Tuesday, March 03, 2009

Mudah ke nak capai cita-cita?

Pada suatu hari, di dalam kelas..
"Abu,apa cita-cita kamu bila dewasa nanti?" tanya seorang cikgu kepada anak muridnya.
"Saya nak jadi Polis!" jawab si anak murid. "Kamu pula Ali?" tanya cikgu itu lagi.."Saya nak jadi Doktor,cikgu!" Jawab si Ali.."Bagus!" puji cikgu tersebut..

Itu cerita budak-budak..sama seperti kita semua,pernah melalui pengalaman seperti diatas..Jika ditanya tentang cita-cita,pasti jawapannya sama seperti mereka..Bila besar nanti, nak jadi doktor,jadi polis,askar dan pelbagai lagi,cita-cita yang semuanya dipandang tinggi dan dihormati..

Tetapi,bila dewasa..hanya beberapa orang sahaja yang betul-betul mencapai cita-cita yang mereka sebutkan sewaktu zaman kanak-kanak..yang selebihnya?

Ada yang berhenti di pertengahan jalan..ada pula yang menyambung bidang pengajian yang berlainan dari yang dicita-citakan..

Itulah yang dinamakan kehidupan..kita melihat sesuatu itu amat mudah pada zahirnya..tetapi,bila kita melaluinya..baru kita tahu betapa sukarnya untuk mendapat apa yang kita idamkan..

Kadang-kadang,cita-cita kita pada zaman kanak-kanak hanya tinggal cita-cita..masa tu,kita tak fikir pun yang kita betul-betul nak capai..kita cuma berminat dan disebabkan semua kawan-kawan pun ada cita-cita yang sama..kita pun sudah pasti nakkan benda yang sama..ye la budak-budak..

Bila dewasa, kita lupakan cita-cita zaman kanak-kanak..mungkin kerana ada yang lebih menarik berbanding apa yang kita cita-citakan..atau mungkin terlalu sukar untuk kita mencapainya..cuma diri kita yang tahu..Tepuk dada,tanya diri..

renung-renungkan..

zm: Tak pernah bercita-cita nak jadi Guru Tadika!

0 530 Pendapat:

 
;