Tuesday, March 10, 2009

Siapa lagi Bijak?

Al-kisah... (kedengaran muzik latar ala-ala arabian..)

Di suatu hari, 5 jari bersaudara bersembang sesama mereka. Tiba-tiba, ibu jari bersuara, "kamu semua cuba teka, siapa yang paling hebat sekali dalam banyak-banyak jari?". "Siapa?" jari-jari yang lain mula memberikan respon. "Haha, akulah yang paling hebat sebab aku ibu segala jari dan aku adalah yang paling besar sekali." Kata ibu jari dengan angkuh."Eh..tidak, tidak.. akulah yang paling hebat dan berkuasa sekali. Sebabnya, asalkan aku tunjuk sahaja semua orang mengikut perintahku".

Jari telunjuk pula menyatakan kelebihan diri."Aik! mana boleh! akulah yang paling hebat. Sebabnya dalam banyak-banyak jari, akulah yang paling tinggi. Korang semua berkedudukan rendah dari aku haha!" Jari hantu pula yang mengaku dirinya paling berkuasa."Nanti dulu, agaknya kau orang sudah lupa ya? akulah yang paling kaya antara kita berlima. Sebabnya, manusia memakai emas dan berlian dibadan aku! cincin dan permata disarungkan padaku". Jari manis pula bersuara.

Mendengarkan 4 saudaranya beradu kekuasaan, jari yang kelima pun berfikir sendiri. "Apalah kelebihanku ini, sudahlah kecil, pendek dan tidak kaya pulak..". Setelah penat memerah otak, dia mendapat satu idea."Hah, aku dah dapat!". "Wahai saudara-saudaraku, sebenarnya akulah yang paling kaya, paling hebat dan paling berkuasa!" katanya dengan lantang."Eh, budak kecik ada hati nak berangan mengalahkan kami ya? hah! kenapa pula kamu yang paling berkuasa?" soal jari hantu. Hatinya mengejek si kecil itu. "Aku adalah raja!" ujar jari kecil.

"Hah? raja mana pula kau ini?" jari telunjuk pula bertanya. "Aku raja Keling, kelingKING!" jari kelingking pun ketawa sekuat hatinya, kerana dapat mengenakan 4 saudaranya itu. Jari-jari yang lain semuanya diam tidak terkata apa-apa. Akhirnya, semua jari-jari yang sombong dan angkuh itu terdiam dengan KEBIJAKSANAAN jari kelingking.

ZM: Berbangga dengan kebijaksanaan..ada yang lebih bijak dari kita..


0 530 Pendapat:

 
;