangan guru bahasa Arab kami yang berpindah ke sekolah lain..Ust. Nazri datang dan mengajar subjek tersebut..Cara pengajarannya amat menarik perhatian kami..kami belajar dalam keadaan santai tanpa sedikit pun tekanan dalam subjek tersebut (tapi tak semua la)..

itu pertama kali dia mengajar kami..time kami di tingkatan 2 dan 3, dia tidak lagi mengajar kami..kerana ada guru baru yang menggantinya..lagipun dia adalah guru yang mengajar tingkatan 4 dan 5,dalam subjek Agama Islam dan Sains..

namun,walaupun tidak mengajar kami,dia masih mengingati kami..wajah setiap daripada kami yang seramai 30 orang..dia tetap akan menegur dan bertanya beberapa soalan dalam bahasa Arab jika terserempak dengan kami..Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya..wajahnya bercahaya..mempamerkan keimanan di dada..

kemudian..kami memasuki tingkatan 4..di situ,tanpa disangka-sangka..dia menjadi guru kelas kami,4 sc 1..yang lucunya..rata-rata daripada kami mengharapkan dia menjadi guru kelas kami..dan..akhirnya..tekaan kami betul..

kami bersyukur..kerana..bukan apa..kami amat menyanjunginya sebagai seorang guru..selain sebagai guru kelas..dia juga mengajar kami subjek agama islam..Walaupun cuma itu tanggungjawabnya, tapi ilmu yang dimilikinya lebih sebagai ustaz..dia juga menjadi sumber rujukan kami dalam subjek-subjek yang lain..contohnya,matematik,kimia,fizik,sejarah dan yang lain-lain..

selain daripada itu..dia juga merupakan 'kounselor' kami..setiap dari kami yang mempunyai masalah berkaitan agama ataupun peribadi..lebih sedia berjumpa dengannya untuk meminta nasihat ataupun pandangan..

dia juga merangsang kami untuk berubah..termasuk aku..jujur,kami akui..sebelum ini kebanyakan kami adalah dari keluarga yang 'biasa-biasa' dalam soal agama..malah ada yang terlalu sedikit pengetahuan tentang agama..namun,atas nasihat dan bimbingannya..serta tidak lupa Hidayah dari ILAHI, kami berubah sedikit-demi sedikit..sehingga kini..ramai kawan-kawan aku yang sebelum ini 'biasa-biasa' kini menjadi 'luar biasa'..

kami tidak pernah lupa apa yang dipesan dan harapannya pada kami..dia menganggap kami seperti anak-anaknya..

dia tidak pernah melibatkan isu politik dalam pengajarannya..dia mempunya etika yang sepatutnya ada pada seorang guru..apa yang berlaku..amat mengejutkan..namun kini semuanya telah berakhir..

Bukan mengagungkan dia..dia cuma insan biasa..namun ilmu yang diberikannya kepada kami terlalu banyak dan terlalu berharga membuat kami menyanjunginya..sebagai seorang guru yang takkan kami lupakan sampai bila-bila..walaupun kini..dia telah tiada..



Dedicated to: Ust. Nazri
From Us: 4 sc 1 (2004) & 5 sc 1 (2005)
S.M.K. Kinabutan Tawau..

0 530 Pendapat:

 
;